39

26 5 0
                                    

"Fuh... penatnya!"

Minjeong tiba di rumah sewanya tepat pukul 11.00 malam. Dia terus menghempas badan atas katil bujang yang sedia menanti. Kalau boleh, dia tidak mahu bangun dan ingin terus bergolek atas katil. Namun telefon bimbitnya berdering tidak henti sejak tadi.

"Ish---" keluh Minjeong. terpaksa jugalah dia bangun dan mendapatkan telefonnya dalam beg. Nama yang tertera di skrin telefon buat dia bersemangat semula.

"Eh? Sudi juga kau call aku ya, Hyeri?"

"Hei! Janganlah cakap macam tu," jawab Hyeri.

"Habis tu? Kau juga yang selalu cakap sibuk dengan interviu dan OT. Kalau balik awal pun, sibuk dengan Encik Jungkook. Memang sentiasa sibuklah."

"Ala, relakslah. Kan aku dah telefon ni. Eh, aku nak tanya ni. Company kau uruskan promo jam ERA, kan? Kau terlibat ke?"

"Yelah. Kau kena buat interviu ke?"

Syarikat penerbitan tempat Hyeri bekerja juga terbitkan majalah fesyen. Sebagai editor, tidak hairanlah Hyeri juga terlibat dalam kempen promosi. Boleh dikatakan ada acara besar melibatkan promosi, Hyeri yang jadi wartawannya.

"Ya... dia..." Hyeri seperti hendak meluahkan sesuatu tetapi dia terkedu.

"Nak cakap apa ni? Apa hal tergagap-gagap?"

Minjeong menyangkal signal Hyeri yang tidak berapa jelas.

Hyeri terdiam lalu bertanya dengan serius, "Kau still pakai rantai yang Yoongi bagi ke?"

Minjeong keluarkan rantai yang tergantung di leher dan membelek dengan teliti.

"Pakai."

"Kau tengok tak interviu dia kebelakangan ni?" tanya Hyeri lagi.

"Dia banyak filem baru dan interviu eksklusif. Mana satu kau maksudkan?"

Kalau boleh, Minjeong enggan berbicara tentang pemuda itu lagi. Sebolehnya dia enggan mengingati apa-apa tentangnya. Tetapi Yoongi kini idola dan bintang baru yang popular. Media sosial dan rak majalah dalam kedai serbaneka pasti penuh berita mengenainya. Jadi dia tidak dapat mengelak daripada mengetahui perihal lelaki itu.

"Interviu fasal rantai tu."

"Rantai? Tak tahu pun. Diorang cerita apa?" tanya Minjeong sambil menyengetkan kepala.

"Ada peminat yang kemas kini semua gambar Yoongi dan video dia sejak debut sampai sekarang. Diorang perasan Yoongi asyik pakai rantai yang sama. Lagi satu khabar angin fasal Yoong. Dia takkan terima tawaran buat iklan, drama atau filem yang melarang dia pakai rantai tu."

"Dia kan selebriti popular. Mestilah dia ada prinsip sendiri. Apa yang pelik sangat?" Minjeong dapat merasakan Hyeri memang sengaja bercerita mengenainya.

"Loket dia bentuk mangga kunci. Ada orang pernah tanya kenapa dia asyik pakai rantai tu. Rantai tu istimewa sangat ke? Yoongi jawab sebab kuncinya dia tak simpan. Sebab tu dia tak boleh tanggalkan rantai."

'Dia tak simpan... kunci?'

"Kunci yang dapat buka mangga ni berada di tangan seorang insan yang amat istimewa. Dialah pembakar semangat hingga saya berjaya capai kejayaan yang saya lakar sekarang. Dialah sepatutnya yang buka kunci ni," ujar Hyeri membaca artikel dalam sebuah majalah.

Jantung Minjeong berdegup kencang tetapi dia cuba mengawalnya.

"Gimik je kot," ujar Minjeong.

"Rekaan kunci saya ni sangat teliti. Lebih menyerupai aksesori." Hyeri menyabugn membaca artikel.

Minjeong semakin berdebar-debar. Namun dia tetap diam.

"Hmph! Aku pernah tanya Jungkook. Dia cakap rantai tu peinggalan ibu Yoongi. Ada kisah di sebalik rantai tu tapi si lembap tu dah lupa. Dia tu asyik lupa je fasal kisah cinta!"

"HAHAHA!" Minjeong tergelak mendengar kata-kata Hyeri.

Minjeong masih ingat dulu dia oernah nampak Jungkook menonton filem cinta bersama diva sekolah. Filem ditayang belum separuh jalan, pemuda itu sudah lena. Nampaknya hanya orang pelik seperti Hyeri mampu bertahan dengan sikap Jungkook. Tidak disangka Hyeri yang awalnya meluat dengan oerangai Jungkook akhirnya jadi pasangan kekasih.

"Kau pun tahu aku ni memang suka ambil tahu fasal gosip. Tak kisahlah gosip apa pun, aku carilah kat stor. Akhirnya dapat juga cari gosip panas fasal Yoongi. Kau nak tahu tak ni?"

"Kalau kau nak cerita, cerita jelah." Keluh Minjeong berlagak biasa.

"Masa Yoongi di puncak kejayaannya, dia pun pakai rantai yang sama. Kalau tak silap akulah, bentuk loket dia sama macam yang dia bagi kat kau tu."

"Dia pun pernah bagitau wartawan hanya insan istimewa yang boleh buka mangga ni. Jadi dia tak boleh hilangkan mangga kunci ni. Lepas tu dia tak komen dah fasal kunci tu," kata Hyeri sambil membelek majalah lama.

"Oh, macam tu ke?" jawab Minjeong tenang. Dia enggan berharap terlalu tinggi. Dia tidak mahu harapan terlalu menggunung bakal mengundang kekecewaan.

"Aku tetap merasakan sebenarnya dia serius dengan kau. Okeylah. Pergi tidur. Kau ada kerja penting esok, kan? Nanti tak fasal-fasal diorang ingat ada panda betina tengah urus promosi dorang."

"Ish! Kau lah panda betina. Kau yang telefon aku dulu malam-malam macam ni!"

"Yalah, akulah panda betina tu. Tapi kau jangan lupa pakai rantai tu tau. Bye!"

Minjeong melangkah ke bilik air untuk mandi. Badannya melekit. Jadi bolehlah dia tidur dengan selesa. Kemudian dia mengunci jam agar tidak lewat esok pagi.

[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now