45|Tiada Guna Merayu

115 27 4
                                    

Taehyung menelefon Jisoo, namun dia tak angkat call. “Macam mana? Jisoo datang tak?” soal Dahyun padanya "Entahla hyun. Dia tak nak balas" jawab Taehyung, kepalanya runsing.

Jinyoung hairan kemudian dia menoleh memandang Bambam. Bambam sudah pun tersenyum sinis padanya. Jinyoung melepaskan keluhan berat “takkanla dia betul-betul nak putus dengan Taehyung?” fikir Jinyoung

“Kita pergi je lah”Nayeon berputus asa kerana sudah penat menunggu. “Betul tu, kita dah tunggu dia 1 jam ni.” Yugyeom bersetuju

“Jom gerakk” Chaeyoung terlompat-lompat dengan riang bergerak ke keretanya dan Youngjae. Nayeon, Yugyeom, Jamie dan Jaebum menumpang keretanya.

Taehyung turut melangkah masuk ke dalam keretanya dengan rasa gelisah. Dahyun, Jimin, Jinyoung dan Bambam turut menumpang kereta Taehyung.

Taehyung asyik memeriksa telefonnya untuk menunggu mesej dari Jisoo. Tzuyu di seat sebelah rasa kesian dengan Taehyung

“Aku peliklah. Apasal dia tak nak balas mesej? Angkat call? Selalunya laju je dia respon tapi sekarang layam nak tak nak” kata Taehyung dengan kecewa. “Dia sibuk kot. Nanti dia jawablah. Awak janganlah risau sangat.” Balas Tzuyu cuba menenangkan Taehyung

“Ke, dia dah tak suka aku? Dah ada orang lain?” Taehyung mula berfikiran negatif.

“Erkk takkanlah. Ingatlah balik, dia kan suka awak sangat. Dia sanggup buat apa je untuk dapatkan awak dulu.” kata Tzuyu

Taehyung termenung memikirkan saat Jisoo beria-ria untuk dapatkannya. Siap buat nasi goreng lah... “Mula-mula je beria” Katanya pasrah. Tzuyu hanya terdiam. Tangannya mengusap lembut bahu Taehyung

“Janganlah macamni, tak sukalah tengok awak sedih. Saya yakin, Jisoo cuma sibuk.”Tzuyu memujuknya. Dahyun di seat belakang sudah pun tersenyum melihat Tzuyu memujuk Taehyung.

“Senyum-senyum”Jimin memerlinya. Dahyun terus melmparkan pandangan maut pada suaminya itu

Manakala Jinyoung di seat belakang sekali turut rasa kesian dengan Taehyung. Telefonnya tetiba berdering. Tiada nama, hanya nombor.

“hello”dia menjawab panggilan “Jinyoung. Saya tak nak datang majlis kahwin Sana. Saya tak suka berkepit dengan Taehyung depan awak. Saya tak nak awak cemburu. Saya sukakan awak, Jinyoung. Saya pilih awak” ucap Jisoo dalam talian

Terbeliak anak mata Jinyoung bila dapati itu Jisoo “Jinyoung, Saya dah salah pilih orang. Saya suka awak. Saya tak suka Taehyung. Tolonglah terima saya” Jisoo merayu dengan sedih.

Jinyoung segera mematikan panggilan “Siapa call?” soal Bambam di sebelahnya “Erm scamer”jawabnya selamba

____

Sana memeluk lengan appanya di pintu gerbang dewan. Sangat menawan melihat dia sebagai pengantin harini. Mark di jauh Sana sudah pun tersenyum padanya. Dia berjalan perlahan ke arah Mark sambil memegang sejambak bunga

Masing-masing sibuk mengambil gambar “Hmm dah kahwin dah member kita ni” Jackson mengelap air matanya. Tangisan kerana terharu. Youngjae memandangnya sinis “Aku kahwin haritu kau tak nangis pun?” tanya dia

“Buat apa nak nangis? Kau dahla selalu marah-marah. Hmmm!” Jackson memeluk tubuh “Kita bila lagi nak kahwin?”Soal Momo  sambil memeluk erat lengan Jackson.

Terus terhenti tangisan Jackson “Macam mana nak kahwin kalau diorang tahu saya ni setan” kata Jackson dengan pasrah “Kita kahwin lari lah dekat Thailand” ajak Momo

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now