Bab 16

3.2K 95 0
                                    

"Mirul cuba teka i jumpa siapa?" gadis yang tinggi lampai mengambil tempat duduk di hadapan Amirul.

"Entah, buat apa i nak fikir?"
"Guess what? I jumpa ex wife u. Bukan main sombong dia, boleh pula dia langgar bahu i. Dasar perempuan tak guna!"
"Eh jap, u jumpa Rosyaida? Bila?"
"Tadi dekat ladies."
"So..mana dia?" Amirul melihat sekeliling.
"Yang you nak caring pasal dia kenapa? You tak da apa-apa dengan dia kan? Jangan cakap you nak rujuk dengan dia? Lagipun tadi i nampak dia jalan dengan seorang laki. Muda lagi."
"Aina, i nak rujuk ke..nak cerai ke.. itu bukan urusan you"
"Wait, betulah yang you nak rujuk dengan dia? Habis i macam mana?" Air milo yang dipesannya, disedut perlahan.
"Macam mana apanya? Kita ni kawan ja. I tak pernah pikir lebih dari tu! You paham? And i more thing! Don't dare you nak panggil dia perempuan tak guna! Dia tak pernah ganggu you pun." Amirul memandang Aina dengan muka menahan marah.

Amirul terus sahaja hilang selera makan disebabkan Aina. Aina hanya rakan pejabat yang lama berhidmat di syarikatnya yang sudah dianggap seperti rakan baik.

______________________________________

"Boleh aku masuk?" Airin mengetuk pintu bilik.
"La kau ni, aku baru ja nak siap-siap balik. Kalau nak borak, kita borak dekat luar." Rosyaida menolak kerusi masuk ke dalam meja.
"Kau jangan lupa, hari ni aku nak kenalkan kau dengan tunang aku. Jangan cakap kau nak balik terus. Aku dah booking kedai makan tu."
"Mana boleh lupa, harinikan aku nak kenal dengan bakal adik ipar aku." Beg tangan diambilnya.
"Dah jom!"
Mereka berpimpin tangan keluar dari bilik Rosyaida.

______________________________________

"Sorry, dah lama awak sampai?"
"Baru ja.." Afiq mengalihkan kepalanya yang dari tadi menghadap telefon
"Dr. Afiq?"
"Korang berdua kenal ka?" Airin menyoal.
"Kenal tak kenal pun, dudukla dulu." Afiqmenyuruh kami duduk.
"Kalau kau nak tahu, Dr. Afiq la personal doctor aku. Kecilnya dunia, rupa-rupanya doktor tunang Airin."
"So, tak payahlah aku nak kenalkan"
"Itulah, tak sangka Rosyaida ni kawan Airin."
"Baru perasan, muka korang semacam, semoga jodoh korang berkekalan hingga jannah."
"Ameen" serentah Afiq dan Airin mengaminkan.
"Kalau macam tu, aku nak minta diri dulu, aku tak nak kacau kau dengan Dr. Afiq dating."
"Kau janganlah." Airin menahan lengan Rosyaida.
"Alah korang ni, masa ni la korang kena kenal-kenal, paham satu sama lain. Aku dah kenal dah korang dua. Aku tak nak kacau daun. Masa yang ada ni, kita kena tau hati budi masing-masing, kalau tak jadi macam aku. Kita jumpa dekat klinik esok. Afiq, kita jumpa next oppoinment. Minta diri dulu."
Rosyaida meninggalkan mereka berdua. Sungguh dia cemburu melihat mereka. Pasangan yang saling mencintai, dan bakal bersatu dengan cinta mereka. Tetapi dia?. Perasaan cemburu diusir perlahan-lahan. Cepat-cepat dia istighfar.
"Rosyaida ada masalah ka?"Afiq menyoal. Dia menjadi tertanya-tanya.
"Nanti la saya cerita, kita order makanan dulu. Saya lapar ni."

Airin sudah pun paham dengan situasi itu, Rosyaida ada bercerita yang bekas suaminya cemburu apabila melihat Rosyaida dengan doktor peribadinya. Tidak dia menyangka, doktor peribadinya ialah tunangnya. Malang tidak berbau, Rosyaida diceraikan kerana cemburu seorang suami. Mungkin sebab itulah kawannya mengelak dari duduk makan bersama-sama.

______________________________________

"Assalammmualaikum, Syai sihat? Nek dok telepon hang dari tadi tak angkat"

"Waalaikumussalam, nek. Alhamdulillah sihat. Tadi lepas balik keja, Syai charge phone. Then, syai tak tengok dah. Ni sebelum tidur, tergerak nak tengok telefon. Nek sihat?"

"Oh, patutla pun. Nek ingat hang dah tidur dah. Tadi nak call hang siang tadi, takut kacau hang kerja."

"Takda la nek, boleh je nek nak call Syai. Untuk nek semua boleh."

"Nilah buat nek sayang dengan hang. Ni sebelum nek lupa, minggu depan nek nak turun KL, sebab maksu hang nak p umrah. Lepastu alang-alang nek nak jumpa hang la. Nek nak kirim budu. Hang kan suka budu.

"Susah-susahkan nek ja. Maksu pergi satu family ke?"

"Aikk...mama tak gitau hang ka? Haa..dia pi satu family. Mama hang nak kena ni. Benda macam ni bukan boleh buat lupa."

"Mama sibuk kot nek. Tak apalah Syai tak ambil hati pun lah."

"Kalau hang cerai dah pun dengan Mirul, hang tetap anak menantu dia. Dia tak boleh macam ni. Ni pun nasib baik, nek call hang."

"Ala nek ni,mama terlupa kot. Syai pun, kuat pelupa sejak dua menjak ni. Nek datang sini, Syai ambik cuti. Syai bawa nek pusing KL." Rosyaida cuba mengubah topik.

"Pandaila hang nak ubah topik. Pusing KL bukan ada apa. Pi balik pi mai jumpa bangunan."

"Nek ni, KL ni istimewa tau."
"Istimewa apanya cu?"

"Istimewanya, sebab ada Syai!" Rosyaida gelak kuat.

"Halah-halah sebab ada cucu nek. Dah hang pi tidur. Esok hang keja."
Nenek mematikan panggilan.

~POV Rosyaida

2 bulan aku bercerai dengan Amirul, tempoh itu jugalah mama dengan papa buang aku. Amri, abang ipar apatah lagi. Keluarga tu dah buang aku jauh-jauh. Besar sangatka salah aku. Sekurang-kurangnya, aku masih ada ibu dengan ayah. Adik yang selalu ada, Airin dengan nenek. Afiq? Jumpa apabila perlu, mungkin. Hidup aku tak perlu ada lelaki. Cukupla, ada abah dengan Adi.

I'm Sorry [Completed] ✓Where stories live. Discover now