15

26 4 0
                                    

Sebaik tiba depan pintu bilik teater, terdengar keriuhan bunyi instrumen dan suara orang bercakap.

"Betul ke kita boleh masuk?" soal Sohee sambil meninjau pintu teater yang separuh tutup. Dia tidak pasti sama ada orang di dalam mengalu-alukan kedatangan mereka.

"Boleh kot. Ada orang tengah berlatih. Diorang tak tutup pintu pun," kata Hyeri sambil menolak pintu.

"Apa kata..."

"Korang ni siapa?"

Tiba-tiba seorang wanita lingkungan 30-an muncul belakang mereka sambil menjinjing plastik dipenuhi barang.

"Oh! Dengar cerita, latihan teater setiap Ahad dibuka kepada umum. Boleh ke kitorang tengok?" tanya Hyeri.

"Oh, korang datang nak tengok, ya? Masuklah!"

Wanita itu segera membuka pintu teater dan mempersilakan mereka masuk sambil tersenyum mesra.

"Terima kasih."

Mereka bertiga mengekori wanita itu hingga tiba di auditorium teater. Tempat ini nampak biasa sahaja. Lantai ditutup karpet warna burgundy. Bahagian depan pentas yang luas mempunyai lebih kuran 20 baris tempat duduk. Terdapat beberapa kumpulan sedang menjalani latihan atas pentas.

"Latihan akan berakhir pukul 9.00 malam. Korang bebas tengok apa je. Nak ambil gambar pun boleh. Tapi hati-hati sikit sebab banyak wayar dan peralatan kat atas pentas. Kat belakang pentas pun banyak prop besar. Orang luar tak boleh masuk situ," jelas wanita tersebut.

"Baik, kami faha. Terima kasih banyak-banyak, puan." ucap Hyeri.

"Korang masih belajar kan? Kenapa tiba-tiba datang tengok latihan teater? Korang berminat dengan persembahan pentas ke?" ujar wania tersebut mesra.

"Tak adalah, puan. Saja nak tengok dorang berlatih," kata Hyeri sambil mengerling Minjeong yang leka memandang ke arah pentas.

"Oh, macam tu. Lupa pula nak perkenalkan diri. Saya ni pengurus Grup Teater Bambu. Korang boleh panggil saya Kak Nara je. Akak pergi dulu, ya. Banyak kerja nak diuruskan."

"Baiklah. Terima kasih, kak." Hyeri melambai Kak Nara yang melangkah masuk pintu kecil di sebelah kanan pentas.

"Macam mana? Nampak dia tak?" soal Hyeri kepada Minjeong dan Sohee.

Sohee menjongket bahu. Minjeong mula mengerut kening sambil merenung Hyeri.

"Nampak siapa? Bukan ke kita datang nak tengok diorang berlatih teater?"

"Betullah tu. Kita datang nak tengok diorang berlatih je," jawab Hyeri acuh tak acuh. Mereka berjalan ke tengah auditorium dan Hyeri mengambil tempat duduk di situ.

Minjeong dan Sohee turut duduk. Ternganga mereka bertiga melihat orang di atas pentas memegang skrip menghafak dialog sambil melakukan pergerakan. Ada juga yang melakukan regangan dan latihan vokal. Semuanya tidak memakai kostum. Jadi mereka bertiga tidak dapat mengagak apa yang dilakukan.

"Bosannya, jom kita balik," cadang Minjeong.

Akhirnya Minjeong tahu mengapa tiada siapa datang melihat latihan teater.

"Hah? Baru sampai dah nak balik?" ujar Hyeri sambil memandang Sohee guna isyarat mata menandakan dia mahu soskongan Sohee untuk memberi alasan supaya mereka dapat duduk di situ lebih lama.

Minjeong belum nampak kelibat Yoongi. Tujuan utama Hyeri dan Sohee membawa Minjeong ke sini belum tercapai. Jadi patutlah mereka terus balik sekarang?

"Ala... tunggulah kejap!"

Sohee buntu sebelum terfikir satu alasan yang berkesan.

"Hah, Hyeri! Bukan ke kau tengah buat persediaan untuk persembahan pentas rumah anak yatim? Nilah masanya kau nak cari ilham. Diorang semuanya profesional ni!"

"Ya, tengah tengoklah ni. Kau janganlah bandingkan kanak-kanak dengan diorang yang profesional ni pula. Susah tahu tak nak kawal budak-budak kat rumah anak yatim tu. Semua pelakon teater kat sini dapat latihan profesional. Semuanya handsome dan cantik-cantik. Macam Yoongi tu bolehlah, kalau tak... ergh..."

Minjeong tiba-tiba menunduk. Hyeri juga serta-merta berhenti bercakap.

'Alamak!' desis Hyeri.

Dia sedar multunya terlepas cakap. Riak Minjeong berubah. Mungkin terasa hati. Sudahlah Minjeong memang tengah moody. Dia pula seolah-olah bangkitkan lagi fasal perbezaan Minjeong dengan Yoongi yang kononnya bagai langit dengan bumi.

Pintu kecil sebelah pentas dibuka. Kak Nara berjalan keluar sambil bercakap di telefon. Kak Nara melambai ke arah mereka bertiga, kemudian membuat isyarat tangan menyuruh tunggu, lalu terus menyambung bercakap di telefon. 

"Aku nak cakap dengan Kak Nara kejap. Lepas tu baru kita balik!"

Hyeri nampak kedua-dua kawannya sudah bangunn dari tempat duduk. Suasana jadi kekok. Dia tidak mahu memaksa Minjeong terus di sini jika tidak selesa.

"Apa kata kau balas mesej Yoongi? Kau ajaklah dia keluar dan luahkan perasaan. Jangan takut. Tak kisahlah dia terima ke tak, sekurang-kurangnya kau tahu isi hati dia. Jadi tak payahlah kau seabut fikir fasal hal tu."

Cadang Sohee sambil menepuk belakang Minjeong. Dia faham perasaan kawan baiknya itu.

"Tengoklah macam mana. Biar aku fikir dulu. Aku sedar siapalah aku ni nak berkawan dengan dia," luah  Minjeong.

Nada suara Minjeong tenang dan berbaur kekesalan. Sohee dan Hyeri saling berpandangan.







[C] Cinta Tanpa Henti Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon