BAB 14

735 44 2
                                    


SEJAK Nura kembali bekerja, Aryan terperasankan satu benda.

Gadis itu tak pernah sinis kepadanya walaupun jelas sekali Nura ada kelebihan untuk buat macam tu.

Papa menangkan Nura. Apa sahaja tindakan Nura, pasti dapat sokongan dari papanya. Dan Nura sepatutnya berbangga dan boleh mendabik dada.

Tapi tak, Nura masih macam gadis yang mula-mula dia jumpa waktu masuk pejabat dulu. Tak pernah sekalipun Nura menyindir perihal dia yang tak terurus sejak Nura berhenti tempoh hari.

Tak ada sekalipun Nura perli dia bila dia buat silap.

Waktu menerangkan sesuatu berkenaan projek atau hal kerja yang lain, Nura seolah-olah bercerita dan langsung tak pandang rendah bila Aryan tak tahu.

"Encik."

Pintu yang terbuka luas dari tadi diketuk perlahan. Teragak-agak Nura mahu melangkah ke dalam dan akhirnya dia sekadar berdiri disitu.

Mungkin teringatkan amaran dia dulu.

"Ya?"

"Encik ada lawatan ke tapak projek stesen minyak pukul tiga nanti. Dah ready ke?"

"Masuk ajelah Nura." Aryan hampir ketawa bila Nura masih tercegat di pintu. "I tarik balik amaran I dulu. Menyusahkan pulak."

Nura sekadar senyum sebelum masuk dan berdiri di sebelah meja Aryan.

"You ikut I sekali, ya?"

"Kenapa? Rasanya I tak ada pun tak apa."

"You secretary cum PA I. Lepas ni, I keluar pergi mana-mana pun, I nak you ikut." Timbul rancangan nakal dalam kepala Aryan.

Nura tercengang.

"Habis tu, kalau I tak sempat buat kerja dekat ofis?"

"I tahu yang you tak akan ada kerja yang tertangguh."

Nura menggeleng laju. Dah nak mula buat perangai lagi ke tuan putera ni?

"I ajak you sebab I pasti yang you mesti lebih tahu apa yang jadi dekat tapak projek tu nanti. I baru je kat sini, Nura. Banyak yang I tak tahu."

Nura tak terus menjawab. Dari nada suara Aryan, dia tahu lelaki itu memang benar-benar perlukan pertolongan dia.

"Baiklah."

Senyum tercipta lebar di bibir Aryan. Belum sempat dia membalas, iPhonennya berbunyi nyaring.

Pandangan mereka bertemu seketika sebelum Nura meminta diri untuk keluar.

"Ya, Julia?"

Telinganya sempat menangkap suara Aryan sebelum menutup pintu bilik. Laju saja dia menggeleng.

Sungguhlah dia tak suka perangai Aryan yang satu itu.



***


"YOU benci I ke?"

"Tak."

"Betul?"

"Benci is a strong word, Encik Aryan."

"Then why?"

"What?" Dia angkat kening.

"Kenapa you macam nak lari dari I?"

"Bila?"

Aryan melepas nafas perlahan. Wajah gadis itu dipandang tak lepas. Takkanlah Nura tak perasan yang sejak dia kembali ke sini, gadis itu seboleh-bolehnya nak mengelak untuk duduk berlama-lama dengan dia.

Mr. Nice JerkWhere stories live. Discover now