Bab 22

3.8K 105 0
                                    

"Tunggu, mesti awak dah puaskan sekarang? Takpe saya maafkan semua salah awak. Awak tak perlu cakap dekat saya, awak nak jaga saya. Saya tak minta simpati awak. Ini takdir hidup saya. Siapa saya untuk tolak takdir ni? Saya harap awak puas tengok keadaan saya sekarang. Jangan datang cari saya lagi. Saya tak boleh bagi manfaat apa-apa untuk awak. Maafkan salah saya sepanjang kita pernah jadi suami isteri, kakak angkat awak. Biarlah hari ni, depan keluarga saya menjadi saksi yang tak nak tengok awak lagi. Jangan datang jumpa saya. Jangan ada di hari-hari terakhir saya. Cukup awak buat saya terseksa. Awak halau saya. Apa dosa saya? Awak hina saya sehina-hinanya. Saya pendam sahaja semua ni, tapi bila awak datang hari ni, awak cakap semua ni rancangan awak. Awak buat saya benci awak! Bersaksikan keluarga saya, awak jangan muncul lagi dalam hidup saya! Sampai saya dikebumikan!"

"Syai,saya minta maaf"

"Pergi! Saya cakap pergi!" Aku menghalaunya

"Baliklah Mirul, abah takut abah pun hilang sabar."
Setelah kelibat Amirul hilang, Adi menolak kerusi rodaku ke dalam rumah. Aku meminta Adi menolak kerusiku ke dalam bilik. Aku mahu ruang bersendirian. Aku mahu menenangkan diri dengan mengadu kepada tuhan. Cepat-cepat aku mengambil wuduk, mendirikan solat sunat untuk meredakan kemarahanku.

_______________________

POV Amirul

"Macam mana Mirul? Syai okay tak?" Encik Roseli menjenguk Amirul di dalam biliknya.

"Dia dah maafkan Rul tapi dia dah tak nak jumpa Rul. Rul bersalah. Dia dah makin kurus, muka dia pucat. Dia dah tak boleh jalan pa. Mirul punca dia jadi macam tu." Gugur air mata Amirul.

"Papa dah cakap, Rul bertuah dapat Syai. Waktu dapat permata, Rul nilai dia macam kain buruk. Sekarang bila permata bernilai dah hilang, Rul cari. Tak perlu nak sedih, nasi dah jadi bubur dah pun. Doa banyak-banyak biar hati Syai terbuka nak maafkan Mirul. Papa usahakan takat papa mampu, salah tetap salah."

"Pa, nanti bawa mama jumpa Syai. Mirul takut mama tak sempat minta maaf dekat Syai."

"Rul pun satu, pikir tak pakai otak. Sekarang mama dah serba salah dekat Syai. Kalau Afiq tak cerita dekat Rul, mesti kita tak tahu Syai sakit. Mama dah banyak buat salah dekat Syai."

_________

POV Rosyaida

"Jauh akak termenung. Kenapa tak tidur lagi? Akak kan tak sihat."

"Tak ada la yang termenungnya, akak tak ngantuk lagi, tu yang tengok tv dulu."

"Ingat kisah tadi ke? Kenapa akak baik sangat? Kalau Adi jadi akak, memang Adi takkan maafkan mama. Lepas dia kata macam-macam, dia buat akak macam.."

"Macam apa? Dah la Adi. Akak malas dah nak ingat semua. Buat apa akak nak marah diorang? Tak maafkan diorang? Akak dah tak lama. Akak nak pergi dengan tenang. Tolong Adi..paham akak."

"Adi sayangkan akak, sebab tu Adi tak puas hati kisah petang tadi. Bila mama datang nangis-nangis minta maaf."

"Adi tahu tak bila akak tahu akak sakit, akak rasa macam Allah tak adil bagi akak ujian ni. Allah uji akak dengan suami lagi..tapi bila lama-lama akak fikir buat apa akak nak sedih. Sekurang-kurangnya, akak tahu masa akak tak panjang, waktu ni la akak abdikan diri dengan tuhan. Kalau akak tak sakit, akak mesti rasa masa akak lama lagi. Akak terima takdir akak sepenuh hati."

"Akak, hebat. Nanti, Adi nak cari isteri macam akak."

"Adi bila nak kahwin? Kesian Jeha tunggu lama."

"Aik, akak tahu mana ni?"

"Haritu kan akak nampak Jeha mesej Adi. Takkan nak bincang pasal kerja malam-malam. Bersayang-sayang pula tu. Jangan biar dia tunggu lama takut nanti mak dia carikan calon, gigit jari Adi tu."

"Adi nak luang masa dengan akak dulu."

"Buat apa Adi? Akak ada ja dekat rumah ni. Kalau nanti Adi duduk asing sekalipun, boleh ja vc dengan akak. "

"Akak ni...malas la nak layan."

"Aik, teman la akak tengok tv. Esok bukan kerja pun."

"Akak teringat dulu masa kita kecik-kecik, kita mesti tidur lambat sama-sama. Bila ibu marah, mesti kita duduk dalam bilik  pastu mengaji. Takut ibu pukul." Rosyaidi membuka cerita.

"Haaa, tu la. Dulu kita nakal. Akak teringat dulu akak selalu tolong Adi buat homework. Teman Adi stay up buat assigment. Sekarang terbalik. Adi yang tolong akak. Banyak Adi tolong akak. Bagi akak kereta, selalu tolong picitkan kepala akak bila sakit, sekarang Adi teman akak sebab tak boleh tidur. Tak terbalas jasa Adi dekat akak. Akak kalau boleh, selalu doa bagi Allah cabut nyawa akak tanpa susahkan orang. Akak tak sanggup tengok orang menderita nak jaga akak. Sekarang orang tolong tolak kerusi roda, nanti orang tolong mandikan akak, pakaikan akak pampers. Akak taknak. Akak taknak susahkan korang." Aku memandang adikku.

"Jangan macam tu, akak satu-satunya adik-beradik yang Adi ada. Mesti Adi sayang akak. Ibu dengan abah apatah lagi." Rosyaidi memelukku.

"Tula akak tak sangka, adik yang selalu akak cubit dulu, tampar dulu..sekarang jadi adik yang paling akak sayang. Ibu dengan abah pun, sentiasa ambik berat pasal akak." Aku memeluk Rosyaidi erat. Tekakku berasa gatal. Aku mula batuk, aku terus melepaskan pelukan Rosyaidi.

"Akak okay ke ni?"

"Okay ja lah, batuk ja pun. Janganlah kerut muka macam tu. Tolong tolak kerusi akak masuk bilik. Akak mengantuk pula."

"Pulak..ok lah..jom."

Rosyaidi menolakku. Dia mengangkat aku untuk ke atas katil. Entah bagaimana aku hilang keseimbangan, aku jatuh terduduk di atas katil. Aku merasa bagai jantungku berhenti berdegup, darahku berhenti mengalir. Aku tidak lagi kekuatan untuk bangun, semua anggota badanku kaku.

"Kakakk..kenapa akak keras ni?" Rosyaidi berteriak kepadaku.

Ingin aku mahu menjawab, tetapi terasa seperti lidahku tidak mampu bergerak. Hanya air mata sahaja yang mampu menjawab betapa sedihnya aku.

"Akak, tunggu sekejap, Adi nak panggi ibu."

_____________

"Macam mana dengan Syai?"

Puan Rozilah mengeleng.

" Sel-sel yang tumbuh dalam otak Syai, dah membesar dengan cepat. Ketumbuhan ini dah mengganggu struktur lain dalam otak dia. Doktor cakap sel ni dah menghimpit struktur sekeliling dan tekanan yang tinggi dekat dalam otak Syai. Syai lumpuh sebelah badan." Puan Rozilah mengalirkan air mata menceritakan keadaan ank perempuannya.

"Allahuakhbar, Syai cucu nenek. Banyak bersabar Zilah." Puan Aisyah yang baru tiba dari Terengganu, terus datang mengunjungi Rosyaida yang ditahan di hospital ditemani Amirul dan Amri.

"Mesti ada peluang untuk Syai sembuh? Jangan risau, Mirul akan usahakan." Amirul cuba membuka mulut.

"Buat apa kau nak usahakan? Bukan ni ke yang kau nak? Kau nak dia menderita kan? Puas hati kau? Kau usaha pun, kau tak boleh kembalikan kakak aku! Dia pun tak nak tengok muka kau! Kau kena ingat, kau bukan lagi yang terpenting dalam hidup dia! Dia pun dah cakap kan haritu, dia taknak kau datang melawat dia? Kau lupa ke? Atau kau pun dah sakit macam akak aku?"

"Adi, kita dekat hospital. Bukan duduk dekat rumah. Mirul, doktor cakap peluang untuk Syai sembuh tak dak. Lagipun dia selalu cakap, dia tak nak dah lagi makan ubat. Kita ni kena doa yang terbaik untuk dia. Mudahkan urusan dia."

Lemah lutut Amirul mendengar apa yang diberitahu bekas bapa mertuanya. Dia menangis semahu-mahunya.


Next bab sedih sikit😂 entahla..sbb sis taip pun tersendu- sendu nangis. Standby tisu ja lah! Selamat membaca!❤️




I'm Sorry [Completed] ✓Where stories live. Discover now