N B H P 19 💢

2.1K 189 86
                                    

---

Boboiboy semakin lama semakin menjauhi Fang sejak dari peristiwa Pocky beberapa hari lepas. Apabila Fang ingin mendekati Boboiboy, Boboiboy sentiasa memberi pelbagai alasan dan mengelak dari memandang Fang. Tetapi walau sebaik manapun Boboiboy mengelak, Fang pasti akan dapat menangkapnya.

Macam sekarang.

(BAMM!!)

Badan Boboiboy ditolak dengan agak kuat sehingga dia tersandar pada dinding toilet. Boboiboy ingin saja melawan, tetapi apakan daya, kedua-dua tangannya telah pun dikunci(?) pada dinding. Boboiboy mendengus geram.

"Apa lagi kau nak landak?! Aku cuma nak pergi toilet jekan?!"soal Boboiboy yang sudah hilang kesabarannya pada Fang tetapi Fang hanya membuat muka datar. Boboiboy yang merasa Fang memalaunya menjadi semakin bengang.

"Tch!! Apasal kau tak jawab ha--"

"Apasal kau mengelak dari aku ha?!"soal Fang yang memotong kata-kata Boboiboy menjadikan Boboiboy terdiam selama beberapa saat.

"Sejak bila aku mengelak?!"soal Boboiboy balik sambil cuba melepaskan tangannya dari cengkaman Fang, tetapi malang bagi Boboiboy kerana Fang langsung tidak melepaskan tangannya, malah semakin mengeratkan cengkaman sehingga Boboiboy sedikit kesakitan.

"Ish!! Apa masalah landak ni?!!"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.

"Kau jangan buat-buat tak tahulah!! Sepanjang minggu ni, kau selalu jauhkan diri dari aku, sampaikan aku nak jalan dengan kau pun kau tak nak. Kau kenapa sebenarnya?!!"bentak Fang dengan kasar sehingga Boboiboy yang mendengarnya terkedu dan hampir-hampir saja menangis. Tetapi Boboiboy cuba menahannya dan menyepak kaki Fang dengan kuat.

"Sebab kawan takkan kisshu kawan!! Lagi-lagi kalau kawan tu sama jantina!!"balas Boboiboy yang tidak kurang kasarnya dari Fang tadi dan menolak badan Fang. Perlahan-lahan Boboiboy berjalan menjauhi Fang.

Tiba-tiba Boboiboy tersedar sesuatu...

"E-eh?? Sejak bila aku dan Fang ni... Kawan??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri apabila tersedar apa yang baru dikatakan tadi.

...

PUFF!!

Serta-merta pipi chubby Boboiboy menjadi merah seperti warna ceongsam Tahun Baru Cina.

"Y-yang tadi tu, ki-kita bukan kawan!! Kau jangan salah faham!!"ucap Boboiboy yang mula malu-malu sendiri tanpa memandang Fang. Boboiboy berjalan keluar dari toilet itu dan...

(BAMM!!)

Menghempas pintu toilet itu dengan kuat. Fang yang melihatnya hanya mampu terdiam.

"Kau... Kau anggap kita kawan je?? Sampainya hati kau... ಥ_ಥ💔 Lepas tu kau cakap kita ni bukan kawan pula?!! Kenapa kau ni?!! ಥ_ಥ💔 Selama ni aku buat macam-macam pada kau, tapi kau isk.. isk... Anggap kita kawan je? ಥ_ಥ💔 Takpa kau... Kau tengoklah, 31 Disember nanti, aku 'makan' kau ಥ_ಥ💔 Kau tunggulah!!"bebel Fang seorang diri dengan penuh dramatiknya sehingga labah-labah yang sedang membuat sarang sweatdrop.

Labah²:Entah apalah manusia tu... *sweatdrop*

"F R I E N D S, we're just friends..."

---

(KRIING!!)

Loceng menandakan waktu pembelajaran hari ini telahpun berakhir. Pelajar-pelajar bergegas keluar dari kelas untuk pulang ke rumah masing-masing, termasuk Boboiboy. Tetapi baru saja Boboiboy ingin menjejakkan kakinya ke luar kelas, dia dapat rasakan tangannya ditarik seseorang. Apabila Boboiboy menoleh ke belakang, dia dapat lihat Fang sedang memegang tangannya sambil tersenyum.

ɴᴀᴜɢʜᴛʏ ʙᴏʏ ᴠs ʜᴇᴀᴅ ᴘʀᴇғᴇᴄᴛ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now