Bab 18

3.2K 99 3
                                    

"Waalaikumussalam, mak balik dengan siapa ni? Takda pun kereta Amri?" Encik Roseli di ruang tamu menjawab salam.

"Tak nampak ka mak dengan siapa ni?" Aku menghulurkan salam kepada papa, mujur salamku disambut.

"Syai sihat? Amirul kata, Syai dapat kerja kat oversea."

"Oversea apanya? Dia ada ja duk kerja kat klinik dia."

"Aikk, habistu takkan Amirul tipu?"
"Syai minta maaf pa, Syai tukar nomber. Syai tak gitau papa pun. Syai minta maaf"

"Takpa, papa paham."

"Apa yang riuh tu?" Puan Zarina muncul dari dapur.

"Ma.." aku menghulurkan tangan untuk salam. Tepat tekaanku, salam aku lambat-lambat disambut.

"Mak ajak dia singgah sembang-sembang dengan mak, harini dia cuti. Nak tunggu dia cuti lambat pulak." Nenek menarik tanganku ke ruang tamu. Papa mengikut langkah kami. Mama? Mama memilih untuk tidak.

"Syai, kenapa papa tengok Syai makin kurus ni? Syai sakit ke?"

"Kesan makan ubat tu la." Puan Zarina mencelah sambil membawa dulang air.

"Astagfirullahalazim! Hang ni kenapa? Mak tak suka hang cakap macam tu? Hang dengar cita dari pihak Mirul, pihak Syai hang tak nak. Lepastu hang hukum dia salah."

"Assalammualaikum" suara lelaki dan perempuan berselang seli.

"Balik pun kamu Mirul. Eh, Aina pun ada?" Suara Puan Zarina berubah ceria.

"Dia ni galak nak ikut, cakap dah lama tak jumpa mama la. Apa la." Amirul membuat muka menyampah.

"Kereta Axia siapa depan rumah aunty tu?" Aina membuka mulut.

"Ada tetamu datang, pergila depan bawa Aina." Puan Zarina menolak Amirul ke ruang tamu.

Apabila Amirul datang ke ruang tamu, mata kami bertentangan. Cepat aku mengalihkan mata darinya.
Aina mengambil tempat duduk di sebelah Amirul manakala Puan Zarina di sisi Encik Roseli.

"Wau, tak sangka boleh jumpa kat sini? Dah penat ka bawa diri dekat oversea?"

"Kamu merepek apa ni? Kamu tipu papa cakap Syai pergi oversea!" Suara Encik Roseli sedikit kuat.

"Eh, betulah. Dia gitau Mirul. Kejap Mirul check." Amirul mengeluarkan telefonya dari poket.

"Haa la, Mirul silap. Orang lain, nama nak lebih kurang. Kalau ya pun tak pergi oversea, kenapa tak datang rumah jenguk mama dengan papa? Benci sangat dekat diorang ka? Lepas 3 bulan baru datang?" Amirul memandangku dengan pandangan tidak puas hati.

"Nek..pa..Syai minta diri dulu."
Aku menggalas beg tangan, berura-ura mahu bangun tetapi dihalang oleh nenek.

"Sabaq sat, kita tak habis lagi. Syai duduk dulu. Kita ada perhitungan dengan depa."

Aku duduk semula di sisi nenek, kepala aku ditundukkan.

"Hang ni dah kenapa Mirul? Apa pun Syai buat lepas ni, tak dak mengena langsung dengan hang. Hang tipu mama dengan papa hang, cakap Syai pindah oversea. Apa ni? Hang burukkan dia, Syai sikit pun tak cakap buruk pasal hang!"

"Mak.." Puan Zarina mencelah sambil memandang aku dengan muka sinis.

"Hang pun sama la Zarina. Hang dengar ja cakap anak hang ni! Kalau la anak hang ni baik, tak salah...tak ada lah dia duk bawa balik Aina ni. Ingat mak tak tau ka? Sejak depa dua ni cerai...Amirul selalu bawa Aina mai rumah? Mak tak tau dengan hampa ni. Hampa tengok muka Syai hina sangat!"

"Nek, Syai merayu jangan besarkan.."

" Syai senyap, nek tak habis lagi. Zarina hang ingat dak masa hang balik umrah dulu, hang cakap hang jumpa orang yang muka, cara cakap, suara macam arwah Aliah?

I'm Sorry [Completed] ✓Where stories live. Discover now