40|Menerima Lamaran Hantu

115 26 9
                                    


Tzuyu melepaskan tangannya dari Younghoon. Entah kenapa dia berbuat demikian? Sedangkan Younghoon tu boyfriend dia

Itu cuma tindakan tak sengaja kerana malu.

"Jom makan" ajak Juyeon. "Saya tak ada selera lah" jawab Tzuyu diiringi sengih "makanlah sikit" Pelawa Younghoon memujuknya. Tangannya mengusap bahu Tzuyu

Tzuyu menggeleng tak nak
"Tak apa. Saya balik dulu" Tzuyu terus berjalan ke pintu. Taehyung meletakkan sudunya dan mengejar Tzuyu

Younghoon terlebih dahulu menahan lengan Tzuyu "Kenapa awak nampak cemas ni?" soal Younghoon risau. Tangannya terus mendarat di dahi Tzuyu. Memeriksa keadaannya sama ada demam atau tidak

Tzuyu menepis tangan Younghoon. "Saya okey je" jawabnya perlahan. Younghoon keliru "Saya ada buat salah?" tanya dia dengan kecewa. Tzuyu menggeleng

"Mana ada apa-apa. Saya okey cuma saya nak rehat dekat rumah. Janganlah salahkan diri awak" ujar Tzuyu dengan lembut lalu meneruskan langkahnya

Younghoon hanya merenung bayangnya dengan pasrah

"Thank you ye pelawa breakfast" ucap Taehyung kepada mereka sambil berjalan ke pintu keluar. Lengannya pula di tahan Younghoon

Taehyung agak gementar melihat renungan tajam Younghoon "Tolong tengok-tengokkan Tzuyu. Aku risaukan dia. Jagakan dia untuk aku tapi.."

Taehyung menunggu ayat Younghoon habis "Jangan sentuh dia" Younghoon memberi amaran lalu melepaskan lengan Taehyung. "okey" jawab Taehyung kekok.

Taehyung pov

Aku masuk ke dalam keretaku. Kelihatan Tzuyu duduk di seat sebelah. Tak pelawa lagi dah masuk

Dia menunduk membuatkan rambut panjangnya menutup sisi mukanya. Dah macam hantu.

"Kau kenapa ha? Tolak pelawaan breakfast The Boyz?" aku menyoalnya sambil menghidupkan enjin.

Tzuyu diam

Pelik je dia ni. Tak silap aku, Got7 kat rumah dah tak kacau dia pun. Jangan-jangan dia yang dah jadi hantu sendiri

"Tzuyu.. Kau okey tak?" Aku menolak badannya agar bersandar. Kini baru aku nampak mukanya.

Rupanya dia tengah menangis. "Weh Tzuyu.. Kenapa ni?" Aku gelabah dan terus berhentikan kereta di tepi jalan.

Aku risaukan dia. "Tzuyu.. Kenapa ni? Apa yang dah jadi? Kenapa kau menangis? Younghoon ada buat apa-apa ke malam tadi?" Aku cemas. Memerhatikan dia. Tak ada sebarang kecederaan pun

"Hik.. Taehyung.. Saya dah tak tahan. Semua lelaki yang awak suggest kan dekat saya, semua tu bukan jodoh saya" katanya sambil menangis

Aku keliru. "Tapi Younghoon kan cintakan kau.. Kau janganlah lepaskan peluang kali ni" jawabku "Aku yakin kau akan kahwin dengan dia" Jawabku bersungguh.

Tzuyu menggelengkan kepala "Dia tak boleh. Lama lagi saya kena tunggu dia. Mungkin 5 atau 6 tahun lagi. Saya dah rimas duduk sini. Saya nak jumpa Omma, Appa. Saya tak boleh tunggu Younghoon lagi."Katanya dengan tersedu-sedan

Haishh kesiannya. Apa aku boleh buat? Aku pun dah ada Jisoo. Kalau aku tak ada Jisoo, aku ajak dia kahwin terus! Aku pun dah tak nak sorokkan perasaan aku tapi.. Sekarang aku terpaut dengan Jisoo dan aku memaksa mencintainya sepenuh hati

"Kau nak cuba orang lain ke?" aku ragu-ragu menyoalnya. "Tak nak. Saya nak balik. Saya pasrah. Saya terpaksa terima kahwin dengan Jungkook. Akhirnya.. Saya kena mengalah dengan dia" kata Tzuyu dengan kecewa. Tangisannya makin reda

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now