BAB 9

729 42 23
                                    


BAB 9

SETIAUSAHA baru Datuk Hazrul akhirnya akan memulakan tugasnya hari ini. Nuralah yang paling gembira sekali. Nak-nak pulak, Fizah, setiausaha baru itu tampak berkarisma dan tekun dalam membuat kerjanya.

Sesuailah dengan jawatan yang dia sandang sekarang. Bukan calang-calang orang boleh jadi setiausaha untuk orang terpenting syarikat.

Syukurlah.

Risau juga kalau-kalau pilihan yang dibuat tak menepati jangkaan. Hari pertama Fizah, Nura banyak mendedahkan tentang sejarah syarikat dari awal ditubuhkan sehingga sekarang.

Untuk hari pertama juga, Nura hanya biarkan Fizah menyesuaikan diri terlebih dahulu sebelum dia menerangkan skop kerja Fizah di Amaya Group ini.

Sebaik saja habis waktu makan tengah hari, Aryan tiba-tiba muncul di meja perbincangan Nura dan Fizah. Lelaki itu memandang Fizah sekilas sebelum kembali ke wajah Nura.

"Secretary papa, kan?"

Nura angguk.

Pandangan Fizah dan Aryan bertemu.

Datuk Hazrul sudah dimaklumkan tentang kedatangan Fizah dan Datuk Hazrul sendiri minta Nura jadi mentor Fizah sementara dia bercuti panjang.

"Hello, I Aryan." Aryan hulur tangan dan Fizah teragak-agak menyambut.

"Hafizah." Fizah pula memperkenalkan diri.

"Hafizah. Cantik nama tu." Aryan mencipta senyum manis. "So, Hafizah. Kalau ada apa-apa yang you tak faham, jangan segan tanya pada Nura ya? Kalau boleh ambil semua ilmu yang dia ajar. Kalau tak faham juga, boleh cari I."

Nura hampir pitam.

Apa ni?

Apa yang dia nampak sekarang ni?

Mentang-mentanglah Fizah boleh dikatakan tergolong dalam wanita anggun, cepat betul Aryan betukar watak.

"Baik, encik. InsyaAllah." Sopan Fizah menjawab.

"Good." Aryan senyum lagi. Tumpuannya kembali pula pada Nura yang mendiamkan diri dari tadi.

"Nura, I ada hantar baju dekat dry cleaning. Tolong ambilkan." Kad nama kedai dobi yang disebut dan sehelai resit dihulur ke depan.

Wajah Nura terus berubah kelat. Perlahan-lahan dia menyambut kad berwarna biru muda itu.

"I nak pakai malam ni." Sambung dia lagi dengan nada suara dingin seperti biasa. Berlainan sungguh dengan nada yang diguna untuk menegur Fizah tadi.

Nura ketap bibir. Sebaik saja Aryan kembali keluar dari bilik perbincangan, Nura melepas nafas perlahan. Pipi terasa panas dengan tiba-tiba.

"Nampaknya saya kena pergi dulu. Fizah baca dulu la apa yang saya bagi ni ya." Sedaya upaya dia cuba mengawal suara.

Wajah Fizah di hadapannya langsung tak dipandang. Sampai hati Aryan malukan dia depan Fizah macam ni.

"Oh, baik Nura. Terima kasih ya." Fizah senyum manis.

Nura terus bangun kembali ke mejanya.

Kad dobi di tangan dipandang geram.

Cepatlah hari Jumaat. Dia dah tak sabar nak berhenti dari situ.

"Eh, Nura. Nak kemana tu?" Elok saja dia menyangkut beg tangan ke bahu, suara Melisa menyapa telinga.

Nura berpaling sekilas.

Mr. Nice JerkWhere stories live. Discover now