Bab 13

4.3K 80 1
                                    

"Jaga wife aku baik-baik"
Amirul menghantar isterinya di hadapan pagar rumah. Airin sudah lama tiba. Hari ni Rosyaida dan Airin akan berangkat ke Taiping.

" Tak payah gitau pun Airin dah tahu"

Rosyaida sudah masuk ke dalam perut kereta Airin. Sempat dia melambai kepada suaminya. Kereta Airin meluncur keluar dari kawasan perumahan itu

"Bahagia kau sekarang. Jeles aku." Airin memecahkan kesunyian dia dalam kereta.

"Takda maknanya. Kau tu je yang lebih-lebih."

Perjalanan Kuala Lumpur ke Taiping memberi peluang kepada dua sahabat baik itu berkongsi cerita mereka. Ada sahaja perbualan yang mereka bicarakan.

______________________________________

Selepas mereka meletakkan barang di dalam bilik hotel, mereka terus melawat kandang kuda untuk melakukan pemeriksaan. Apabila malam mereka menaip laporan.

(siapa kata doktor haiwan tak sibuk? sibuk tau! )

"Asal tengok fone senyum. Asal senyum mesti tengok fone. Mirul chat la tu"

Airin mencubit manja lengan Rosyaida.

"Dah ada laki. Macam ni la "
Rosyaida hanya menghadiahkan senyuman.

"Kau tunggu jap.. lagi 2 bulan aku kawin.. aku buat kau jeles"

"Buatla..tak kesah pun."

Airin malas melayan rakannya itu. Dia menyambung semula menaip laporan yang perlu dihantar. Airin mencari buka nota yang digunakannya tadi. Dia telah menyimpannya di dalam beg sandang Rosyaida. Namun lain pula yang dijunpainya.

"Syai ni bukan ke ubat..."

Rosyaida yang dari tadi setia dengan telefonya terus mengangkat muka.

"Kau sakit ke?" Airin bertanya dengan nada suara yang serius.

Rosyaida mati dengan kata-kata. Dia tidak mampu untuk menipu rakan karibnya itu. Airin merupakan pelajar perubatan, sudah pasti dia tahu ubat-ubat itu. Nak ataupun tidak dia hanya mengangguk sahaja.

"Bila kau sakit? Kenapa kau tak bagitau aku? Family kau tahu tak? Macam mana boleh jadi ni?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada rakannya.

"Kau kene rahsiakan ni semua dari family aku. Aku taknak diorang semua tahu. Boleh kan?"

"Husband kau pun?"

"Aku terpaksa. Aku taknak diorang semua risau. Kau paham kan?"

"Sampai bila kau nak diam? Kalau aku tak jumpa ubat ni, sampai bila-bila aku tak tahu. " Nada Airin bertukar serius.

"Rin...aku terpaksa. Kalau aku boleh pilih antara sakit dengan sihat, ofcourse aku pilih  sihat. Aku tak nak pun semua ni. Kau paham macam mane perasaan aku?" Tubir mata Rosyaida mula hangat. Dia tidak dapat menahan air mata.

"Aku mintak maaf. Aku janji aku akan tolong kau sampai sihat. Aku akan teman kau buat rawatan."

Airin bingkas bangun memeluk Rosyaida.

Malam itu mereka tidur awal. Airin sudah persis menjadi doktor peribadinya. Mengigatkan Rosyaida supaya tidur awal.

______________________________________
POV Rosyaida

Husband💖
Good afternoon wife! Busy ke? Miss you very much. When are you coming back? . I nak masuk meeting ni.After Asar, I called you. Please...don't off your fone! Bye love!

Good morning, afternoon, night..suaminya sudah seperti jam loceng. Pagi-pagi sudah menelefonnya. Sebelum tidur, suaminya akan mengucapkan goodnight.

Baru berpisah tiga hari, Amirul dah tak betul. Kalau aku dah takde macam mana lah dengan Amirul.
Ni ke masa yang sesuai untuk aku cerita dekat Mirul? Kalau aku tak inform berdosa ke? Dia suami aku...dia kena tahu.

"Jangan Syai..kau baru je jumpa kebahagian kau. Nanti kebahagian kau hilang macam mana?" Seperti ada suara jahat yang menghasutnya.

Rosyaida  beristighfar untuk melupakan kegelisahannya. Perasaan risau dan takut di usirnya cepat-cepat.

Yes, aku kena gitau Mirul sebab dia suami aku. Aku tak boleh buat dia macam ni.








Psst...
Korang rasa Rosyaida berjaya bagitahu tak dekat husband and family dia?

Korang rasa Rosyaida berjaya bagitahu tak dekat husband and family dia?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini sekadar perkongsian. Penyakit yang kita dapat memang daripada tuhan..tapi kita boleh mengelak dari sebarang kemungkinan.

Mencegah lebih baik daripada mengubati

Sumber dari intetnet
https://m.facebook.com/permaisuricendawan/photos/kanser-ialah-sel-yang-terhasil-secara-tidak-normal-dalam-badan-seseorang-satu-ke/159912988693889/


Thankyou for reading. Keep reading💖. Lets us add our knowledge💖

I'm Sorry [Completed] ✓Where stories live. Discover now