56 [Ending]

231 21 62
                                    

"Jiae~" Taehyung mencium pipi gebu Jiae sebelum duduk di sebelah Sujeong "Lambatlah. Dah nak balik dah pun"  Sujeong menjuihkan bibir, merajuk

"Tak payah nak gedik sangat. Ada hal la tadi" jawab Taehyung

Dalam tidak sedar, mereka diperhatikan oleh seorang perempuan..

" Dia dah berpunya? " jelas terpampang riak wajah kecewa pada mukanya.

"Jangan sedih la. Aku yakin tu kawan dia je" Pujuk lelaki di sebelahnya

***

Lisa menyelak rambut depan yang terjuntai ke belakang telinganya. "Lembap betul la jantan ni" Dia mengeluh menunggu ketibaan seorang lelaki. Lambat mengalahkan perempuan!

"Sorry lambat babe" Lelaki itu mengambil tempat di depan Lisa yang sudah merenungnya dengan tajam

"Tak payah nak 'babe' sangatlah Hanbin. Kau pun tahu aku dah ada boyfriend" Lisa menunjukkan cincin di jarinya

Hanbin tertawa hambar "Boyfriend yang dah mati tu?" Soalnya "Haah."Balas Lisa dengan bangganya

"Bukan kau tampar dia waktu nak kahwin dulu?"

Senyuman Lisa serta merta mati "Ya tapi dia dah jelaskan kenapa dia tipu aku. Aku faham. Tak ada siapa pilih untuk hidup sebagai setan. Apa guna hidup balik kalau tak ada kasih sayang? Merasai dunia semata? Motif?" Ayat Lisa langsung tak memberi kesan kepada Hanbin. Dia bukan faham

"Jadi sia-sialah aku ajak kau jumpa harini?" Hanbin mengeluarkan sekotak cincin dari poket bajunya lalu diletakkan di atas meja depan mereka

Lisa terkaku

"Sorry. Aku tak nak" Segera Lisa bangun dari kerusinya dan meninggalkan Hanbin sendirian

***

"Aku balik dulu."Taehyung berdiri dari kerusinya

"Okey bye" Sujeong melambai tangan bersama Jiae "Kau tu jangan balik lambat. Semenjak suami kau kerja jauh ni, asyik melepak dengan Jiae je" Perli Taehyung

"Suka hati aku lah."Sujeong mencebik"Bye Jiae" Taehyung menggosok rambut Jiae "Bye Papa" Balas Jiae buatkan Taehyung tersentak

"Kau tengok! Dia dah fikir aku bapa dia. Tu lah asyik jumpa je. Kau call lah Mingyu tu selalu. Hishh" Taehyung memeluk tubuh

"Mingyu sibuk lah. Kau fikir dia kat sana goyang kaki ke? hishh" Sujeong turut memeluk tubuh. Hari-hari dia merindui lelaki yang bergelar boyfriend itu. Suaminya iaitu bapa kepada Jiae telahpun meninggalkannya kerana curang dengan peremuan lain.

Nasib baik Mingyu muncul mengisi kebahagiaan dalam kehidupan barunya. Namun dia rahsiakan hubungannya dengan Mingyu pada semua orang kecuali Taehyung yang kenankan mereka.

Taehyung tertawa melihat Sujeong merajuk "Nanti aku video call la dengan dia..." jawab Sujeong buatkan Taehyung mengangguk setuju

Sujeong duduk menghadap Jiae "..Hm Jiae, jangan panggil dia ni Papa. Dia dah ada aunty Tzuyu lah" Sujeong memberitahu Jiae dengan nada lembut

Taehyung tersentak mendengar nama Tzuyu disebut Sujeong. Spontan dia tertawa hambar. "Ish kau ni. Aku dah cakap jangan sebut nama dia lagi kan..." Taehyung menggaru tengkuknya menunjukkan dia tak senang  mendengar nama itu

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now