3

58 10 3
                                    

Minjeong tidak fokus dalam kelas hari ni. Apa yang cikgu ajar langsung tidak masuk dalam kepala.

'Apa aku nak buat ni? Aduhai...! Betul ke mamat tu tunggu aku depan pagar? Leceh betullah.'

Berkerut muka MInjeong memikirkan nasib yang bakal dihadapi sekejap lagi. Kelam-kabut dia mengemas alat tulis, kemudian memasukkan bekas pensel, buku teks dan buku latihan ke dalam beg bercorak piano.

"Hoi! Minjeong! Apa hal kau ni? Nampak gelabah semacam je." tegur Sohee

Kawan baiknya itu menunjal lengannya perlahan. Manakala Hyeri hanya memerhati kelakuan mereka.

"Ish! Jangan kacau akulah." Minjeong merenung mereka geram tetapi tangannya masih sibuk mengemas.

"Eh, suka hati je marak kitorang. Yang kau tu sibuk suruh teman kau balik pahal? Kau kan tau Hyeri ada koku hari ni? Aku pulak nak pergi perpustakaan... nak siapkan laporan. kau yang asyik cakap 'lecehlah'. Langsung tak nak cerita apa masalah kau sebenarnya." ujar Sohee sambil berpeluk tubuh. Dia bengang dengan perangai pelik kawan baiknya.

"Sebab... amboi! Berjela kau punya alasan. Kalau tak nak teman balik, sudahlah. Pergi siapkan laporan kau tu. Pergi!" ujar Minjeong sambil mengayun tangan menghalau kawan baiknya.

"Kau yang halau kitorang eh. Nanti jangan cakap kitorang tak sayang kawan pulak!" Sohee menarik tangan Hyeri berlalu dari situ sambil menggeleng kepala.

Minjeong yang bengang pantas menggalas beg keluar dari kelas dengan langkah laju.

"Pergi jelah. Aku tak kisah pon. Hmph!" Minjeong mengetap bibir sambil berjalan sendirian ke arah pagar sekolah.

Dalam fikiran, Minjeong masih mengharapkan Yoongi cuma bergurau hendak menunggu dia depan pagar. Namun dia nampak ramai pelajar perempuan berkumpul di situ.

'Ada yang tak kena ni. Kenapa diorang semua tutup mulut? Acah-acah comellah tu...' desis Minjeong.

Tidak semena-mena dia nampak seorang pemuda memakai unform Seoul Foreign School bersandar depan pagar sekolah. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Kalau bukan kerana berdiri ditengah-tengah khalayak ramai, Minjeong tidak perasan langsung rupa-rupanya lelaki itu tinggi orangnya. Tiba-tiba dia berasa sakit mata melihat Yoongi asyik tersengih begitu.

'Ish! Pahal dia ni asyik tersengih macam kerang busuk? Apa aku nak buat ni?' gumam Minjeong yang bersembunyi di sebalik pokok besar.

Minjeong sudah dapat mengagak apa akan terjadi sekiranya para pelajar perempuan nampak dia keluar dan berjumpa pemuda itu.

'Sampai bila aku nak menyorok kat sini? Takkanlah sampai tak balik rumah,' bisik Minjeong.

Melihat keadaan Yoongi yang kacak, segak dan digilai pelajar perempuan, Minjeong pasti lelaki itu bukan calang-calang. Mungkin jauh berbeza dengan dengan dirinya.

Ketika ralit memikirkan nasib, dia mula teringat tentang hidupnya. Sejak kecil lagi, pencapaiannya  dalam akademik sederhana sahaja. Tidak terlalu bijak dan tidaklah lembap sangat. Dia mahu berusaha kekalkan keputusan peperiksaan dan sekurang-kurangnya habiskan persekolahan, kemudian mencari ekerjaan yang sesuai dengan taraf akademiknya.

Mungkin itu sahaja yang mampu dia lakukan walaupun hakikatnya dia tidak tahu hala tuju hidupnya. Meskipun begitu, dia tidak mahu ambil tahu hal orang lain.

"Aduhai..."

Minjeong menjenguk pagar sekolah. Dia keliru. Tiba-tiba dia perasan situasi di depan pagar jadi kelam-kabut. Mungkin inilah masanya dia boleh lari daripada kekalutan.

Tanpa bertangguh, dia terus mengekori belakang pelajar yang berjalan berhampirannya dan melangkah ke arah pagar sambil menunduk. Sekiranya berjaya mengharungi halangan ini, dapatlah dia balik ke rumah dengan tenang.

'Janganlah dia nampak aku... Janganlah dia nampak aku... Janganlah dia nampak aku...' bisik Minjeong seolah-olah sedang menghafal jampi.

"Minjeong!"

Alamak! Punah semuanya! Tangan Yoongi pantas mencengkam lengan putih gebu Minjeong. Rupanya sudah lama Yoongi memerhati tindak-tanduk Minjeong yang menyorok di sebalik pokok besar.

"Naiklah." ujar Yoongi.

Yoongi melangkah mendekati basikal berwarna hitam di sisinya lalu menunggang. Dia memandang Minjeong yang kelihatan bingung. Pantas dia menarik tangan Minjeong agar membonceng basikalnya.

Teragak-agak Minjeong membonceng. Tanpa berlengah, Yoongi terus mengayuh meninggalkan para pelajar perempuan yang ternganga melihat kejadian depan mata.

[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now