BAB 11

832 49 8
                                    


Janji nak up semalam. Tapi sis tidur awal >__<

So nah!


***

"HELLO..."

Nura yang sedang santai menonton drama Turki di kaca TV tersentak. Suara televisyen diperlahankan untuk dengar bunyi yang dia dengar tadi.

Betul-betul suara manusia atau...

"Hello! Nura? Nuraisyah!"

Dia terus kaku. Suara lelaki yang memanggilnya dari luar membuatkan jantung dia hampir gugur di situ juga.

TV dimatikan.

Terjongket-jongket dia melangkah ke tingkap, mahu mengintai pemilik suara tadi. Takkanlah...

"Hello??"

Bila nampak wajah lelaki yang langsung dia tak sangka akan muncul di situ, mulut terus ternganga.

What the...

Aryan!

"Nura!"

Betullah dia ni. Tak ada adab langsung! Datang rumah orang tak bagi salam. Main hello-hello aje. Dia ingat dia ada dekat Amerika?

Nura dah ketap gigi. Aryan yang mundar-mandir di depan pintu pagarnya dipandang geram. Lelaki itu lengkap berkemeja biru lengan panjang dan slack hitam. Tali leher pula sudah dilonggar.

Sesekali dia memandang iPhone yang dipegang dan sesekali dia mengelap peluh di dahi dengan belakang tangan.

Apahal sampai ke rumah pula Aryan cari dia? Tak habis - habis nak buat hal sampaikan dah resign pun cari dekat rumah?

Nasib baiklah ibu keluar hantar tempahan pelanggan. Kalau tidak, mahunya ibu pelik bila nampak Aryan bagai orang hilang isteri, terjerit-jerit di luar rumah.

Hello, I bukan isteri you lah, Encik Aryan.

Yang duk menjerit-jerit panggil nama gaya orang gila talak ni kenapa?

Nasib baiklah jiran sebelah rumah ni semua bujang dan bekerja waktu office hour. Kalau tak, sia-sia je timbul fitnah.

Dari sebalik langsir, dia nampak Aryan sekali lagi memandang iPhone di tangan. Kedua-dia ibu jarinya laju berlari pada skrin sebelum dia membawanya ke telinga.

Dan tak sampai seminit, telefon pintar Nura berbunyi nyaring. Automatik dia berlari ke sofa, mematikan bunyi yang kedengaran tadi.

"Nura, I tahu you ada dekat dalam!"

Cis! Dia sempat dengar pulak!

"I nak jumpa you!"

Nura tepuk dahi. Dah kenapa buat perangai bos dia dekat sini pulak?

Orang dah resign, tahu tak?

Tak faham hint sungguh tuan putera yang seorang ni. Kalau dah dia tak keluar dari rumah, tutup telefon, memang tak nak jumpa la maknanya tu.

"Nura!"

Dia diam lagi.

Cukuplah dekat pejabat dia bagi muka pada Aryan. Dah tak jadi bos-pekerja ni, lantak Aryanlah nak cakap dia kurang ajar ke apa.

Lebih sepuluh minit menunggu, akhirnya Aryan mengalah juga. Nak sujud syukur rasanya bila Aryan masuk ke dalam kereta dan berlalu dari situ.

Fuh! Lega.

Mr. Nice JerkWhere stories live. Discover now