27🌼

32.3K 1.5K 263
                                    

'jangan keluar dari rumah ni tanpa kebenaran aku'

Dengan pesanan tu, Adam tinggalkan dia sendiri. Bukan sehari, bukan dua hari. Dah seminggu lebih dia terkurung. Jujurnya dia lega tak payah jumpa Adam. Hati dia masih sakit. Adam bukan saja hina perempuan murah, tapi dah ragut maruah yang dia ada. Apa lagi yang ada? Adam hanya datang setiap malam nak meniduri dia tanpa kerelaan dia sendiri.

Nia termenung sorang di balkoni biliknya, dia ingatkan bila kahwin dengan crush sendiri dia akan bahagia. Permulaan ya, tapi Adam berubah. Semua sebab Ziyad... Dia benci semua orang!

Angin bertiup kencang buatkan pasu bunga yang tergantung jatuh di depan Nia. Serpihan seramik yang berderai kena kaki dia dan berdarah. Dia pandang kosong saja, takde niat nak ubatkan.

"Apa kau buat ni?" Suara Adam di belakang. Dia tak berkalih, abaikan Adam.

"Hoi dengar tak? Kau pekak ke apa?" Adam tarik lengan dia suruh bangun tapi dia keraskan badan. Adam memandang memberi amaran. Pasu di kaki Nia dipandang. Perempuan ni pecahkan pasu sebab apa? Self harming?

"Jangan degil Nia! Bangun!"

"Lepas!" Nia tarik tangan kembali dan mengesot menjauhi Adam. "Saya benci awak....pergi!"

"Habis, siapa yang kau tak benci? Ziyad? Kau tak suka aku kenapa? Sebab aku halang kau keluar jumpa Ziyad ke?" Adam meninggikan suara.

"Pergi! Pergi! Jangan ganggu saya!" Nia menjerit. Matanya penuh dengan amarah kepada Adam.

Adam ketap rahangnya kuat. "Kau memang mencabar kesabaran aku kan?" Dia tarik rambut Nia ke katil dan mula bertindak agresif.

Nia menangis, "taknak, Adam saya taknak!". Adam merentap baju Nia kuat sampai terkoyak.


ADAM bangun mencapai tuala melilit pinggangnya. Dia berkalih ke Nia yang berbungkus selimut di atas katil, sedang menangis.

"Tu balasan kau kalau melawan aku. Ingat Nia, aku boleh buat lebih dari ni kalau kau cabar aku lebih-lebih. Jadi, be a good kitten okay?" Dia senyum sinis sebelum keluar dari bilik Nia.

Nia menangis sambil tangan menggeletar memeluk selimut. Sakit seluruh badan tak boleh tandingi sakit hatinya. Kenapa Adam sanggup buat dia begini. Sumpah dia tak kesah kalau betul Adam nak dia laksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Tapi bukan memaksa macam ni. Dia buat Nia tak ubah macam pelacur. Bila nak datang, lepas habis tinggal je. Malah dia rasa lebih teruk dari pelacur, pelacur kurang-kurang masih dibayar..

"Bangun! Buatkan aku makan malam. Kalau lepas aku siap mandi makanan tak ada lagi, aku kerjakan kau lagi" Adam melaung dari luar. Nia ketar-ketar bangun nak bersihkan diri. Dia perlu solat, maghrib dah hujung-hujung dah. Dia kena cepat sebelum Adam naik gila lagi.

_______

"Adam esok balik villa ye, bonda cakap nak bincang pasal majlis resepsi Adam dengan Nia" ayahanda memesan bila jumpa anak bongsunya di pejabat. Sejak habis belajar Adam memang dah bekerja di syarikat keluarga mereka. Yelah, dia pun memang pewaris di samping anak lelakinya yang lain, Hazim dan Hakim.

"Majlis?...."

Ayahanda jegilkan mata, "ha, jangan cakap lupa ye? Kan majlis korang tak buat lagi?"

Adam mengeluh, "bila nak buatnya ayahanda?"

"Bonda cakap dalam hujung bulan depan or awal tahun depan. Yelah, sekarang pun dah bulan 11 kan?"
Adam mengangguk saja. "Ni balik, cakap dengan Nia yang korang kena gi jumpa katering, gi fitting baju, cari doorgift, cari pengapit apa semua ha. Panjang gila list bonda kamu tu sampai nak ingat pun lemau dah"

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now