BAB 12

966 46 10
                                    


DAH DUA hari berlalu sejak hari Aryan datang kerumahnya. Dan masih, Nura belum beri kata putus. Hati dia masih berkira-kira.

Hari itu juga, rumah Nura riuh dengan gelak tawa sahabat-sahabatnya.

Haryani, selaku pemandu tiba di depan rumah Nura selepas mengambil Aliah dan Ika dari rumah masing-masing. Nasib baiklah Ika dan Aliah sama-sama tinggal di Shah Alam.

Bolehlah sekali jalan saja.

Rumah Haryani pula, jauh di hujung KL.

Bukan main gembira Puan Latifah bila kawan-kawan Nura datang menjamu selera. Dia memang suka memasak untuk menjamu orang ramai. Ditambah pula dengan dua orang si comel yang berkejaran ke sana dan ke sini, ruang tamu tengah hari itu riuh rendah sekali.

"Terima kasih, bu. Sedap semua lauk." Aliah memuji sewaktu bersalaman dengan Puan Latifah.

"Alhamdulillah. Ibu suka makanan habis macam ni. Selalulah datang sini. Bawa suami kamu sekali, ibu masak."

"InsyaALLAH." Aliah sengih.

"Kami pergi dulu, ibu." Nura memeluk ibunya erat.

"Pergilah. Hati-hati drive tu. Jangan gembira sangat."

"Baik, ibu!" Haryani angkat tangan ke dahi gaya baru saja terima arahan penting.

Spontan Puan Latifah ketawa. Senang hati dia tengok Nura masih rapat dengan kawan-kawan lamanya.

Nura anak tunggal, jadi tak adalah dia kesunyian bila tiada adik beradik untuk dijadikan teman bergaduh. Anak-anak Aliah juga dah rapat benar dengan Nura.

Selesai meminta diri, mereka terus bergerak ke Sepang.

Haryani yang jadi pemandu tak henti-henti bertanyakan itu dan ini. Ika juga tak nak kalah. Dikorek juga segala cerita yang Nura belum luahkan kepada mereka.

"Selalunya Nura, yang gaduh-gaduh bila jumpa ni, lama-lama jadi sayang." Ika kenyit mata.

Entah kenapa dari cerita Nura, dia langsung tak rasa Aryan jahat. Ego mungkin ada, tapi biasalah. Anak yang biasa senang dan selalu dapat apa yang dia nak, sekali memberontak, macam tu lah jadinya.

"Kau jangan buat lawak, boleh tak? Kalau dengan dia tu, bukan lama-lama jadi sayang. Lama-lama aku boleh jadi hilang akal tahu tak?"

Ketawa sahabatnya pecah serentak.

"Tapi part dia suruh kau pick up awek dia tu lawak." Haryani mengekek ketawa tanpa memandang.

"Ha, lawak la sangat." Nura mencebik. "Aku ni macam nak bunuh orang je waktu tu, tahu tak?" Memang pun dalam kepala ni dah macam-macam cara dia fikir untuk  bunuh Aryan dan Julia sekaligus!

Haa...psiko tak?

"Dia nak uji tahap kesabaran kau kut tu. Mana tahu salah satu ciri wanita idaman dia, sabar." Aliah yang baru menidurkan kedua-dua anaknya menyampuk.

Nura hampir tepuk dahi. Sungguhlah kawan-kawan aku ni...

"Korang sebenarnya faham tak cerita aku dari awal? Dia tu jerk, tahu tak?"

Kereta riuh lagi dengan tawa.

"Entahlah. Kena tengok depan-depan dulu kot baru kita orang judge." Aliah senyum senget.

"Aku agak dari cerita kau, mesti dia handsome, kan?" Haryani angkat kening.

Nura menggeleng laju. Bila lah topik Aryan ni nak habis. Menyesal pula dia layankan saja soalan-soalan mereka tadi.

Mr. Nice JerkWhere stories live. Discover now