22|Hanya Aku Jaga Hati Kau

100 29 11
                                    

Tzuyu tersedar dari pengsan. Dia dapati dia sedang diikat di sebatang tiang secara berdiri. Sepertinya dia berada di dalam bilik stor. Banyak barang di sekelilingnya

"Siapa kau.. Siapa yang culik aku ni.." Soalnya lemah. Pintu bilik di buka. "Berjaya juga culik dia ni" katanya dengan kagum. Tzuyu mengerutkan dahi memandang si dia

"Irene..kenapa kau buat macam ni? Aku dah keluar dari rumah tu" Kata Tzuyu dengan pelik

Irene tersenyum sinis sambil memeluk tubuh "Memanglah kau dah keluar dari rumah tu.. Tapi kau masih ada hubungan dengan keluarga Taehyung. Tch.. Kau memang takkan serik" ujar Irene perlahan

"Lepaskan akulah! Aku tak ada hubungan dengan diorang. Kau fikir aku nak sangat ke rampas kebahagiaan kau?" Kata Tzuyu dengan geram.

Dia meronta-ronta tetapi ikatan terlalu ketat hanya membuatkan badannya sakit dan lenguh

"Kau rampas kebahagiaan semua orang sebab kau tak ada kebahagiaan. Menumpang simpati dengan tinggal rumah orang.
Buat orang suka dekat kau padahal kau tak layak terima semua tu. Kau ni berlakon baik je depan diorang sebab diorang tu kaya kan? Kau nak kikis harta diorang semua" Irene menuduh

Tzuyu mencebik. Kalau boleh dia nak terus yang dia tu anak orang kaya. Riak pulak nanti. Selamani, omma dan appanya bank in duit pada Tzuyu.

Mereka memang suka bagi duit kat anak-anak sebab itulah Tzuyu tak perlukan kerja dan lagipun susah untuk dia kerja kalau diekori 7 setan

Tapi 7 Setan itu langsung tiada bersamanya sekarang. Di manakah diorang?

****

Yugyeom duduk di tengah hutan hampir 1 jam. Banyak kali dia dengar bunyi pelik. "Hui.. Hui.." Seolah 'ada' yang menegurnya tetapi dia masih rilek duduk di situ. "Hui hui.. Atas.. Atas" suara itu makin kuat. Dia makin menghampiri Yugyeom

Yuyeom hanya memalau suara itu. "Atas.. Atas.." kata suara itu lagi makin jelas

"Apa benda kau atas atas" Yugyeom menengking bende itu dengan geram

"Pandang lah atas bodo" benda itu memarahinyaa semula

Yugyeom mendongakkan kepalanya

"BARRRRRGGHHHHH!!"
Seekor pontianak menakutkan Yugyeom dengan wajah yang sangat mengerikan. Yugyeom menayangkan riak wajah -_-

"Kau nak apa ponti? Kau fikir aku takut ke?" Dia tertawa sinis. Pontianak tu keliru "Kau tak takut? Kau nak aku gigit leher kau??" Dia mengacah-acah dengan memegang leher Yugyeom

"Kita spesies" jawab Yugyeom selamba. Pontianak tadi tersentak. "mianhae" Ucapnya lalu hilang dari pandangan

"Woi Yugyeom!!! Dah ah balik!" Jin menjerit dari jauh. Yugyeom pulang semula. Mereka terkejut kerana Yugyeom sikit pun tak takut. Dah la dia tak bawa lampu ke sana.

D.o memeluk tubuh dengan wajah tak suka "Hebatlah!!" Mereka bersorak "Biasalah..Yugyeom kan" katanya berlagak. Youngjae menjeling menyampah

Sedang mereka bersorak, tiba-tiba mereka terdengar bunyi seperti serigala "AAAUUUUUUU" Mereka saling berpandangan ketakutan

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now