1

91 12 5
                                    

Nak gugur jantung aku ni tengok muka kau.


Minjeong yang memakai uniform Dwight School Seoul berjalan pantas menuju ke stesen bas yang masih kosong sambil merungut.

"Ish, geramnya. Baru pukul 6.30 rupanya. Macam mana aku boleh silap tengok jam ni? Ingatkan dah pukul 7.30! Mata aku dah rabun ke? Bengang betullah!"

Bibirnya tidak henti-henti membebel sampai berkerut dahi sambil kakinya menendang batu kecil di tepi jalan.

Kemudian Minjeong duduk di bangku panjang stesen bas dan mendongak melihat langit sambil mengembungkan (?) pipi. Langit biru kelihatan cantik manakala sekelompok awan putih berupa seperti gula-gula kapas terawang-awang di atas sana.

Burung-burung sibuk dengan kerja hariannya terbang di langit yang mulai cerah, udara pagi segar perlahan-lahan menusuk rongga pernafasan Minjeong.

Kerutan pada wajah Minjeong semakin reda. Dia rasa bersalah pula melenting atas kesilapan sendiri pada pagi yang mendamaikan itu.

'Elok juga pergi sekolah awal sikit. Tak payah berebut.' getusnya.

Angin barat daya di hatinya sudah reda. Dia lupa langsung pasal kesilapannya tengok jam. Lalu dia buka nota Geografi yang disalin semalam. Dia mahu ulang kaji bahagian yang cikgu suruh mereka hafal.

TAP! TAP! TAP! Jelas kedengaran bunyi derap kaki seseorang.Minjeong tidak peduli. Tetapi sempat juga dia menjeling dari ekor mata. Dia ternampak orang itu memakai kasut sukan berwarna hitam.

 Fikirnya, mungkin lelaki. Lelaki itu duduk di bangku panjang sederet dengannya.

Bayu pagi bertiup lembut. Minjeong rasa tidak selesa berdua-duaan dengan lelaki tersebut. Lalu dia mengubah posisi duduk. Bau pudina segar melayang di udara. Mungkin bau perfume lelaki itu.

Jantung Minjeong berdegup kencang. Dia berpura-pura memandang ke arah lain. Dia tidak berani melihat lelaki yang duduk sebangku dengannya itu. Tetapi dia mula berasa pelik. Dia cuba mendengar apa jua suara yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut. Namun lelaki itu seolah-olah patung. Tidak bergerak langsung sejak duduk di bangku panjang tadi.

Setelah Minjeong pasti tidak dengar apa apa pun suara dari lelaki itu, dia menyambung fokus menelaah. Tidak lama kemudian, kelihatan dari jauh bas muncul dan bergerak perlahan-lahan ke arah perhentian bas.

'Fuh...' Minjeong berasa lega.

Kelam-kabut dia masukkan buku nota dalam beg kemudian mengeluarkan kad bas pelajar. Namun wajahnya berkerut kerana bas tadi begitu lambat sampai ke arahnya. Minjeong yang menunggu sejak tadi mula tidak sabar.

"Ish..."

Tiba-tiba keedengaran bunyi dengkuran dari belakang Minjeong. Sikit lagi tangannya hampir terlepas buku dipegang kerana terkejut. Dia menoleh. Kepala lelaki itu menyenget dengan mata tertutup dan mulut ternganga. Lelaki itu sudah tertidur sampai berdengkur! Bola keranjang berwarna hitam di sisi lelaki itu tiba-tiba bergolek ke arah kaki Minjeong.

Minjeong memandang bas, kemudian mengalih pandangan ke bola keranjang dan akhirnya beralih kepada wajah lelaki yang sedang tidur nyenyak. Fikirnya, dia harus buat sesuatu.Lalu dia angkat kaki dan buat satu tindakan yang bakal mempengaruhi jalan hidupnya.

[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now