BAB 8

728 37 6
                                    


BAB 8

PUKUL LAPAN MALAM.

Sebaik saja dia tolak daun pintu, wajah Puan Latifah yang lengkap bertelekung menyapa pandangan. Seperti biasa, tangan ibunya dicium seketika.

"Lambatnya..."

Nura senyum tawar.

"Dah solat Maghrib ke belum ni?"

Dia menggeleng.

"Belum bu. Nura masuk solat dulu la. Nanti kita Isyak sama-sama."

Puan Latifah mengangguk. Dipandang saja langkah anak gadisnya masuk ke dalam bilik sendiri.

Tak lama menunggu, Nura keluar dari biliknya ke ruang kecil berhampiran dengan bilik yang dikhaskan untuk solat berjemaah. Ibunya sudah menunggu dengan Al-Quran di tangan.

"Banyak kerja?"

Nura angguk dan terus bersila di sebelah ibunya.

"Nak makan dulu tak?"

"Tak apa. Lepas Isyak nanti Nura makan." Dia tampal senyum. "Banyak tempahan hari ni, bu?" Dia membuang pandang ke arah dapur sekilas.

Di dalam rumah ni, dapurlah jadi tempat ibunya meluangkan masa sampaikan ada sebuah TV kecil khas untuk diletakkan di sudut dapur.

Senang nak tengok berita katanya.

"Alhamdulillah. Harini ada dua tempat je. Tapi satu tempat, dua puluh bungkus."

Nura mengangguk-angguk. Dia sebenarnya tak suka sangat ibunya penatkan diri menyiapkan tempahan makanan.

Tapi bila Puan Latifah cakap dia bosan tak buat apa-apa di rumah, Nura ikutkan saja.

Masuk tahun ni, dah hampir dua tahun ibunya membuat perniagaan makanan secara atas talian. Menunya tak banyak. Namun permintaan yang diterima boleh dikatakan setiap hari ada.

Kadang-kadang ada juga yang tempah khas untuk majlis kecil-kecilan.

"Wah, masyuk... lepas ni bolehlah Nura tolong ibu pulak."

Puan Latifah tak menjawab, dia pandang saja wajah Nura yang masih cuba menutup segala isi hati yang disimpan.

"Nura..."

Belum sempat Puan Latifah menyambung ayat, azan berkumandang kuat dari masjid kawasan taman itu. Kata-katanya terhenti. Diperhatikan wajah Nura yang tenang di sebelah.

Al-Quran di tangannya ditutup dan diletakkan kembali ke atas rak yang tidak jauh dari situ.

Selesai solat, Nura terus ke dapur untuk makan malam dan topik tadi bagaikan hilang terus dari perbualan.


***


DIA MENGELUH lagi. Sudah hampir setengah jam dia pandang kipas yang berpusing. Sikit pun mata tak mahu lelap.

Waktu makan tadi, nasib baiklah ibunya tak bangkitkan kembali topik 'kerja' tu. Kalau tidak, jenuh juga dia nak reka alasan.

Penat berbaring, Nura mengiring pula ke kanan sambil memeluk bantal. Dah hampir satu pagi, namun matanya masih segar.

Bila teringatkan kelakuan Julia waktu dia tiba di depan rumah gadis itu tadi, hati mula membara.

Rupanya Julia sengaja cakap kereta dia rosak. Nak Aryan ambil dengan Audi.

Tapi sudahnya, Nura pula yang datang dengan Myvi. Mengamuk juga la Julia dalam kereta dia tadi.

Nura buat pekak saja sambil teruskan pemanduan kembali ke pejabat. Dalam hati, berbakul bebelan juga dia tujukan pada Aryan. Memang padanlah dua-dua tu. Perangai minta kaki.

Mr. Nice JerkWhere stories live. Discover now