23|Ambil Kesempatan Dalam Kehilangan

107 26 8
                                    

Got7 kecuali Bambam pulang ke rumah. Mereka pelik melihat Dahyun mennagis di ruang tamu. Jimin sibuk memujuknya "Kenapa ni?"Tanya Jackson dengan risau

"Unnie nak terberanak dah ke?!" Soal Yugyeom terkejut "Yeey dapat anak buah" Mark bersorak

"Eishh.. Bukan la gila! Si Tzuyu tu.. Hilang" Jawab Jimin serius

"Bwo?!!" mereka menjerit terkejut

"diamlah!" tengking Jimin pada mereka

"Eyh Hyung cepat kesan Tzuyu dekat mana" Yuyeom berkata pada Jaebum. Jaebum memejamkan matanya lalu Got7 terus hilang dari pandangan

Mereka buka sahaja mata, kelihatan mereka sedang berada di dalam bilik stor. "Tzuyu!" panggil Mark sambil menunding jari ke arah Tzuyu yang sedang terikat

Tzuyu tersedar dari lena "Korang..Selamatkan aku.. Tolong" pinta Tzuyu dengan lemah "Cepat bukak tali ni" arah Jaebum. Mereka berusaha membukanya

Di sebalik CCTV, Irene hairan dari mana datang 7 orang lelaki tu? Irene memakai mask dan cermin mata hitam. Dia mencapai kayu besbol dan segera berlari ke bilik itu

Pintu di buka dengan perlahan. "Ketat sangatlah tali ni!!" Jerit Youngjae dengan marah "Bukak je cepat" Arah Bambam

Sedang sibuk mereka ingin meleraikan tali, "Korang!!" Jerit Tzuyu

'PANG!!' Kepala Got7 di pukul Irene dengan menggunakan kayu besbol. Got7 jatuh pengsan di lantai.

"Siapa diorang ni? Macam mana diorang tahu kau dekat sini? Macam mana diorang boleh masuk sini?" Tanya Irene dengan marah. Tzuyu tersengih "Taehyung tak bagitau kau ke?" Dia menyoal kembali

Irene bingung. Dia memerhatikan wajah 6 lelaki itu "Kejap... Ni kawan Taehyung. Aku jumpa dekat rumah dia" balas Irene sambil mengingat semula

"Kawan Taehyung? Heh... Diorang ni setan yang kacau hidup aku.
Sekarang kau dah tahu kenapa aku tinggal dekat rumah Taehyung... Dia caring dengan aku. Dia nak jaga aku."Kata Tzuyu selamba. Dia sengaja nak sakitkan hati Irene

Memang tak patut pun Taehyung dengan Irene. Dia betul-betul menyesal meninggalkan rumah Taehyung. Dalam ingatannya teringatkan Dahyun sering merayu padanya jangan pergi. Air matanya mengalir.

"Taehyung caring dengan kau?" Irene tersenyum sinis "Tak mungkin!!!" Dia menjerit sambil memukul Tzuyu dengan kayu besbol. Tzuyu menutup matanya perlahan sambil menahan sakit

Telefon Irene berdering. Dia segera keluar dari bilik itu dan menjawab panggilan

"Irene.. Mianhae. Jom jumpa..kalini Tae janji tak sakitkan hati Rene lagi"

"Hmm..Rene datang sana" jawabnya perlahan "Biar Tae datang sana"

"No.. Tak payah.. Kita jumpa dekat restoran je lah" Panggilan di matikan. Dia merenung bilik pintu tadi sebelum pergi bersiap

****

Bambam kaku di hadapan orang tua Lisa. Sesekali dia menghirup teh dengan janggal kerana di perhatikan mereka

"Dah berapa lama kenal Lisa?" Soal Puan Mano "Err sejak bulan sebelum bulan ni" balas Bambam gagap. Mereka memikirkan ayat Bambam

"Dah dua bulan" jawab Lisa lalu tersenyum malu "Ooo" mereka mengangguk faham "Kerja apa?" Soal Encik Marco pula. Bambam cuak. Dia tak pernah bekerja.. Kerja kacau Tzuyu adalah

"Saya...saya..erm buat masa ni saya tak kerja lagi. Saya baru lepas belajar" Jawab Bambam menipu "Ha ye ke? Kamu bidang apa?" soal Encik Marco lagi

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now