BAB 2

746 31 4
                                    


BAB 2

AKHIRNYA minggu yang ditakuti muncul juga. Dari hadapan bilik pengarah, Nura terpaksa berpindah ke meja yang berhampiran dengan bilik penolong pengarah yang dah lama kosong itu.

Ruang pejabat yang sama, cuma sudut sahaja yang berbeza. Bilik Aryan terletak berhampiran dengan lif dan pintu masuk. Hanya cubicle Kak Rosma dan Alif sahaja yang paling dekat dengan meja Nura.

Itupun terlindung dari pandangan.

Usai mengemas barang yang dibawa dari meja lama, Nura mengeluh perlahan.

Sunyi sungguh meja baru ni!

Baru saja dia ingin melabuhkan punggung ke atas kerusi, bunyi pintu masuk dibuka dan derap tapak kaki yang begitu asing itu membuatkan badan Nura terus tegak.

Kedengaran Umairah yang ada di meja penyambut tetamu lembut menyapa namun tiada jawapan yang diterima.

Sebaik saja bunyi tapak kaki itu makin mendekat, Nura berpaling ke arah tuan punya badan.

Langkah Aryan terus ke pintu biliknya tanpa memandang kiri dan kanan. Dan entah kenapa, seluruh pejabat terasa dingin bagai bayu antartika menyapa.

"Morning encik..."

Dum!

Belum sempat habis sapaannya, pintu bilik penolong pengarah yang dibuka tadi dihempas kasar.

Nura tarik nafas panjang. Gigi diketap kuat, cuba menahan rasa geram yang mula mendominasi.

Amboi perangai...

"Apa tu?" Kak Rosma angkat kepala.

"Tuan putera akak la," balas Nura perlahan. "First day dah buat perangai diva." Sempat dia mencebik di hujung kata.

Kak Rosma ketawa.

Malas nak panjangkan cerita, Nura duduk di kerusinya. Sambil menunggu PC habis loading, dia membelek planner yang ada di atas meja.

Untuk minggu ni dan minggu depan, dia masih kena uruskan kedua-dua bos sebelum setiausaha baru untuk Datuk Hazrul mula lapor diri.

Baru saja dia pegang pen untuk menulis sesuatu, pintu bilik penolong pengarah terbuka luas.

Terjengul wajah anak Datuk Hazrul itu di muka pintu. Spontan Nura berdiri tegak.

"Bawakan I kopi." Beku suaranya sebeku wajahnya.

"Boleh encik. Black atau kopi susu?" Malas nak melayan mood bos barunya, Nura menyoal lembut.

"Hot Caramel Macchiato. Starbucks."

Nura ternganga.

"You paywave je." Aryan meletakkan sekeping kad ke atas planner Nura sebelum kembali menghilangkan diri ke dalam biliknya.

Nura tercengang. Kad debit yang diletakkan di atas plannernya tadi dipandang tanpa berkelip.

Pandangan dibawa pula kearah pintu bilik Aryan yang terkatup rapat.

Bukan main selera tuan putera ni pagi-pagi. Mentang-mentanglah kiosk Starbucks ada dekat lobi bangunan ni, suka-suka hati je suruh dia turun beli.

Tadi lalu kenapa tak beli terus? Heh!

Dengan hati sebal, dia capai juga kad tadi dan terus membawa langkah turun ke lobi.

Buat sajalah Nura. Nak kerja lama, kan?

Mr. Nice JerkWhere stories live. Discover now