Extra (KhaIzo) Part 1 🦆

3.2K 128 187
                                    

Seperti yang dijanjikan, inilah hadiah untuk korang 😂 Harap enjoy lerr 😂🍄

"Weh Kaizo!!!"panggil seseorang sambil menepuk belakang Kaizo membuatkan Kaizo terperanjat sehingga dia lupa apa yang baru dihafalnya tadi. Kaizo menutup bukunya dan melepuk orang itu tetapi tidak berjaya kerana orang itu cepat mengelak. Hasilnya, Kaizo jatuh dari kerusi yang didudukinya.

"Kau ni Zul!! Cuba jangan asyik terkejutkan aku macam tu?!! Kau tahukan aku tengah cuba hafal--"

"Ha, inilah masalah kau. Orang lain kat kantin semua makan, kau je yang alien pergi baca buku memanjang... Sah kau ni itik buku"potong orang itu 'Zul' manakala Kaizo hanya menjeling dan menyambung aktiviti membaca bukunya yang terganggu tadi.

"Suka hati akulah! Kau sibuk asal?"balas Kaizo malas.

"Eleh~"balas Zul sambil tangannya mula mencubit pipi Kaizo menjadikan Kaizo naik angin dan terus menepis tangan Zul tanpa mengucapkan sebarang kata-kata manakala Zul hanya sekadar tersenyum saja.

Sedang Kaizo membaca buku, tiba-tiba pandangannya tidak sengaja melihat seseorang berjalan berdekatan tempatnya duduk menjadikan Kaizo malu dan blushing secara tiba-tiba. Kaizo cepat-cepat menyorokkan mukanya pada buku yang dibacanya.

Zul yang melihatnya automatik smirk.

"Uuu~ Nampak crush lalu ke tu~?"tanya Zul yang mula mengusik Kaizo menjadikan Kaizo semakin malu dengan pipinya yang semakin memerah.

"Mana ada!! Dia bukan crush akulah!!"marah Kaizo tetapi dari reaksinya saja sudah menunjukkan yang dia menipu.

"Ye ke? Habis tu kenapa kat kelas kau asyik tengok luar je? Lagi-lagi bila dia tengah training..."tanya Zul bertubi-tubi manakala Kaizo pula dah tak tahu nak cakap apa. Apa yang dia mampu lakukan hanya bangun dari tempat duduknya.

"D-dahlah!! Aku nak balik kelas!! Duduk sini dengan kau lama-lama pun bukannya dapat apa-apa!!"balas Kaizo bengang yang sengaja menukar topik dan terus berjalan pergi dari situ. Zul yang tak mampu nak buat apa-apa hanya tersenyum kecil.

---

*Di kelas*

"Weh, kau ada dapat tawaran masuk mana-mana sekolah tak? Yelah, result PT3 kaukan bagus..."tanya Zul tiba-tiba pada Kaizo di sebelahnya. Kaizo menoleh dan cuba mengingat sesuatu.

"Hmm... Macam ada, macam takda. Entahlah, aku tak ingat... Nanti aku tanyalah mak aku..."jawab Kaizo ringkas dan terus menoleh ke luar tingkap lagi.

Tiba-tiba seorang cikgu lelaki berjalan masuk ke dalam kelas itu menjadikan suasana kelas itu sunyi sepi. Masing-masing tidak berani mengeluarkan suara setelah melihat cikgu itu.

"Sila beri perhatian ya murid-murid"ucap cikgu itu dengan tegas. Pandangan semua pelajar yang ada di dalam kelas itu termasuk Kaizo teralih pada cikgu itu.

"Seperti yang kamu semua tahu, hari ini sekolah kita akan membuat rombakan kelas bagi semua kelas tingkatan 4... Jadi antara kamu semua berkemungkinan akan dimasukkan ke dalam kelas lain..."jelas cikgu itu lagi. Cikgu itu mula melihat pada sekeping kertas yang dipegangnya dan memandang satu-persatu pelajar yang ada di hadapannya.

"Ada enam orang yang akan dipindahkan ke kelas lain... Yang pertama Azman, Dira dan Helmi akan dimasukkan ke kelas 4 SA 1. Yang kedua Umaira dan Fara akan dimasukkan ke kelas 4 SA 2... Dan yang terakhir ialah Kaizo..."jelas cikgu itu dan mengalihkan pandangannya pada Kaizo menjadikan Kaizo krikk krikk seketika.

"Y-ya cikgu?"tanya Kaizo manakala cikgu itu hanya tersenyum.

"Kamu pula akan dimasukkan ke kelas 4 SNT..."jawab cikgu itu dengan tenang.

ɴᴀᴜɢʜᴛʏ ʙᴏʏ ᴠs ʜᴇᴀᴅ ᴘʀᴇғᴇᴄᴛ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now