10🌼

36.1K 2K 43
                                    

Dania menutup pintu wad first class Adam dengan perlahan.

"Dania...kau ke tu?" Suara Adam memanggil. Dania pantas mengelap air mata berbekas, tarik nafas dan cuba berlagak biasa.

"Ha saya ni. Awak okay tak?" Dia buat-buat sibuk, kemas barang di meja bersebelahan katil Adam sedangkan mana ada apa sangat pun.

"Okay. Tapi bila boleh bukak balutan kat mata aku ni? Kau tanyakan dekat doktor nanti ye?" Tangan Adam meraba kain kasa di matanya. Dania cepat-cepat tarik. Takut Adam tertekan matanya. Dah la baru operate.

"Hati-hati,Adam. Awak baru nak sembuh. Ye nanti saya tanyakan. Saya suapkan awak makan ya? Awak tak makan apa lagi sejak semalam" pembedahan Adam yang patutnya pagi ni, diawalkan jadi semalam.

"Harini puasa kan?" Soal Adam.

"Puasa, tapi awak tu baru lepas kena operate.."

Muka Adam tak senang, "bukan aku dah pesan dari awal ke, jangan layan aku macam orang kurang upaya? Orang sakit" suaranya sedikit meninggi.

Dania susah hati. Tak patut dia buat emosi Adam tak stabil. Doktor dah pesan tadi kan. "Yelah, yelah. Sorry. Bukan saya nak layan awak macam orang sakit. Awak tu, kalau tak makan nanti pengsan cemana? Saya ni bukannya gagah perkasa sangat nak angkut awak."

Adam mencebik. Dania lega. Nampaknya Adam buys her excuse.

"Mana makanannya?"

"Ha kejap"

Adam pegang tangan Dania yang mula nak menyuapnya. "Lauk apa ni?"

"Sup sayur dengan singgang ikan"

"Alaaahh... tak sedap!" Dia merungut.

"Isy, makan jela! Saya takut awak gatal-gatal nanti kalau makan ayam, udang semua tu. So, for the time being, sabar ye?" Dania memujuk lembut. Macam pujuk budak kecik bagi makan je kan?

"Sayang jugak kau kat aku kan?"

"Makan!" Ditutup rasa malunya. Adam mencekup kedua belah pipinya rapat. "Panas...kau blushing eh?" Sengihan nakal Adam ukirkan.

Dania malu macam apa dah, pahal pak cik ni..nak dera hati perasaan cintaku kenapa kalau kau taknak kat aku ha...

"Auch, sakit la!" Terlepas pegangan Adam.

"Padan muka, main-main sangat."

Adam menggeleng saja. "Kuat menggigit kau kan? Siap kau nanti..."

Dania dalam diam gembira Adam masih boleh senyum dan ketawa. Dia harap, apa yang jadi lepas ni takkan ubah Adam yang sekarang.

............

"Okay Tengku Adam, nampaknya keadaan Tengku dah semakin baik dan ada perubahan positif. Kalau terus macam ni, kita akan bukak Tengku punya balutan lagi awal dari jangkaan lah..." Dr. Fahmi berpuas hati selepas meneliti keadaan terkininya.

"Thanks bro...aku dah tak sabar nak get back to normal life dah ni.."

Dania yang menunggu di hujung bilik tersenyum lemah. Lega hatinya bila Adam makin baik. Alhamdulillah, berkat doa semua yang ada. Keluarga mertuanya, babah dan dia sendiri tak putus-putus berdoa dan mengharap yang terbaik.

"Okay lah Dam...aku keluar dulu. Nanti jangan lupa makan tau?"

Adam mengangguk. Pelik-pelik je Fahmi ni. Kejap Tengku, kejap Dam je.

"Nia? Kau dengar tak tadi? Aku dah makin sembuh!!" Suara Adam teruja bercerita buatkan Dania tergelak.

"Iye...dengar la. Alhamdulillah sangat. Kejap lagi bonda dengan ayahanda datang, kita bagitau eh?" Suaranya turut berubah ceria. Sapa tak suka bila si crush tersenyum lebar cenggini ha.

MR BLIND  [COMPLETED]Where stories live. Discover now