38| Melawan Takdir

84 26 9
                                    

Taehyung menuruni tangga. Jisoo  yang perasan dengan kehadirannya, terus menjauhkan diri dari Jinyoung sebaliknya mendekati Taehyung. Tzuyu turut perasan.

"Mungkin dia cuma anggap Jinyoung sebagai kawan" Tzuyu berfikiran positif. Dia sambung kerjanya dengan tenang

"Dah lama kau sampai?" Taehyung menyoal Jisoo. "Baru je sampai...jomlah"Dia memeluk lengan Taehyung pergi.

Tzuyu memerhatikan mereka sehingga lesap dari pandangannya. Rapat betul Taehyung dengan Jisoo. Kalau tak sebelum ni, dia macam nak cekik je minah tu

Pandangannya beralih ke Jinyoung pula yang sedang menikmati kimchi buatan Jisoo. Tinggal mereka berdua saja di rumah. Dahyun pergi rumah mak mentua dia dengan si Jimin

Member got7 yang lain pula sibuk berdating. "Apa kau pandang-pandang aku? Kau nak aku rasuk kau?" Jinyoung tak selesa dengan renungan yang Tzuyu lemparkan padanya

Tzuyu mencebik "Pandang pun salah."Dia sambung buat kerjanya"Salah la.. Kau tu dahla ada boyfriend. Berani pandang lelaki lain" katanya tegas dengan mulut yang penuh

"Eleh.. Tahu lah tak ada girlfriend. Renung sikit je nak kecoh" Tzuyu membidasnya. Terkilan Jinyoung sebentar. Dia terasa. Air matanya tiba-tiba mengalir.

Tzuyu perasan Jinyoung menangis "Erk.. Aku... Aku lupa pula kau ni kuat nangis... Mianhae.." ucapnya tergagap lalu segera melarikan diri ke dalam bilik sebelum Jinyoung mengamuk padanya.

Pintu bilik di tutup lalu dia merebahkan diri di atas katil. Di bacanya mesej dari Omma yang memaksanya balik dan terus berkahwin dengan Jungkook.

Dia mengeluh panjang. Younghoon pun tiada khabar. Pening dia memikirkan arah jodohnya. Dia melirik ke sebuah kotak tepi tingkap. Kotak tersebut berisi hadiah yang hendak dia berikan pada Younghoon

****

Sana dan Mark menyaksikan persembahan di sekolah bersempena dengan penamatan sekolah bagi tahun ini

Mark sangat tekun menyaksikan persembahan itu. Sesekali dia mulutnya terbuka melihat bakat anak-anak muda di atas pentas.

Namun Sana langsung tak menyaksikan persembahan itu. Sebaliknya dia merenung wajah Mark. Dia memang suka tengok sisi wajah Mark. Jaw line tajam wuu

Timbul rasa sedih dalam dadanya. Takut akan kehilangan Mark suatu hari nanti

"Mark.. Jom.. Kahwin" ajak Sana tetiba. Mark menoleh ke arahnya pupil matanya membesar tetapi bibirnya mengukir senyuman tumpul "Jom. Tapi bukan sekarang" Jawabnya dan beralih semula pandangan ke pentas

Sana mendengus "Itu je jawapan awak. Saya nak kita kahwin cepat. Saya nak hidupkan keluarga dengan awak. Semua bayaran perkahwinan saya tanggung asalkan awak.. Jadi suami saya" Sana mengenggam tangan Mark

Mark merenungnya tanpa perasaan. Dalam kepalanya terfikirkan nasib kawannya iaitu Yugyeom, Youngjae dan Jackson yang telah kantoi dengan girlfriend mereka

"Kalaulah saya kuat untuk berterus-terang dengan awak" ucap Mark sambil menahan sebak. Sana mengerutkan dahinya.

Genggaman tangannya makin kuat namun akibat terasa bahang di tangan Mark membuatkan dia segera menarik tangannya semula.

"Saya dah tahu Mark. Awak bukan manusia" Sana mengalirkan air mata setelah mengucapkan ayat itu. Mark terkilan. Dia turut tak dapat menahan tangisan

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt