54|GOTBYE devil!

103 16 32
                                    

Got7 masing-masing berjumpa girlfriend mereka untuk kali terakhir kecuali Bambam dan Yugyeom

"Terima kasih kerana muncul dalam hidup aku. Kau bantu aku dalam cemburukan Ex aku, Jae. Aku tak sangka akhirnya aku jatuh cinta dekat kau." ucap Jamie dengan lembut

Jaebum tersengih "kan saya dah cakap, awak akan suka saya juga"kata Jaebum dengan bangga

"Jadi selamanya aku cintakan kau" ucap Jamie buatkan senyuman Jaebum memudar

"Mana boleh macamtu. Awak kena mulakan hidup baru dengan bakal suami awak nanti. Saya takkan kembali" air mata mula bertakung di mata Jamie

"Saya percaya dengan kehidupan seterusnya. Kita akan jumpa balik.." Jamie memaksa diri tersenyum

"Saranghae si penipu!"

°°°

"Walaupun hubungan kita sekejap, saya takkan lupakan saat manis kita. Lebih lagi muka awak setiap kali awak cemburu bila saya dengan Taehyung" Kata Jisoo lalu ketawa kecil bila teringatkannya

"Er.. Dia tu pulak nangis merayu nakkan aku.. " perli Jinyoung
"... Siap lari taknak kahwin"

"Yah!" Jisoo menarik kolar baju Jinyoung "Awak pun nak nangis kan? Bila saya nak kahwin dengan Taehyung?" tanya Jisoo sambil merenung ke dalam mata Jinyoung

Jinyoung tersentak dan tiba-tiba menangis apabila teringatkannya. Perlahan Jisoo melepaskan genggamannya.

"Eh..awak, janganlah nangis. Kan saya tak kahwin dengan dia. Saya sukakan awaklah~" Jisoo memujuknya. Tangannya menyeka air mata yang membasahi pipi Jinyoung

"Mana ada nangis. Mata masuk habuklah..." Jinyoung menolak tangan Jisoo perlahan. "Lagi pun Jisoo..."

"...kita tak ada jodoh. Sampai sini je hubungan kita" katanya dengan sayu

Jisoo menahan rasa sedihnya. Dia mengumpul segala kekuatan sebelum berkata "hubungan kita belum tamat lagi. Ni baru permulaan." dia memaksa diri tersenyum

Bergenang air mata Jinyoung "Permulaan apanya? Saya dah nak pergila Jisoo. Awak kena terima pemergian saya" dia bertegas sambil air matanya membasahi pipi lagi

Jisoo mendecit melihat Jinyoung menangis tidak henti. Sikit-sikit nak nangis. Baru tadi nangis, sekarang menangis lagi.

"Itu pun nak nangislah awak ni. Cembeng betul! "Jisoo menyekeh kepalanya kerana geram

"auu..cembeng pun, awak suka" ujar Jinyoung dengan senyuman sinis

Jisoo turut tersenyum malu "pelik. Saya suka tengok awak menangis sebenarnya.." Jisoo menongkat dagu sambil merenung wajah Jinyoung sedalamnya. Berkerut wajah Jinyoung memberikan Jisoo jelingan maut.

"... Boleh saya buat awak menangis lagi?" dia meminta izin

"Ish dia ni" Jinyoung menyinsing lengan bajunya ke atas. Bersedia nak buli Jisoo

"Alamak!" Segera Jisoo melarikan diri "Nak pergi mana tu ha?" pantas Jinyoung mengejarnya

°°°

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now