18🌼

32K 1.7K 31
                                    

Sorry kalau update story ni tak macam expectations uolls. I is seriously sebok lately, and otak nak menulis a bit ting tong. So kalau ada lupa nama characters ke plot ngarut ke bagitau tau?😂😂

Lastly please enjoy reading and jangan lupa vote... Thanks!!!!💜💜💜


_________

"Nia pandai masak masakan melayu ke?" Nek Salmah terkejut bila Dania tawarkn diri nak bantu dia masak. Yelah, gaya Dania kan macam gadis moden yang suka makanan western bagai kan. Ewahh... judgemenental kau kan?

Dania sengih segan. "Takde la pandai sangat nek, baru nak belajar je. Yelah, Adam suka makan makanan melayu. Kat rumah hari-hari nak makan kari la, masak lemak la..hehehe" dia garu kepala.

"Hmmm....sebab Adam ke? Adam tu memang, suka sangat dengan semua tu. Tambah gulai tempoyak. Bertambah la nasi dia kalau jumpa tu" Adam nampak je macam ala-ala hipster, tapi tekak melayu asli punya ha.

Dania ralit melayan nek Salmah berbual sambil masak.

"Nenek, Adam dulu kemalangan ke sakit? Yang buatkan dia tak nampak tu?" Tiba-tiba soalan tu keluar. Dania dah lama nak tanya tapi asyik terlupa.

Nek Salmah mengeluh. "Adam dulu kemalangan masa dia 18. Katanya dia bawak kereta laju masa tu sebab nak kejar sape entah nama dia. Asiyah? Arisyah? Nenek lupa..." Dania angguk faham. "Kawan Adam ke tu nek?"

"Ish kawan la kot. Nenek pun tak tau sangat. Lepas kemalangan tu la dia terhantuk kuat, tak nampak tu. Tapi alhamdulillah, lepas dia kawin dengan Nia, dia elok balik. Ni la orang kata rezeki. Allah tarik kejap nikmat melihat dia tapi Allah bagi dia jodoh yang baik, bagi dia perkahwinan yang harmoni. Adam untung dapat Nia tau?" Nek Salmah usap tangan cucu menantu dia. Dia memang bersyukur sangat. Dania baik. Sanggup terima Adam walau apa keadaan dia dulu

"Nia yang untung nek, Adam baik dengan Nia" jujur dia katakan, kalau tak sebab Adam bukan cinta pertama dia, belum tentu dia dapat terima Adam. Panggil la dia selfish pun, dia pun perlu memilih teman hidup dia.

"Yelah Nia...nenwk ni ada anak pun dua orang je. Sorang dah tetap pendirian nak membujang selamanya, sorang lagi ayah mertua Nia. Cucu nenek pun semuanya lelaki je. Tapi lepas Nia datang, nenek rasa seronok. Yelah, ada kawan nak berbual kat dapur, ada teman nak memasak lagi...nenek happy sangat. Nenek doa supaya perkahwinan Nia dengan Adam ni kekal sampai hujung nyawa. Diberi anak yang soleh dan solehah nanti...jangan lama-lama sangat, bagi cicit kat nenek sebelum nenek tutup mata ye?" Nek Salmah berpesan, berair mata keduanya.

"Apa nenek cakap cenggitu, nenek muda lagi kot. Kalau sekali kenyit mata ha, beratur semua nak ngorat tau? Nia aminkan doa nenek. Semoga Allah kabulkan ye?" Nia senyum. Semoga perkahwinan ni tak terlerai di tengah jalan...

Nek Salmah tukar topik.
"Mak ayah Nia asal mana?"

Dania tersentak dari lamunan. Senyuman dihulur kepada nek Salmah.
"Babah asal Kuantan. Tapi Nia takde saudara belah babah. Babah anak tunggal, saudara jauh Nia tak kenal sangat. Mama pulak dari Melaka. Mama keturunan baba nyonya. Mama masuk Islam masa study kat Jepun. Lepas balik Malaysia baru mama dengan babah jumpa kat tempat kerja, pastu kawin"

"ohh....jadinya mama Nia memang anak baba nyonya la ni? Patut la Nia ada iras-iras cina pun..." Nek Salmah mengangguk faham dengan cerita Nia. Nia pula dok sengih je sambil tangan laju menyiang sayur nak masak nanti.

"Mana ade cina dah nek.. dah muka melayu dah ha" Suara Adam menyampuk.

"Bertuah sungguh la budak sorang ni. Suka sungguh main terjah tak bagi salam" nek Salmah piat telinga Adam sampai terjerit jantan tu.

"Aduh...aduh ampun nek, sakit, sakit"

"Ha...puas hati aku. Berapa kali dah pesan kan jangan nak terjah orang sangat?" Nek Salmah jeling cucunya selepas dia lepaskan telinga Adam.

"Ni, nenek lupa nak bagitau. Kejap lagi ada contractor datang nak renovate bilik-bilik kat rumah ni. Mungkin sampai eaok atau lusa kot baru siap, tapi nenek dah bagitau suruh renovate bilik korang dulu. Nenek tak tau korang nak balik, nenek suruh diorang buat kat tingkat satu dulu. Tingkat dua belum. Nanti Adam ambik semua beg, pindah masuk mana-mana bilik kat tingkat satu ye?"

Adam angguk. Tak kisah pun.

"Tapi kamu tau la selain bilik nenek, semua bilik lain single bed je. Nia, Adam takpe ke?"

"Eh, takpe nek. Nia okay je" Dania tersentuh, nek Salmah sangat la nak menjaga hati dia dan Adam. Lagipun apa nak kisah, guna la dua bilik. Dia satu, Adam satu. Apadehal?

"Masak apa harini nek? Lapar ni..." Adam muncungkan bibir. Dasar manja!

"Hai, baru makan nasi lemak dua pinggan pagi tadi dah lapar balik? Nak masak gulai tempoyak ikan patin sungai, sayur campur, ikan sembilang goreng dengan ulam, sambal belacan. Boleh Adam?"

"Ya Allah nek.....sedapnye!!! Tak sabar nak makan!" Adam terjerit suka. Nia menjelir lidah curi-curi. Dia gerakkan mulut tanpa suara kat Adam,
'Macam pompuan'

Adam jegilkan mata. Kau tunggu jap lepas ni Nia...

"Suka, suka jugak. Ni gi ambik lesung batu tu, gi tumbuk sambal. Nanti kalau nak boleh campur dengan tempoyak sikit. Sedap jugak"

Adam tak banyak kata, ambik lesung batu nak buat sambal belacan. Dania bagi mangkuk berisi cili padi dengan belacan kat dia. Tumbuk punya tumbuk terpercik air cili kat mata. Menggelupur dia kejap.

"Nia tolong Adam tu kejap, hailah buat kerja sikit pun dah bising..." Nek Salmah menggeleng. Yelah bujang dulu tak pernah nak jengok dapur kan?

Dania bawak Adam pergi sink. "Nak cuci pakai air paip ke nak masuk air dalam bekas?" Dia tanya. Tapi rasanya cuci dalam bekas lagi senang kot. "Ahhhh tak tau, tak tau. Cepat la Nia...pedih ni!!!" Adam dok teraba kiri kanan. Dania dah ish la laki aku ni!

"Nah, bukak mata, kelipkan dalam air ni" Dania bagi sebekas air dalam besen yang agar rata. Adam termanggu. "Bukak mata dalam air?" Pelik je bunyi.

"Iye...cepat la, bagi hilang pedih tu"

Tanpa pilihan dia ikut jugak. Dua tiga kali dia kelipkan mata dalam tu dia mula rasa selesa balik. "Okay tak Adam?"

"Ha'ah...dah okay. Thanks Dania" Dania angguk sambil pegang tisu dan lap muka Adam. Bersepah air basah satu muka. Punya la teruk dia celup muka dalam air tadi.

Adam on the other hand renung muka putih bersih Dania. Tinggi jugak budak ni, sampai nak dekat paras hidung dia jugak tu. Ke dia yang pendek? Eh?

Hatinya berdetak sedikit kencang bila dekat begini dengan Dania. Cantik.... Bagi dia Dania cantik tanpa makeup, tapi kalau pakai sikit dan kena dengan gaya, lagi deboommm.

Lamunan Adam terhenti bila Dania memetik jari di depannya. Dia kalih ke belakang, tutup malu sebab tak lepas merenung wajah Dania. Nek Salmah yang perasan hanya tersenyum simpul. Darah muda...

"Nek, Adam ingat petang ni nak pegi camping site dekat hutan tu"

"Camping? Kamu baru sampai kelmarin dah nak tidur luar dah? Ikut kamu lah Adam oiii...ni, Nia ikut sekali tak?"

Dania termanggu tak tau nak jawab. Camping kejadah apa ni?

"Kat mana nak berkhemah tu?" Dia soal kepada Adam.

"Kat belakang mansion ni ada hutan sikit then terus ke laut. So ada port camping best tengah-tengah tu. Nak join tak?" Selama duduk di sini Adam dan Dania cuba elak guna 'aku-kau' or 'saya-awak' sebaik mungkin. Ye ah...dengar kat nenek kang kena lesing naya!

Dania fikir kejap. Dengan Adam kan?..

"Boleh jugak, nak ikut la!"

Suara riang Dania buatkan Adam ketawa kecil. Suka kau eh...

"Okay, prepare la barang sikit, baju ke, toiletries ke...makanan bawak snek and ringan-ringan je. Yang berat nanti ada orang hantarkan" arah Adam.

"Aye aye captain!!" Dania siap tabik lagi ha. Adam geram dengan kecomelan dia, terus kusutkan rambut yang diikat ponytail tu.

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now