19

22 3 0
                                    

"Macam mana? Macam mana?"

Sebaik sahaja tiba di kelas, Hyeri terus menerpa Minjeong bertanya khabar.

"Macam mana apa?" soal Minjeong sambil merenung Hyeri. Dia malas hendak melayan pertanyaan kawannya.

'Semalam korang berdua tinggalkan aku berdua dengan Yoongi. Hari ni nak dengar gosip pula? Jangan harap,' desis hati Minjeong.

"Fasal kau dengan..."

Minjeong membuntangkan mata ketika Hyeri ingin menyebut nama Yoongi. Terkedu Hyeri dengan reaksi kawannya. Mata Hyeri meliar memerhati sekeliling. Setelah yakin tiada siapa yang mendengar, dia menyambung kata dengan nada perlahan, "Fasal kau dengan dialah!"

"Apa dia? Tak fahamlah!"

Minjeong mula geram dengan sikap Hyeri. Tiba-tiba dia nampak susuk tubuh seorang lagi kawan baiknya masuk dalam kelas.

"Sohee! Kenapa dengan kau?"

Hyeri segera menoleh apabila melihat ekspresi terkejut Minjeong. Kelihatan Sohee melangkah perlahan-lahan ke mejanya. Seolah-olah dia tak mendengar panggilan Minjeong.

'Macam ada yang tak kena!'

Mereka berdua saling berpandangan, kemudan pantas beriringan menuju ke meja Sohee.

"Sohee?" panggil Hyeri sambil melambai-lambaikan tangan depan mata Sohee.

Sohee tidak bergerak langsung.

"Hei, Sohee!" Minjeong menepuk bahu Sohee.

Akhirnya Sohee angkat muka. Seolah-olah baru tersedar daripada mimpi. Dia terpinga-pinga, kemudian mengeluh.

"Kenapa? Apa hal kau ni?"

Minjeong dan Hyeri sabar menunggu jawapan Sohee. Mereka berdua duduk merapati gadis yang kelihatan lesu itu.

"Ada peguam datang cari mama papa aku semalam," jawab Sohee dengan muka berkerut.

[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now