36

19 5 0
                                    

Minjeong dan Hyeri masuk ke kafe sambil melilau mencari kelibat Jungkook. Harga menu di kafe ini agak mahal, jadi tidak ramai budak-budak sekolah yang masuk. Jungkook duduk di meja bahagian tepi dinding.

"Hai! Kita pernah jumpa ke?"

"Rasa macam tak pernah!" jawab Hyeri. Dia berfikir sejenak, daya ingatannya memang sangat teruk.

"Yoongi nak bagi apa?"

"Ni." Jungkook menyerahkan sepucuk sampul surat putih kepada Minjeong.

Minjong menyambutnya. Ada sekeping kad dan seutas rantai. Loketnya berbentuk kunci klasik yang cantik.

 Loketnya berbentuk kunci klasik yang cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yoongi tak pasti bils dia boleh balik."

"Kenapa?" Minjeong yang sedang membelek hadiah Yoongi terkedu seketika.

Jungkook memandang Minjeong lalu mula enceritakan segala yang berlaku. Rupa-rupanya ada ejen agensi hiburan menyaksikan persembahan pentas grup teater yang Yoongi sertai. Ejen tersebut berhasrat untuk merekrut Yoongi sebagai pelakon filem dan drama profesional.

Sekiranya Yoongi menandatangani kontrak, dia perlu megikut pengurus ke bandar, masuk Sekolah Seni Persembahan dan tinggal di asrama yang diatur oleh pihak agensi. Ia merupakan sebuah agensi terkenal dunia hiburan.

Ada kontrak rahsia antara mereka iaitu orang baru tidak dibenarkan memberitahu 'Program Memupuk Bintang' ini kepada orang lain, jadi mereka melarang Yoongi berhubung denan sesiapa.

Yoongi tergesa-gesa pulang hari tu sebab dia hendak beritahu sendiri Minjeong tentang hal ni. Jimin tidak dapat membantu kerana dia di London. Jadi dia serahkan kepada Jungkook untuk sampaikan kepada Minjeong tanpa hebahkan kepada sesiapa.

"Ibu bapa dia izinkan ke?" tanya Hyeri kehairanan.

"Ibu kandung Yoongi dah meninggal. Sekarang di tinggal dengan ibu bapa angkat."

Baru Jungkook perasan ekspresi terkejut kedua-dua gadis di depannya.

"Korang berdua tak tahu ke?"

Hyeri menoleh melihat riak Minjeong. Nampaknya Minjeong pun baru tahu tentang hal ni.

"Aku pergi order makanan dululah."

[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now