52|Surprised! [GOT7]

112 16 13
                                    

Dr Jamie: Aku rancang nak buat surprise ramai² untuk got7 sebelum diorang pergi

Jichuyaa: Diorang nak pergi mana?

Momojokbal: Aikk kau tak tahu ke?._.

Nayeon Worldwide Pretty: Takkan tak tahu?

Jichuyaa: Tak tahu._.
Jichuyaa: Diorang nak masuk military ke?

Chaeberry: Ah sudah..

Nayeon left

Dr Jamie: ಠ_ʖಠ

Sana clumsy: Taktau taktau

Momo add Nayeon
Nayeon left
Momo add Nayeon

Jichuyaa: diorang nak pergi mana?
Jichuyaa: kenapa tak ada siapa jawab ni? Sedihnya kena palau. Huhu

Jisoo add Lisa
Nayeon remove Lisa

Nayeon Worldwide Pretty: Pm tepi sis.

****

Dahyun dan Jimin tiba di rumah mereka. Hampir 4 bulan mereka meninggalkan rumah itu kerana perlu menetap di rumah Taehyung.

"Hyunjin, ni lah rumah kita. Cuma kita bertiga sekarang. Tak ada Taehyung, tak ada Got7......."

"... dan tak ada Tzuyu." sedih Dahyun menyebut nama Tzuyu. Tzuyu peneman baginya disitu. Tzuyu tempatnya berborak dan melepaskan luahan. Sekarang dia perlu menjalani hidup seperti sebelumnya

"Janganlah sedih. Nanti kita penuhkan rumah kita ye, Dahyun. Kita buat kawan Hyunjin ramai-ramai. Nak berapa? 7 atau 8? Yang pastinya saya dah fikir nama.."

"... Seungmin, Bangchan, Felix, Jisung, Lee Know, Woojin, I.N, Changbin... Auuuu.." Lengan Jimin dicubit Dahyun dengan kuat. Dia menggosok pedih itu bersungguh-sungguh

"Aduh sakit hyun. Lebam dah. Awak sunyikan? Betul la saya offer kita buat kawan Hyunjin ramai. Baru meriah" bebel Jimin dengan muka berkerut

"Tapi semua tu nama lelaki. Takkan tak ada perempuan?" Soal Dahyun dengan geram. Dia merenung Jimin tajam. Nak anak lelaki je. Mana adil macamtu.

"anak perempuan pun saya dah fikir. Yeji, Yuna, Ryujin, Lia, Chaeryeong... " mulut Jimin ditekup Dahyun

"Biarlah saya bagi nama anak perempuan.." pintanya. Semua dia nak bagi, tahulah ketua keluarga tapi bab nama anak kena bekerjasama

"Ye, saya cuma cadang je chagi.."Jimin tersengih".. Jom masuk"ajaknya

*****

Lisa menggenggam tangan appanya yang sedang terbaring di atas katil bilik. "Papa, janganlah sakit. Kalau papa sakit, Lisa nak bermanja dengan siapa?" sedih dia melihat keadaan ayahnya itu. Meskipun hanya menghidap darah tinggi, namun dia begitu risau

"Lisa tak lama lagi nak kahwin dengan Bambam. Dia lah nanti gantikan tempat papa."jawab ayahnya buatkan Lisa sebak

"Beza la papa. Kasih sayang tu beza. Kasih seorang ayah tu lagi bermakna dan berharga." Ucap Lisa "Sudah.. Jangan sedih-sedih lagi. Papa nak tengok Lisa bahagia dengan bambam nanti. Papa bangga, akhirnya kamu akan berkahwin. Puteri papa nanti akan menjauh" ucap Encik Marco  sambil menggosok rambut Lisa

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now