14

28 4 0
                                    

Pening Minjeong memikirkan hubungan dia dan Yoongi yang terjalin secara tiba-tiba. Pulang sahaja dari funfair tempoh hari, Yoongi menghantar WhatsApp tetapi tidak dibalas. Seminggu berlalu, namun dia masih tidak memberi sebarang respons kepada pemuda itu.

Minjeong buat begitu agar Yongi berputus asa untuk tidak menghubunginya lagi. Namun setiap kali terpandang patung beruang, dia pasti teringatkan pemuda tampan itu.

'Mungkin... aku dah jatuh hati kat dia,' desis Minjeong diselubungi perasaan gusar.

Sehinggalah pada suatu hari Hyeri membawa berita.

"Grup Teater Remaja?"

"Ya. Grup Teater Remaja. Nilah dia orangnya!"

Sohee duduk atas katil Minjeong sambil menghulur sekeping risalah. Minjeong meneliti gambar yang dipegang. Ada muka Yoongi berdiri di barisan akhir. Tubuhnya nampak kecil berbanding sekarang. Tetapi Minjeong yakin dialah orangnya.

'Tak sangka Yoongi pernah berlakon teater. Patutlah Jungkook panggil dia selebriti tempoh hari. Kawan dia tu pun ada pesan jangan usik muka Yoongi. Tu maknanya sebab muka Yoongi amat penting. Kekacakan, senyuman ada ekspresi dia yang menarik perhatian...semuanya bererti dia merupakan pelakon!' desis Minjeong.

"Arghh---" Minjeong menekup muka dengan bantal. Dia berharap ada sejenis vakum mampu menyedut semua kemurungannya.

"Dia tak bagitahu kau ke?"

Hyeri perasan Minjeong kelihatan murung sejak kebelakangan ini. Sebab itulah dia mengajak Sohee sama-sama menemui kawan baiknya itu untuk memberi semangat. Dia tahu Minjeong bukan jenis suka mendengar gosip. Tetapi dia tidak sangka Minjeong tidak tahu Yoongi merupakan salah seorang ahli Grup Teater Remaja.

"Tak." Kedengaran Minjeong membalas dari bawah bantal.

"Mungkin dia ingat kau dah tahu kot?" Hyeri cuba memikirkan kemungkinan lain.

"Mungkin juga dia takut kau terkejut, sebab tu tak bagitahu kau dulu?" pujuk Sohee.

Mijeong rasa kerongkongnya disumbat sesuatu. Entah kenpa dia benar-benar kecewa. Melihat riak Minjeong begitu, mereka semua terdiam.

"Apa kata kita intai dia?" ujar Hyeri memecah kesunyian. Dia risau melihat kawan baiknya berkeadaan begitu.

"Intai? Kat mana?" ujar Sohee dan Minjeong hampir serentak sambil memandang Hyeri.

"Eh? Takkan kau tak tahu Grup Teater Remaja buat latihan terbuka setiap Ahad," ujar Hyeri.

"Biar betul? Hari ni kan hari Ahad. Jomlah kita pergi tengok," ajak Sohee teruja.

"Tak kuasa aku nak tengok dorang," ujar Minjeong selama.

Puas Sohee dan Hyeri memujuk. Namun Minjeong tetap dengan keputusannya.

"Kenapa kau tak nak pergi?"

"Dia bukannya ada sebarang hubungan dengan aku pun. Buat apa sibuk pergi tengok dorang!"

Sohee dan Hyeri saling berpandangan mendengar jawapan dingin kawan baik mereka.

"Aku dengar cerita an club teater tu, Yoongi ni jenis tak layan peminat perempuan. Memang ada yang luahkan perasaan tapi dia tolak. Lagipun aku tak pernah tengok dia berjalan dengan perempuan lain!"

Hyeri pernah dengar gosip tentang hal ni. Sebab tulah dia berpendapat bahawa niat baik Yoongi adalah mahu rapat dengan Minjeong. Nampaknya pemuda itu ikhlas ingin berkawan dengan Minjeong.

"Betul tu. Mesti dia nak mengurat kau. Sebab tu dia ajak kau tengok wayang dan hadiahkan patung besar!" ujar Sohee sambil meletakkan patung kesayangan Minjeong depan mata.

"Kau pun suka kat dia kan?"

"Ish---" hanya itu jawapan terpacul dari mulutnya.

Tiba-tiba Minjeong rasa seperti mahu menangis. Sebak dadanya. Sebenarnya dia sedar diri. Yoongi  selebriti. Mustahil Yoongi tergila-gilakan gadis biasa sepertinya. Dia tidak mahu Yoongi ditimpa musibah disebabkan dia lagi.

"Tak payah nak mengeluh sangatlah. Kalau kau suka, pergilah kejar dia. Dapatkan kepastian. Sekuarng-kurangnya kau dah tanya perasaan dia. Tak payah fikir bukan-bukan," ujar Hyeri.

"Anggap jelah kita teman dia berlatih teater. Pergi jalan-jalan lebih baik dari asyik terperuk dalam bilik seoarng diri macam ni. Kitorang tak paksa kau jumpa dia. Cuma pergi tengok je. Tak salah, kan?"

Sohee dan Hyeri cuba memujuk Minjeong keluar dari kemurungan.

"Baiklah. Aku pergi!"

Minjeong akur walaupun geram dengan desakan dua kawan baiknya. Dia menyalin pakaian lalu mereka keluar beriringan. Dia sendiri tidak pasti dengan tindakannya.

'Betul ke apa aku buat ni?' desis Minjeong. Namun kakinya terus melangkah demi lelaki bernama Yoongi.

[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now