2🌼

43.3K 2.2K 191
                                    

"Pak mat kita balik penthouse" Adam memesan. " Baik tengku" baru aku perasan, hampir semua orang panggil dia tengku. Kenapa dulu masa kat sekolah takde siapa pun tau dia ni kerabat ha? Even aku yang sekelas pun tak tau. Ingat nama dia Adam Fawwaz je.

"Dania! Woi!"

"Eh? Ah? Ye, kenape?" Tersentak dia dari lamunan.

"Berangan je kan kerja kau? Kau okay tak balik rumah aku ni? Kejap lagi menangis cari mak kau pulak?"

Dania senyum tawar.
"Kalau tak balik rumah awak pun Saya menangis rindu ibu jugak. Setiap masa...."

Adam diam. Baru teringat yang ibu Dania meninggal beberapa tahun lepas. Salah dia jugak mengungkit.
Akhirnya dia diam.

Penthouse Adam.

"Bilik aku kat sana. Kau pilih la mana2 bilik yang kau nak." Dia berlalu. Dania terpegun. Macam tu je? Serius ah nak bilik asing? Pucuk dicita ulam mendatang lerr jawabnye.

Dia merebahkan diri selepas mandi dan solat isyak. Tak sangka kawin pun penat gini. Padahal bukan sanding pun. Adam taknak, lagipun dia taknak paksa sebab keadaan Adam kan.

Dia tergerak nak menjenguk Adam. Okay ke dia? Dia takpe ke buat daily routines eh? Tak kekok?

Pintu bilik Adam yang tak ditutup rapat dibuka pelan-pelan. Mana incik suami saya? Sedang dia melilaukan pandangan, pintu bilik mandi dibuka. Bau sabun memenuhi ruang bilik. Adam masuk dengan bertuala paras lutut saja. Dania tergamam.

Adam masih tak tau Dania di depan pintu biliknya, mencapai pyjama nak disarung. Lekas2 Dania pecut secara senyap ke bilik sendiri. Dalam hati memaki diri sendiri. Tu lah kau, gatal nak jenguk lagi kan? Nasib tak jadi aksi dewasa tadi. Eh, bukan tak jadi.. tak sempat!

___________

"Ayahanda nak Adam dan Dania pindah masuk istana bongsu." Mereka yang menyuap makanan terhenti.

Titah Tengku Amir mengejutkan kedua mereka. Istana bongsu?

"Ayahanda, tu istana yang dekat selatan negeri kan? Yang dekat pesisir pantai tu?" Tengku Hakim minta kepastian. Tengku Amir mengangguk.
"Iyup, ayahanda dan bincang dengan bonda pasal ni. Kamu berdua dah berkahwin, so lagi baik kalau hidup berdua kan? Ada privacy sikit"

Perancangan ayahanda buatkan Dania tersenyum kelat. Adududuhhh apa bala pulak ni gais? Lengan kanannya terasa disentuh bonda.
"Dania okay kan pindah masuk istana tu dengan Adam?"

"Mesti la okay bonda. Bila boleh masuk istana tu bonda, ayahanda?"
Adam lantas memintas dengan pertanyaan.

"Ikut la... ayahanda dah suruh pembantu kemaskan. Bila rasa nak masuk, masuk la. Hulurkan saya scramble eggs, sayang"

"Amboi ayahanda.... Bukan main yer panggil bonda sayang eh?" Tengku Hazim mengenyitkan mata mengusik.
Terlepas tawa ayahanda mereka.

"Eh mestilah, sebelum you all semua ni lahir bonda ni jadi isteri ayahanda dulu tau? Ha... My forever love" renungan mesra dihadiahkan kepada isterinya. Bonda tersipu malu dengan perlakuan romantis ayahanda yang menggenggam jemarinya.

"Haih~ jeles la along tengok..."

"Dahtu? Pergi la cari isteri tu. Sampai bila nak membujang kan?"

"Alah bonda... Along baru nak masuk 25 tahun. Muda lagi kot" yang lain hanya diam mendengar. Dania berkira-kira dalam hati. Betul la kan, along 25 tahun, angah 23 tahun and si Adam ni 20 tahun baru. Sama la dengan umur aku. Bapak mudanya aku kawin doh.

"Adam? Kenapa diam je? Nak lagi ke mihun goreng tu?" Bonda memerhati anak bongsunya. "Takpe bonda, Adam dah kenyang. Adam naik dulu ya" Adam bangun menuju lif tanpa masalah. Kadang2 Dania impressed jugak. Yelah, dia hilang penglihatan tak sampai dua tahun tapi pandai dah berdikari. Tak payah orang tolong apa pun.

Dania menolong bonda mengemaskan meja makan. "Dania..."

"Iye bonda"

Tengku Husna menyuruh dia duduk.
"Bonda nak cakap sikit ni. Bonda harap Dania dapat terima Adam ye? Bonda tau susah kan? Perangai anak bonda tu memang lain sikit"

"Ye bonda..macam orang bipolar anak bonda tu.. kejap okay, kejap tidok. Entah kecik2 makan apa tah?" Tapi nasib baik monolog dalaman je.

"Takpe bonda. Nia faham.." genggaman tangan bonda dibalas.
"Bonda jangan risau tau?

Tengku Husna tersenyum gembira.
"Nia kalau nanti dah duduk berdua dengan Adam, ada apa2 masalah jangan segan nak bagitau bonda. Mintak je tolong bonda, insyaallah bonda boleh bantu."

"Baik bonda. Err... bonda, istana bongsu tu kan, kenapa takde orang duduk?"

"Istana tu memang ayahanda khaskan untuk Adam. Along dengan angah pun ada istana diorang. Cuma jarang balik sebab selesa tinggal di penthouse lagi. Nanti Dania boleh hias istana tu ikut selera Nia ye? Cakap kat Adam nanti"

Huih, nak ke dia bagi aku hias? Kang dia kata aku keje menghabihkan duit pulak..taknak aku!

"Dah siap dah ni, Nia pergi la naik atas. Tengokkan Adam, entah apa dia buat kat bilik tu. Tanya dia sekali bila nak pindah tau? Bonda nak ke taman kejap, nak belek pokok bunga"

Disebabkan mereka di istana ayahanda dan bonda, aku dan Adam kena kongsi bilik sementara waktu. Adam nampaknya berada di atas katil, dengan sebuah buku. Aku menjengok sikit, buku Braille ke?

Tiba2 Adam pusing kepala straight dengan mata dia pandang aku. Dalam rumah pun masih dengan shades dia. Terkedu kejap. Sumpah nampak real, bukan buta. Eh silap, hilang daya penglihatan.

"Eerrr...."

"Apa? Errr...errr... Ingat aku paham bahasa ayam kau?"

Tak habis nak menyakitkan hati la mamat poyo ni.
"Tak...bonda suruh tanya bila awak nak pindah pegi rumah baru tu" Dania duduk di sofa. Tak kuasa nak pegi melingkar sebelah Adam!

"Tengok lah..esok atau lusa. Kau packing la baju kau siap2, baju aku sekali. Pastikan baju aku tu yang aku selalu pakai, yang lain tinggal je kat penthouse"

Dania angguk faham. Adam masih memandangnya. Kening diangkat bertanya.

Adam masih diam.

Kemudian Dania rasa nak lepuk kepala kuat2. Kau angguk, angkat kening bukan dia nampak la bebal!

"Oh..ha okay. Nanti saya kemaskan. Lagi satu, memang kita dua je ke duduk dekat sana nanti?"

Adam yang ralit meraba tulisan Braille mengangguk.

"Ayahanda nak bagi pembantu tapi aku taknak. Cuma driver dan tukang masak akan stay dekat dalam istana. Yang lain2 datang waktu siang. Weekend aku bagi semua cuti"

Maksudnya time cuti tinggal dorang berdua je la? Eiii creepy banget dong!

"Kalau saya tanya sikit boleh?"

"Hmmm...."

"Macam mana....errr... Awak boleh... Boleh tak nampak?"

Riak Adam berubah keruh. Muka dia kemerahan. Buku yang dibaca ditutup kasar menyentakkan Dania di sofa. Dia bangun berlalu dengan riak marah. Dania hanya diam tak tau nak buat apa.

Apa jadi? Kenapa dia nampak marah sangat?

MR BLIND  [COMPLETED]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt