46🌼

30.7K 1.3K 177
                                    

Muka Adam monyok habis.

"Hubby... jangan la camni please?" Nia sentuh bahu Adam memujuk. Adam pandang tepi lagi.

"Alah...mana la Nia nak tau yang tetiba suami Lily nak bagi kawan dia jadi pengapit. Kalau Nia tau awal awal lagi Nia dah tolak ha.."

Adam tarik muka sebab Nia jadi pengapit Lily, and pasangan pengapit dia bujang lagi. Padahal Nia langsung la tak pernah dekat dengan dia tu. Dia duduk sebelah Fazri, Nia duduk sebelah Lily. Bapak jauhh...

"Sampai hati duakan aku kan?.." Adam buat suara lirih acah nak kata kecewa la. Nia cebik kejap, tapi kejap je la. Nanti nampak kat Adam jadi hal pulak.

"Manade duakan Adam... Nia still duduk sebelah Adam ha? Tengok?" Nia tunjuk tempat sepatutnya dia duduk, iaitu kat meja pengantin. Tapi takkan la nak tinggal Adam makan sorang pulak?

"Aku nak merajuk ah cenggini!" Adam hentakkan kaki dia sikit. Nia gosok kepala dah.

"Jangan la..." Mendayu suara dia merayu.

"Kalau taknak aku merajuk, suapkan aku makan cepat!"

"Eh tapi kita kat public ni?"

"Ahh tak kira. Ke kau nak aku betul betul merajuk?"

"Yelah, yelah. Tapi kejap nak kena bagitau Lily dulu yang Nia nak duduk sini. Kita makan kat veranda nak?" Kat sana takde orang sikit.

Adam pandang je cara Nia gunakan sudu dan garfu. The way dia pegang nampak cam sudu tu lagi besar dari tangan dia.

"Aaa..." Nia suakan sudu depan mulut Adam sampai dia pun ternganga sekali.

"Eh kau makan la sekali? Asyik suapkan aku je"

"Takpe la, japgi Nia makan"

Adam merampas sudu dari tangan Nia dan letak kat sebelah. Dia cuci tangan dengan air kosong. Yes tau buruk kan main basuh je tangan merata, tapi kesah hapa?

"Cepat bukak mulut" Adam suapkan Nia pakai tangan. Nia terharu kejap dengan Adam. Kali kedua Adam siap suap dia, dia pegang tangan Adam dan cium jari dia.

"Thanks sayang..."

Adam berikan senyuman paling indah buat Nia. "My pleasure"

Habis je nasi diorang, bonda call.

"Iye bonda?"

"Adam dengan Nia kat mana sekarang?"

"Kat kenduri bonda. Kenapa?"

"Adam balik sekarang eh? Cepat sikit tau?"

"Eh, kenapa ni bonda?" Soal Adam pelik.

"Balik je dulu. Nanti bonda bagitau."

"Okay bonda"

Nia dari tadi memandang dia tunggu Adam nak kata apa.

"Bonda suruh kita balik"

_______

"Saya tak kira! Mahu ke tak mahu, Adam kena bertanggungjawab! Dia kena kawin jugak dengan Nasha!" Rosli, suami kepada Mak Wan berkata kuat. Mak Wan dan Nasha kat sebelah dah mengelap air mata.

"Apa benda semua ni? Tanggungjawab apa ni?" Adam dan Nia yang baru sampai bersuara pelik. Keadaan ruang tamu rumah ayahanda sangat tegang.

"Ha, sampai pun kau! Kau dah rosakkan anak aku, sekarang aku nak kau kawin dengan dia!" Rosli bangun meluru ke arah Adam. Dia sempat menjeling isteri Adam di sebelah. Terus tangan Adam yang menggenggam tangan Nia direntap.

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now