12|Jealousy

124 30 1
                                    

Tzuyu baru sedar dari di rasuk Setan. "Mianhae" ucapnya dengan malu lalu segera keluar dari restoran lima bintang itu

Taehyung bangun dari kerusinya "Awak nak pergi mana?" soal Nayeon dengan keliru. 'aku tak boleh macam ni. Kalini aku pilih untuk stay dengan Nayeon ' 

"Saya nak pergi tandas kejap" kata Taehyung lalu segera pergi.

Manakala Tzuyu di luar restoran memegang kepalanya bingung "Kenapa korang kacau aku sekarang?" soal Tzuyu dengan marah. Bambam dan Mark terus muncul di hadapannya

"Kau ni tak cukup serik ke?" Soal Bambam dengan bengang "Jangan couple" marah Mark pula "pergii.." Tzuyu menutup telinga dan memejamkan matanya

Dowoon terus memegang kedua-dua bahu Tzuyu agar memandangnya "Relaks" Dowoon cuba menenangkan Tzuyu. Mata mereka saling bertentangan

"Saya ada. Awak jangan takut" Pujuk Dowoon membuatkan Tzuyu terasa tenang. Dowoon memeluknya dengan erat.

Dalam diam, Taehyung memerhatikan mereka berdua dari jauh. "Nasib baik dia faham Tzuyu" Ucap Taehyung dengan lega lalu kembali ke mejanya dan Nayeon

Dia lihat Tzuyu dan Dowoon juga kembali di tempat mereka. Tzuyu akhirnya perasan Taehyung di situ. Matanya membulat "Saya nak balik" minta Tzuyu. "Ye saya pun. Orang dekat sinj asyik pandang kita je" Dowoon bersetuju

Tzuyu bangun semula dari kerusi lalu Dowoon memimpinnya keluar dari situ.

Taehyung memerhatikan mereka sehingga mereka hilang dari pandangan. "Awak asyik perhatikan diorang je" Nayeon perasan dengan gerakan Taehyung

"Untuk pengetahuan awak, saya yang pertemukan diorang berdua. Harini dating pertama diorang" kata Taehyung dengan bangga "Wahh jinja?? Patutlah awak macam bangun nak pujuk dia" kata Nayeon dengan tak sangka

"Bila masa pula saya nak pujuk dia. Saya pujuk awak je mulai sekarang" Taehyung mengambil hati Nayeon "Ye.. Memang patut pun" jawab Nayeon lalu minum air orennya

***

Tzuyu pulang sambil membawa sejambak bunga. Senyuman lebar dari tadi terukir di bibirnya. "Amboi.. Happy nampak" tegur Dahyun sambil mendekati Dahyun

"Happylah. Dia faham saya" kata Tzuyu juga teruja. Got7 hanya menjeljngnya dengan jelingan maut. Takut dia ingin melawan kerana ada Dahyun

"Baguslah! Awak dengan Taehyung oppa harini happy ye. Balik pun lewat. Masing-masing dah ade partner. Kalau macamni kahwin sekali je la senang" kata Dahyun dengan teruja

"Nanti bukan Taehyung dengan Nayeon. Tapi dengan Tzuyu pulak. Iyelah. Awak nak diorang kahwin sekali kan" Jimin menyampuk "Ishh awak merepek ape pulak. Orang tengah bahagia kann" Dahyun membebel pada Jimin

Tzuyu hanya tersenyum mengingatkan Taehyung di restoran tadi "Taehyung belum balik?" soal Tzuyu sambil terjenguk melihat sofa ruang tamu yang hanya ada Jimin dan Got7

"Belum" jawab Dahyun. Tiba-tiba pintu di buka. Taehyung masuk ke dalam. "Panjang umur" kata Jimin "Kantoi mengumpat" Kata Taehyung dengan wajah kosong

"saya tidur dulu" Tzuyu terus naik ke tingkat atas. Got7 segera mengejar Tzuyu lalu di tahan Dahyun "Aip!! Nak buat apa ni?" Marah Dahyun dengan tegas "Nak.. Nak.. Erm nak pergi ddkag.. Tzu.. Tzuu.. Yuu" tergagap Jaebum di buatnya

"Jangan kacau dia! Kalau tak, aku  ikat korang guna rantai besi" ugut Dahyun dengan tegas "Ahhh tak nakk" mereka mengeluh lalu lari dari Dahyun

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now