51| Hilangnya Ke Mana?

108 19 16
                                    

"Tolong kesan Tzuyu"

Jaebum menayangkan riak wajah gelisah pada Taehyung. Perlahan kepalanya menggeleng tanda tak mahu. Dahi Taehyung berkerut

"Tolonglah aku. Aku kena hentikan perkahwinan dia dengan Jungkook" lengan Jaebum digoncangnya berkali dengan nada suara merengek seperti budak kecil

Jaebum melepaskan keluhan kecil "Tak boleh... " jawabnya buatkan Taehyung mengalah

"... Tzuyu tak nak kau cari dia. Aku kena hormat dengan keputusan dia. Aku dah banyak berhutang budi dengan dia. Biarlah dia pergi." sambung Jaebum.

Taehyung menunduk pasrah

Jaebum memegang bahu Taehyung"Biarlah dia kahwin dengan Jungkook. Dia memang ditakdirkan untuk Jungkook" ucap Jaebum dengan lembut terus Taehyung mengangkat kepala kembali "Tak. Jungkook bukan jodoh dia. Aku jodoh dia" balasnya dengan serius

"Mana kau tahu rahsia Tuhan?"

"Aku percaya dia jodoh aku. Tuhan dah bagi aku banyak petunjuk. Kalau kau tak nak bagitau Tzuyu kat mana, aku sendiri boleh cari dia" ujar Taehyung sebelum melangkah ke keretanya

Dia mencengkam rambut lebatnya. "Tzuyu... Kenapa awak nak kahwin dengan dia?" Soalnya sendiri dengan bengang.
Telefonnya tetiba berbunyi membuatkan dia pantas menjawab dengan harapan ia dari Tzuyu

"Tzuyu!"

"Tzuyu? Aikk dah kahwin dengan Jisoo pun, masih cari Tzuyu? Ni aku lah Jimeng. Eyy nampak sangat tak save nama aku. Sampainya hati...kau abang ipar aku tau... " kedengaran suara Jimin seakan kecewa setelah dipanggil 'Tzuyu'

Taehyung tersengih malu "Erk mian. Aku tak jadi kahwin dengan Jisoo lah. Nak apa ni? Kalau call semata-mata nak borak, aku nak tutup"

"wait.. WHAT? kau tak jadi kahwin? Kenapa? Aduh.. Sebab kau nak kahwin dengan Tzuyu ke? Aigoo macamtu je kau batalkan perkahwinan?"

"mana ada... Nantilah aku cerita"

"Ish ish ish... Ni si Dahyun dah bersalin. Bawa Tzuyu sekali datang hospital ni"

Terbeliak mata Taehyung sekali dengan senyuman dibibir mendengar khabar kelahiran Hyunjin. Namun hanya sementara apabila Dahyun mengharapkan kehadiran Tzuyu

"On the way"

*****

Bambam dan Lisa menyusuri bahu jalan. Meskipun mereka penghancur perkahwinan, namun mereka tetap bahagia berdua. Seolah tiada malapetaka yang menimpa mereka atas kesalahan yang mereka lakukan.

"Sayang.." Lisa bersuara melonjakkan keriangan hati Bambam. "hmm.. Ye sayang?" Balasnya dengan nada manja. Lisa sudah pun menutup kemerahan wajahnya

"Sayang, kita dah nak kahwin. Tak sabarkan?"

Oh ya perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada minggu depan di mana dia perlu bersedia untuk tinggalkan Lisa.

"mestilah tak sabar. Tapi..." Ayatnya dibiarkan tergantung membuatkan langkah Lisa terhenti. "Tapi apa?" wajahnya dikerutkan sama ada merajuk atau marah

"Tapi awak kena lah janji takkan tinggalkan saya macam Jisoo" spontan ayat itu keluar sekali tangannya menyentuh dagu Lisa.

Gadis itu kembali tersenyum
"takkan. Mana mungkin saya buat macamtu dekat awak. Melainkan awak yang buat dekat saya macamtu. Saya takkan jadi penyebab sebuah hubungan putus. Kalau tak, siaplah lelaki tu, saya kerjakan macam Taehyung tak guna tu!" Lisa menayangkan buku lima

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now