21

19 3 0
                                    

"FUH... penatnya!" Minjeong membaling beg atas lantai sambil melompat atas katil. Dia meletakkan kepala atas bantal sambil mengingati semula perbualannya dengan Sohee dan Hyeri di sekolah tadi.

Akhirnya mereka tahu mengapa Sohee nampak murung. Memanglah seronok dapat harta terpijak. Tetapi menjadi kaya secara mendadak buat Sohee sekeluarga terkejut dan tidak dapat menyesuaikan diri.

Papa Sohee cuma tukang baiki aircond. Gajinya selama ini tidak cukup untuk menampung segala perbelanjaan rumah. Jadi mamanya terpaksa mengambil upah mengasuh anak orang dan menjahit.

Sebagai anak tunggal, Sohee faham keadaan kehidupan mereka. Walaupun tidak mewah tetapi mereka sekeluarga tetap bahagia.

Kini tiba-tiba mereka mendapat kekayaan tidak pernah disangka. Walaupun tidak perlu risaukan kesukaran menampung perbelanjaan harian lagi, namun kehidupan asal yang tenteram pasti alami perubahan besar.

Sudah tentulah Sohee tumpang gembira jika papa mamanya tidak perlu lagi memikirkan hal berkaitan kewangan. Tetapi dia risau kehidupannya berubah perlahan-lahan dan timbul masalah lain pula.

Dalam menjalani kehidupan, sebenarnya Hyeri kelihatan paling tenang meskipun nasibnya kurang baik antara mereka. Sejak kecil lagi Hyeri membesar bersama ibu yang suka berfoya-foya dan tidak bertanggungjawab.

Hyeri seorang yang sangat penyabar dan positif. Malah jika ada masa terluang, dia lebih suka jadi sukarelawan rumah anak yatim. Dia sudah biasa hidup susah dan tidak berkemampuan.

"Tak payah fikir sangatlah. Biar papa mama kau uruskan. Tak kira apa pun yang berlaku, kitorang tetap jadi kawan kau. Ingat, macam mana sukar pun masalah tu... ia tetap akan berlalu. Apa yang kau boleh buat sekarang cuba sesuaikan diri perlahan-lahan. Lagipun bukan susah," nasihat Hyeri bersahaja.

'Betul cakap Hyeri.'

Minjeong tersenyum kagum apabila teringat tentang sikap Hyeri yang tenang menghadapi apa jua situai. Malah Hyeri tenang memberi dorongan kepada orang lain. Dia masih ingat, Hyeri juga pernah menasihatinya hal sama ketika dia ditimpa masalah suatu ketika dulu.

Tidak semena-mena Minjeong mengimbau kenangan pahit semas berada di sekolah ini. Peristiwa itu seperti mimpi ngeri. Ketika itu papanya menjadi topik hangat pihak media massa; surat khabar dan TV. Semua penduduk kampung bencikan papanya kerana tertangkap menjadi bomoh palsu.

Dahulu setiap kali ada apa-apa masalah, penduduk kampun datang menemui papanya untuk meminta bantuan. Ada juga yang sanggup datang dari jauh untuk berubat. Dengan duit berubat itulah papanya menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

Namun, penipuan akhirnya terbongkar. Semua penduduk kampung menyalahkan mereka sekeluarga. Papanya ditangkap pihak polis. Jiran-jiran tidak habis-habis bercerita dan mengutuk mereka sekeluarga.

Mama tidak tahu kepada siapa hendak mengadu. Dia cuma wanita biasa yang perlu menyara dua orang anak. Malah peluang terlepas kes suaminya agak tipis. Semua peguam enggan membantu apabila dapat tahu dia tidak mampu membayar kos guaman. Akhirnya akibat tekanan melampau, papanya meninggal dalam lokap sebelum sempat kesnya dibicarakan.

Sejak itu, mama memikul tanggungjawab menyara kehidupan mereka. Demi tidak sanggup diganggu desas-desus penduduk kampung dan pihak media massa, mama membawa mereka berpindah. Sejak itulah mereka sekeluarga mendiami rumah ini. Ketika itu Minjeong baru habis sekolah rendah. Perlahan-lahan mereka memulakan kehidupan baru.

Emosi Minjeong masih bercelaru ketika awal berpindah ke rumah dan sekolah baru. Dia asyik diganggu rasa takut dan risau jika rakan sekelas tahu kisah lampaunya. Minjeong khuatir dia dibuli seperti sekolah lama.

Di benaknya sentiasa takut sekiranya berita malang itu tersebar, mereka terpaksa berpindah lagi. Mamanya sudah cukup merana. Dia tidak mahu membebankan mamanya lagi.

Setiap hari, Minjeong bagaikan seekor burung ketakutan. Berhati-hati ketika belajar, tidak bergaul dengan sesiapa dan tidak menyertai sebarang aktiviti kokurikulum. Dia berharap tiada siapa mengenalinya. Jadi dapatlah dia meneruskan kehidupan dengan tenang.

Pada suatu hari, ketika waktu Pendidikan Jasmani, tiba-tiba Hyeri duduk di sebelah dan meniru gayanya sedang memeluk lutut.

"Aku macam pernah tengok muka kaulah. Baru aku ingat.. kau ni pernah keluar berita, kan?"

Akhirnya apa yang Minjeong takutkan muncul juga. Sampai sekarang Minjeong tidak dapat melupakan senyuman matang Hyeri memandang wajahnya yang pucat lesi ketika itu.

"Kau jangan risau. Aku bukan jenis kawan yang suka jaja keburukan ornag lain. Aku cuma nak bagitau... keluarga aku pun pernah hadapi masalah. Aku yakin, tak kira betapa teruk situasi yang kita hadapi, ia akan berlalu pergi. Kita ni budak lagi. Tak apa... kita cuba harungi perlahan-lahan, ya!"

DENG! DENG! DENG! Muzik 'The Blue Danube' mematikan lamunan Minjeong. Dia berkalih dan mengambil telefon bimbit atas laci. Tiba-tiba dia berdebar.

'Yoongi! Amboi... teruk sangat angau aku ni. Baru tengok nama sudah berdebar. Dia ni ada magik ke?'

Minjeong segera bangun dan berjalan arah hujung katil lalu duduk sambil membetulkan rambut yang kusut-masai.

"Helo?"

"Helo? Aku ni." kedengaran suara Yoongi perlahan.

"Ya, kenapa? Ada hal penting ke?" ujar Minjeong pura-pura tenang. Padahal di hatinya dia seperti ingin melompat mendengar suara pemuda di hujung talian. Dia berusaha berlagak tenang. Tidak mahu Yoongi tahu betapa teruja perasaannya sekarang.

"Kau tengah buat apa tu?"

"Aku? Tak buat apa-apa."

"Oh..."

"Apa cerita?"

"Tak ada apa. Saja rindu nak dengar suara kau."

"Ergh..."

Bagai hendak luruh jantung Minjeong. Tetapi dia tidak mahu terpedaya dan kelihatan terhegeh-hegeh meskipun sememangnya dia tertunggu-tunggu panggilan Yoongi.

"Kalau tak ada hal penting, aku... aku nak letak telefon dulu."

"Ah! Tunggulah kejap. Aku nak bagitau ni. Tarikh persembahan dah confirm Sabtu minggu pertama cuti sekolah. Beberapa minggu ni aku sibuk sangat. Setiap hari lepas sekolah ada latihan. Hujung minggu pun macam tu. Sampai tak ada masa nak jumpa kau."

"Okey. Aku faham. Lagipun sebelum cuti kita ada ujian. Jadi aku pun kena buat ulang kaji."

Hakikatnya Minjeong sudah mula merindui jejaka itu. Tetapi nampaknya sedikit sebanyak teater menjarakkan hubungan mereka. Namun kerana ia impian besar Yoongi, Minjeong tetap menyokong dari belakang.

"Baiklah. Kalau free nanti aku call."

"Okey!"

"Oh ya! Sebelum persembahan, kita ada raptai special. Kak Nara suruh jemput kau dengan kawan-kawan," ujar Yoongi.

"Raptai special?"

"Ya. Sama je macam persembahan rasmi. Cuma yang ni khas untuk ahli keluarga, kawan-kawan staf teater dan individu dalam industri. Masa tu bolehlah kitorang betulkan kalau ada kesilapan. Jadi masa hari persembahan sebenar, harap-harap semuanya perfect."

"Oh, macam tu... hmm... aku kena tanya dorang dulu..."

"Alamak... ada orang datanglah. Kejap ya. Aku buka pintu kejap. Jimin yang datang. Kejap."

Kedengaran suara Yoongi dan Jimin berbicara. Tidak lama kemudian, Yoongi menyambung.

"Minjeong, nanti aku call lagi. Jimin datang nak bincang sesuatu."

"Oh, okey. Bye!"

[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now