13🌼

37.1K 1.9K 37
                                    

"kau Dania?!!" Terjerit Adam terkejut.

"Yelah..saya Dania. Why? Muka macam alien ke?" Dania menyoal pelik.

"Tak, tak bukan pasal tu. Betul ke?" Dia masih berteka-teki dengan diri sendiri.

Dania menjuih sambil lewa, "tak caya sudah..."

"Wahh...." Adam terpaku. Ni Dania? Isterinya, Dania? Sumpah tak expect langsung doh.

"Auch! Kenapa ketuk kepala saya?"

"Sengal...berani kau tipu aku kan? Hidung penyek, kening sambung tengkorak kau!" Marah Adam. Actually takdela marah mana. Saja je, eheh..

"Orang gurau pun salah..." Dania berura nak masuk semula ke dalam bilik. Adam menahan. Dania ditarik ke dalam pelukannya erat.

".. Adam..." Dania bersuara tak percaya. "Terima kasih.. terima kasih sebab tak pernah putus asa dengan aku... Thanks a lot Dania..."

Riak Dania melembut. Tangan naik memeluk kembali Adam. "My pleasure"

Adam melepaskan pelukan. Wajah Dania ditatap. Hatinya berdebar tak keruan sekejap. Dania nampak sangat Chinese padanya. Maybe sebab mixed dengan baba nyonya.

Dan hatinya berdetak lagi laju bila menatap mata cantik Dania. Teringat perbualan mereka dulu.

"Mata kau pulak? Colour apa?"

"Ade la...."

"Eh mana aci...cakap la!"

Dania ketawa kuat. Seronok usik Adam. "Entah la...sama macam awak kot"

Adam mencebik.
"Ye la tu...."

Dania tak menipu nampaknya. Matanya benar-benar sama dengan mata Adam. Coklat keemasan.

______

"Dania!"

Dania berkalih. Senior merangkap kakak angkat dia, Azura memanggil. Azura dah tiga tahun jadi doktor berbanding di yang baru nak habis belajar.

Azura terkejar ke arahnya.

"Nia masuk bilik akak kejap. Ada benda nak bincang"

Dania hanya menurut. Ikutkan harini dia cuma nak jengok tempat kerja dia je. Dia still cuti sampai lusa.

" Betul ke Nia experience shortness of breath and frequent fatigue" Azura membaca laporan di tangannya.

"Ade la jugak... Kenape kak Zura?"

"Nia tau Nia ada ASD?" Azura bertanya dengan berhati-hati. Takut kejutkan Dania. Tapi yang peliknya, Nia nampak relaks.

"Tak tau" tapi dia tak terkejut. ASD atau bahasa mudahnya jantung berlubang selalunya dikesan semasa agak dewasa. Ada juga yang dah tau masa masih kanak-kanak.

"Then you need to go on surgery as fast as you can, Nia. Kalau biar nanti bahaya lagi. Nia tau kan kesan dia?"

Dania angguk. ASD can make your heart skipped beats, stroke and even shortened lifespan. "Iye kak, nanti Nia  contact dengan personal doctor Nia eh?" Dia berjanji.

"Ni babah Nia balik petang ni kan? Nia ambik dengan husband ke?"

"A'ah petang ni. Nanti Nia ajak Adam la pergi jemput kat KLIA. Oh lupa pulak, kak Zura, hujung minggu ni ayahanda ada buat kenduri sikit. Nanti akak datang tau? Bawak semua sekali kat rumah tu"

Azura sengih. "Insyaallah. Nanti akak sampai"

Dania keluar dari hospital tempat dia praktikal dengan senyuman. Tak sabar nak jumpa babah ni! Hihi~ dah pukul 2..babah sampai pukul 3.30 nanti. Dia dah janji dengan Adam nak jumpa kat KLIA je nanti.

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now