18

26 4 0
                                    

"ARGHH---"

Minjeong menarik seimut dan berselubung. Sudah lama dia bergolek atas katil namun mata masih tidak mahu lena. Otaknya seakan dipenuhi wajah Yoongi.

'Aduhai... macam mana ni?'

Yoongi yang lebih dahulu meluahkan perasaan, tetapi kata-kata Yoongi selepas itu buat Minjeong rasa dirinya begitu terasing.

'Betullah, kan? Dia dah tahu cita-cita dan hala tuju hidup. Dia serius berusaha nak capai impian. Kalau aku tak dekati dan lihat senyuman dia, sudah tentu aku tak angau macam ni sekali,'

Minjeon semakin resah memikirkannya. Rupanya begini karakter sebenar Yoongi. Sebelum ini Minjeong menyangka Yoongi cuma seorang lelaki tampan yang bersikap acuh tak acuh dan tidak mempedulikan hal sekeliling.

Tetapi hari itu, Yoongi yang berbaju-T putih berdiri atas bumbung sambil merenung langit kelihatan serius dan tegas. Wajah tampan itu penuh impian dan cita-cita.

 Wajah tampan itu penuh impian dan cita-cita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Minjeong menggeleng-geleng. Dalam kepalanya, Yoongi agak berbeza dengan dirinya yang masih menonton sitkom sambil makan kerepek kentang. Nampak sangat pemalas. Difikirannya selama ini hanya tahu berseronok.

Minjeong rasa malu sendiri apabila terfikir mungkin Yoongi tidak membuang masa seperti dirinya. Pasti pemuda itu bangun awal setiap pagi dan bermain bola keranjang untuk mengekalkan stamina; manakala dia pula sekarang baru hendak tidur dengan lingkaran mata hitam melampau.

Malah setiap hari Yoongi ke dewan teater untuk membuat latihan percakapan, vokal, nyanyian, tarian, aerobik, pergerakan dan macam-macam lagi. Sebaliknya dia pula setiap hujung minggu tidur sampai tengah hari dan selepas puas makan, tidur semula.

Minjeong benar-benar rasa tercabar. Umur mereka hampir sebaya tapi Yoongi sudah mula terjebak dalam dunia dewasa, manakala dia pula masih kebudak-budakan tanpa merasai kesusahan hidup.

"Masa depan aku. Ya, macam mana masa depan aku?" Gadis itu sukar hendak lelapkan mata malam ni. Malah jiwanya merasai kemanisan cinta dan kepahitan bercampur baur.

[C] Cinta Tanpa Henti Where stories live. Discover now