3🌼

40.5K 2.1K 137
                                    

Adam menghela nafas lelah selepas masuk ke dalam rumah. Masih kosong. Dania belum pulang. Pembantu pula hanya berada di rumah waktu pagi atas arahannya. Dia mahukan privacy.

Adam baring di sofa ruang tamu. Rasa nak demam pulak. Tanpa sedar dia tertidur lena.

Ubun-ubunnya rasa seperti diusap.
"Adam? Demam ke?"

Suara lunak seseorang. Bonda kah?

"Adam...bangun mandi dulu. Nanti saya siapkan bubur"

Saya? Bonda tak bahasakan diri saya. Hanya...

"Dania?"

"Jom bangun naik bilik" Dania memapah Adam yang jelas tak larat. Adam ikut je. Sampai di bilik, Dania letakkan dia atas katil. Baru nak baring, Dania menegah.

"Haip, jangan baring! Nanti awak tidur. Bangun mandi. Biar panas badan tu keluar"

"Aku...aku tak larat" lemah saja suaranya. Sakit tekak lagi.

Dania termanggu. Takkan nak suruh aku mandikan? Tuhan, taknak! Rosak mata suci aku nanti..

"Errr.... betul2 tak larat? Tak boleh mandi sendiri eh?" Teragak dia bertanya. Jawabla larat please... selamatkan aku!

Adam menggeleng.

Keluhan Dania pula terlepas.
"Saya tolong awak eh? Tapi-tapi kena pakai baju la.." muka dia memerah. Tangan tetap bantu tanggalkan kancing baju Adam. Seluar dibiarkan. Tak sanggup nak bukak ler! Sedangkan bukak baju je aku dah luruh iman, kalau bukak seluar mau histeria terus nih!

"Bukak seluar" Adam mengarah.

"Hah? Jangan nak mengarut, kalau tak mandi seniri! Saya taknak!"

"Aku pakai shorts kat dalam la.."

"Oh? Yeke? Hehe...okay2" malu dia sendiri. Seketika kemudian, dia lilitkan tuala di pinggang Adam sebelum melepaskan seluar. Lega mata dia terpelihara lagi.

Selesai mandikan Adam, dia turun ke dapur. Hanya dia saja. Sunyi rumah bila tinggal berdua. Dah la besar, tapi ni rumah ke? Istana sebenarnya.

"Eh? Ada mushroom soup la... Okay tak eh?" Dia bercakap sendiri. Menimbang patutkah masak, atau panaskan soup dalam tin. Tapi macam tak elok kan? Macam tak ikhlas rasanya. Akhirnya selepas 30 minit, dia bawak bubur ke bilik Adam.

"Awak...awak makan dulu then makan ubat pulak" Adam masih lena. Dania cuit-cuit bahunya. "Bangunla pak cik, makan!"

"Ish...kau ni kan ayam, bebel je..yelah yelah aku bangun"

"Nah" mangkuk bubur dihulur. Adam tak expect yang mangkuk tu panas, jadi dia pegang sambil lewa. Hampir saja semua nak tumpah atas ribanya.

"Pegang tu biar la elok2..." Dania kemudian berenti. Dia diam. Adam seakan meraba-raba sudu dan mangkuk. Mungkin nak makan. Hati dia terusik. Kesian dia, Tuhan tarik nikmat penglihatan. Tak baik nak marah2, dia sakit, dia tak nampak. Apa jenis isteri kau ni Dania?

"Meh saya tolong" Dania cuba menarik mangkuk di pegangan Adam tapi ditahan. "Aku boleh buat."

Adam dan Dania diam. Hanya sesekali bunyi sudu berlaga dengan tepian mangkuk. Mata Dania tertancap pada bahagian mulut Adam. Ada sedikit kesan comot bubur. Dia ambik tisu dan lap.

"Kenapa?"

"Comot awak makan..."

"Dania..."

"Ya?"

"Kau jangan layan aku macam tu"

"Macam tu? Maksudnya?"

"Jangan layan aku macam aku ni orang sakit, orang tak berkemampuan sangat. Aku tak suka rasa tu"

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now