38

19 6 0
                                    

LIMA TAHUN KEMUDIAN...

Minjeong berpakaia sut memegang bekas makanan berdiri di persimpangan jalan di tengah-tengah kota meunggu lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau.

Hari sudah gelap. Ada papan iklan besar tergantung di dinding bangunan terletak di seberang jalan. Lampu sorot berwarna putih di bawah papan iklan menerangi pster tersebut. Itulah poster filem yang bakal ditayangkan bulan depan.

Wajah yang dikenali itu sebahagiannya ditutupi topeng muka yang mempunyai rekaan mewah. Dia menggenggam erat rantai berbentuk mangga kunci klasik. Tertera kapsyennya; Pelakon utama: YOONGI.

Sudah lima tahun berlalu. Namun dia masih tidak dapat melupakan Yoongi. Kalau tak silap, ketika itu dia tahun akhir sekolah menengah. Yoongi mula dikenali melalui sebuah filem mengisahkan orang yang terpinggir. Apabila melihat Yoongi muncul dalam sidang akhbar, sesi perjumpaan dan majlis tayangan premier televisyen, dia mula meragui memori sendiri.

'Betul ke aku penah jumpa lelaki ni?'

Andai benar segalanya hanya khayalan, dari mana datangnya patung kucing besar atas katil yang menemaninya selama ni? Kenapa tiba-tiba dia menyertai kursus piano dikendalikan pemain piano antarabangsa terkenal? Mengapa dia melilau dan adi tidak tentu arah apabila terdengar bunyi bola keranjang dan basikal?

Minjeong mula mengimbau kembali satu persatu. Mungkin kerana terlalu runsing memikirkan pelbagai masalah dan masa depan, keputusan Hyeri tidak tahan lagi melihat sikap Minjeong yang hilang semangat.

"Kau ni dah kenapa? Bersemangatlah sikit! Jangan fikir bukan-bukan! Kau kena tabah jalani hidup!"

Kata-kata inilah menyedarkan Minjeong. Dia teringat sampul surat putih yang disimpan dalam laci. Ada sutas rantai dan sekeping kad di dalam sampul surat. Kad tersebut tertulis dengan cantik oleh Yoongi.

Hargailah diri sendiri lebih dari aku menghargai kau.
 Pakai rantai ini dan tunggu aku.

Yoongi

Minjeong berkali-kali kata-kata membaca tulisan Yoongi pada kad tersebut. Fikirnya tiba-tiba menerawang. Betul cakap Hyeri. Tidak kiralah khayalan ataupun realiti, dia harus jalani hidup dengan teratur. Lalu dia ambil keputusan memakai rantai dan mula mengulang kaji untuk mengejar pelajaran yang banyak tertinggal.

Akhirnya dia berjaya peroleh keputusan membanggakan dalam peperiksaan akhir tahun. Kemudian, sama seperti gadis baru habis belajar, dia faham maksud kata-kata; 'Kadangkala impian hanya boleh dijadikan sekadar hobi.'

Minjeong melanjutkan pengajian ke universiti selama tiga tahun kemudian berpindah ke bandar agar lebih mudah dapat kerja. Dia mempunyai ramai kawan baru dan kini telah bersedia menhadapi kenalan lebih ramai.

Dalam tempoh ini, satu demi satu filem lakonan Yoongi ditayangkan. Pemuda itu bukan lagi orang baru yang perlu dipantau pihak agensi. Namun sampai sekarang dia tetap tidak menghubungi Minjeong. Sudah lama dia idak menghubungi gadis itu.

Tidak mustahil sekarang dia lebih sibuk dan memang tiada masa untuk menghubungi atau merapatkan kembali hubungan mereka berdua yang renggang.

Minjeing tersenyum mengenang dirinya. Apabila lampu isyarat bertukar warna, dia berjalan pantas menuju ke pejabat. Dia kini berjawatan pegawai perhubungan awam dan terlibat dalam pengurusan acara.

Minjeong menjalani latihan praktikal di syarikat ini selepas tamat pengajian universiti. Dia seronok bekerja di sini. Jadi selepas habis kontrak latihan praktikal, dia memutuskan terus tinggal di sini.

Bibir Mineong tidak lekang dengan senyuman sambil menyapa pegawai keselamatan, kemudian menunggu lif di lobi. Bangunan ini mempunyai 29 tingkat yang dipenuhi pelbagai syarikat. Pejabatnya terletak di tingkat di tingkat 20. Jadi, setiap kali waktu makan tengah hari, lif pasti akan penuh.

Tetapi sekarang sudah pukul 8.00 malam. Kebanyakan staf sudah pulang ke rumah masing-masing. Rakan sekerjanya petang tadi memberitahu terdapat sedikit perubahan untuk kempen pada hari esok. Jadi mereka terpaksa buat kerja lebih masa untuk menyusun semula jadual.

Pintu lif terbuka. Dalamnya kosong. Minjeong melangkah masuk kemudian menekan butang tingkat 20. Sempat Minjeong membelek sut di tubuhnya menerusi cermin lif. Dia rasa serasi memakai sut ini.

Semasa menjalani praktikal enam bulan lepas, mungkin semuanya agak janggal bagi Minjeong. Ketika hari pertama, tumit Minjeong melecet akibat memakai kasut tinggi. Malah kakinya lebam kerana kasut itu juga sempit di bahagian depan. Maklumlah dia tidak biasa memakai kasut tinggi.

Namun sekarang keadaan Minjeong berbeza. Dia sudah bergerak bebas tanpa sebarang masalah melecet. Malah dia rasa selesa dan berkeyakinan.

DING! Pintu lif terbuka. Minjeong melangkah keluar dan menekapkan kad akses pada sensor di tepi pintu kaca utama. Lampu sensor pada bahagian atas pintu mengeluarkan bunyi, 'bip' dan betukar warna hijau. Dia membuka pintu kaca tersebut. Rakan sekerja yang duduk di kaunter penyambut tetamu telah pun pulang.

'Seronoknya dorang dah balik....' getusnya ketika melintasi bahagian pengurusan acara genre aksesori.

"Leganya... balik pun kau. Makan malam akak dah sampai!"

Sebaik sahaja ternampak kelibat Minjeong, Kak Zara terus mengambil makanan yang dihulur Minjeong. Kemudian dia menoleh lalu memanggil seorang lagi staf yang tekun bekerja dari tadi.

"Stop dulu Mark. Kita isi perut dulu," laung Kak Zara.

"Okey!" balas Mark sambil menolak cermin mata ke atas.

"Okey!" balas Mark sambil menolak cermin mata ke atas

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Dia berdiri perlahan-lahan lalu merapati meja panti. Mark mengelap meja, Kak Zara keluarkan bekas makanan manakala Minjeong menuang air.

"Dah cetak 200 set carta kempen baru tu?"

Kak Zara sibuk memikirkan hal kerjanya yang belum beres sambil menyuap jjajangmyeon.

"Saya dah tekan butang cetak sebelum keluar beli makanan tadi. Rasanya dah siap kot. Nanti saya bagi kat akak. Oh, ya... duta produk jam tangan ERA ni model bernama Sam Roddy, kan? Kenapa nak kena tambah duta misteri pula bagi ERA.KOI?"

"Betullah apa awak cakap tu. Tapi rekaan dan warna siri ERA.KOI ni nampak lebih ceria. Jadi target lebih utamakn orang muda. Imejnya berbeza sikit dengan imej Sam Roddy yang matang. Pihak pengilang cari seorang lagi duta untuk siri tu. Diorang tak bagitau identiti duta misteri sebab nak menarik perhatian pihak media."

"Oh ya ke?" Minjeong menganggk faham.

"Jenama terkenal memang suka buat macam tu. Lama-kelamaan nanti awak biasalah. Mark pula macam mana?!!"

Terperanjat Mark apabila disergah begitu. Dia hampir tersedak.

"Ehek... ehek! ehek!"

"Erh... makanlah elok-elok sikit!"

Minjeong menepuk belakang Mark namun tidak sangka batuk Mark semakin melarat.

"Biarkanlah Mark tu. Lagi awak tepuk, lagi teruk jadinya."

Kak Zara merenung Mark, kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Minjeong sambil menggeleng.

Wajah Minjeong berkerut mendengar kata-kata Kak Zara. Kak Zara pula menggeleng memandang Mark dan Minjeong bersilih ganti. Walaupun prestasi kerja gdis ini agak bagus tetapi nampaknya dia kurang peka perasaan orang lain.

'Aduhai, Minjeong... Mark tu sukakan kaulah,' desis Kak Zara.

[C] Cinta Tanpa Henti Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum