BAB 16

985 47 1
                                    


MAKAN tengah hari bersama Melisa, Farah dan Kak Rosma, mejanya menjadi riuh rendah tak terkawal.

Rata-rata pengunjung gerai itu membuang pandang ke arah mereka tapi langsung tak diendahkan. Kak Rosmalah yang paling galak ketawa diikuti dengan Melisa yang mengekek dari tadi.

Meriah!

"Jadi kau biarkan ajelah awek bos tu tunggu sampai petang?" Soalan Farah dibalas dengan anggukkan.

"Jahatlah!"

Nura sengih lebar.

Bukan dia tak cakap yang Aryan akan balik lambat waktu itu, tapi Laura yang tak nak dengar.

Sudahnya, semalam waktu Aryan dan Datuk Hazrul keluar untuk mesyuarat penting, dibiarkan saja Laura duduk di sofa bersebelahan penyambut tetamu.

Nak sangat tunggu, kan?

"Dia tak call Aryan ke? Kenapa dia tunggu juga walau bos kita tak ada?" Melisa angkat kening. Gigih betullah awek bos tu. Kalau dia, setengah jam pun dia dah give up menunggu.

"Dia cakap tak dapat call. Encik Aryan tutup telefon."

"Tapi kenapa kau tak ikut meeting tu sama?"

"Saya ada banyak kerja ofis yang kena siapkan, kak. Jadi Datuk suruh Fizah aje yang ikut."

Semua yang ada di situ mengangguk-angguk faham.

"Sampai sudah Encik Aryan tak masuk ofis, kan?" Farah suap kuih keria gula melaka ke mulut.

Nura angguk.

"Tak mengamuk tuan puteri tu?"

"Mana boleh tak mengamuk? Jenuh jugalah Umairah nak kawal. Last-last dia nak terjah masuk juga bilik Encik Aryan. Risau aku tipu agaknya."

Ketawa pecah lagi.

"Dah tu kau bagi dia masuk tak?"

"Bagi. Nak tunjuk bukti yang Aryan memang tak ada. Bukan aku buat-buat cerita."

Melisa sengih.

"Mesti teruk merajuk tu. Dekat tiga jam tunggu buah hati, buah hati tak muncul."

Nura angkat bahu. Kalau diikutkan dah malas rasanya nak layan kerenah teman wanita Aryan. Tapi memandangkan Aryan bos dia, terpaksalah dia layankan juga perangai masing-masing.

Lepas satu, satu.

"Alah, sekejap je tu. Selalunya tak sampai dua hari dah elok balik." Nura mengacau kopi ais dalam gelas. Dah hampir tinggal separuh pun.

"Wow, dia orang berbaik pun kau tahu ya?" Kak Rosma kagum.

"Kalau dah 'Nura, tempah meja untuk dinner', 'Nura, tolong hantar bunga', Nura itu... Nura ini... memang saya terpaksa tahu la jawabnya."

Meja pecah lagi dengan gelak ketawa.

Sebelum kedatangan Aryan, Amaya Group adalah seperti syarikat biasa. Asas kontraktor pembinaan, kemudian dikembangkan dengan transport, hardware juga pembukaan beberapa cawangan stesen minyak.

Pekerja pula sama seperti pekerja di syarikat lain. Masuk jam 8.30 pagi dan balik jam 5.30 petang. Buat kerja masing-masing dan bersembang ala kadar.

Tapi sekarang ni, suasana kerja 'biasa' itu dah berubah menjadi luar biasa bila hampir setiap minggu ada saja drama dari Aryan yang mereka kena saksikan.

Datuk Hazrul pun dah makin pening kepala dengan kelakuan anaknya yang seorang itu.

"Nasib baik kau balik kerja sini, Nura. Aku tak tahu kalau PA lain yang ganti tempat kau tu macam mana. Mesti dah tak boleh tahan."

Mr. Nice JerkWhere stories live. Discover now