20

24 3 0
                                    

Saja rindu nak dengar suara kau.

"APA?!!"

Oleh kerana Sohee anak tunggal, Minjeong dan Hyeri hanya dapat memikirkan satu kemungkinan dalam situasi begini.

"Tapi hubungan mama papa kau elok je aku tengok. Tak ada masalah pun."

"Tak, tak... bukan macam tu." Sohee tahu Hyeri salah faham dengan kata-katanya.

"Habis tu, buat apa oeguam datang rumah kau?"

Satu firasat buruk muncul dalam hati Minjeong. Dia sebenarnya tidak suka peguam. Malah dia tidak suka polis dan wartawan. Hal ini seakan mengungkit semula memori silam yang menyakitkan hati.

"Entahlah... aku pun tak pasti. Kelam-kabut jadinya semalam. Mama papa aku terus keluar lepas peguam tu balik. Dah malam baru diorang balik. Yang aku dengar, pak cik aku meninggal. Pak cik aku ni banyak harta. Dia ada kilang komponen kapal terbang."

"WOW!" Minjeong dan Hyeri menjerit serentak kerana kagum dengan ceita Sohee.

"Betul. Aku tak tipu. Bujang pula tu. Saudara sebelah papa pula tak ramai. Jadi papa akulah terpaksa uruskan upacara pengebumian..."

"Baguslah tu... biar mama papa kau uruskan. Lagipun pak cik kau tu banyak harta. Rasanya tak ada masalah kalau nak lakukan upacara pengebumian, kan?"

"Huh, aku tak kisah kalau fasal tu je," keluh Sohee.

"Habis tu?" tanya Minjeong dan Hyeri serentak.

"Menurut wasiat pak cik... kalau dia meninggal, semua harta dan aset akan jadi milik papa aku."

Minjeong dan Hyeri hampir ternganga mendengar berita yang Sohee sampaikan.

[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now