BAB 3 & BAB 4

738 29 2
                                    

BAB 3

ARYAN senyum meleret. Puas hati dia bila nampak wajah cemberut gadis itu tadi.

Bukan dia tak tahu yang papanya dah arahkan Nura untuk ajar dia selok belok syarikat. Konon Nura berpengalaman. Nura tahu apa yang dia tak tahu. Nura lah cik serba tahu dalam syarikat ni.

Heh.

Budak tu pembantu je pun.

Aryan tak akan sekali-kali bagi muka pada gadis itu walau senaif mana rupa dia. Papa pun, senang sangat nak percaya. Entah-entah gadis itu simpan agenda lain, mana nak tahu?

Dan dia rasa, pilihan untuk tempatkan Nura jauh dari dia dan papa adalah satu pilihan bijak. Lantaklah nak pindah bahagian admin ke, tukang buat air sekalipun, dia tak nak gadis bernama Nura itu jadi setiausaha dia.

Takkan ke sana sini dia nak berdamping dengan gadis yang langsung tak tahu berhias macam Nura tu?

Ya, mungkin gadis itu boleh tahan cantik, tapi pakaian yang dia pakai langsung tak menarik.

Dulu dia ingatkan waktu kerja je Nura berpakaian simple macam tu, dekat majlis rumah dia pun, gadis itu selamba saja dengan baju kurung kapas selendang kosong.

Tak ada taste langsung!

Buat sakit mata dia je.

Habis minum kopi, Aryan pandang jam tangan. Sedar tak sedar, dah hampir pukul 10 pagi pun.

Kata papa, pukul 10.30 nanti ada mesyuarat dengan semua lembaga pengarah. Nak perkenalkan dia dan bincang tentang projek yang tengah berlansung.

Tapi mood untuk bekerja langsung tak ada.

Aryan mengeluh keras.

Dari pagi tadi dia tak ada hati untuk datang ke syarikat ni. Kalau tak kerana Kak Amaya yang dah berpindah ke Amsterdam tu, dia tak teringin pun jejakkan kaki ke sini. Kak Amaya pun satu, dahlah syarikat ni papa ditubuhkan atas nama dia, boleh pulak dia ambil jurusan yang langsung tak ada kaitan dengan syarikat papa.

Sudahnya, pemilik nama Amaya Group ini lebih senang jadi pensyarah di universiti luar negara berbanding menguruskan syarikat keluarga.

Bunyi iPhone dari atas mejanya melenyapkan segalanya. Sekilas pandang, dia dapat baca nama yang tertera pada skrin.

Spontan bibirnya mencipta senyum.

"Sayang! Mana you pergi malam tadi tiba-tiba hilang?"

Suara Laura menyapa telinga sebaik saja panggilannya dijawab.

"Sorry, I kena balik rumah awal. Kan dah cakap yang hari ni I mula masuk kerja." Dengar suara manja Laura, mood yang merudum tadi kembali tenang.

Malam tadi, seperti malam-malam sebelumnya, dia sempat lepak dengan beberapa orang kawan dari kolej lama di dalam bilik karaoke.

Belum pukul 10 lagi dia dah beredar dari situ. Sengaja dia ambil peluang waktu Laura ke bilik air. Kalau tak, alamatnya sampai pagi lah dia tersekat dalam bilik karaoke tu.

"Sampai hati tinggal I macam tu je. Kalau ya pun, inform lah dulu. You tak ada, I pun tak ada mood nak lepak lama-lama." Laura merengek manja.

Aryan simpan senyum. Laura... Laura. Bukan dia tak tahu yang gadis itu balik dah lebih tengah malam, ini pun mungkin baru saja bangun dari tidur.

Kalau bukan Tim yang hantar Laura malam tadi, mesti gadis tu masih terkinja-kinja di bilik karaoke sampai pagi.

"Sorry. Malam ni I jemput you. Kita keluar makan, I belanja." Itu sahajalah cara untuk pujuk Laura. Bukannya susah mana.

"Ala... lunch nanti tak boleh ke?"

Mr. Nice JerkWhere stories live. Discover now