Special

5.2K 182 50
                                    


Harini cukup 100 hari awak pergi Syai. Setiap masa, setiap detik ,setiap waktu, saya rindukan awak. Alhamdulillah, ibu dan abah awak terima saya jadi sebahagian dari keluarga awak. Saya harap cara ini yang boleh balas jasa saya dekat awak. Saya sayang awak Syai.

"Mirul, dah-dah susun periuk tu. Mai kita rehat. Penat majlis tahlil tadi pun tak habis lagi. Mai join abah rehat. Esok kita sambung lain."

Aku mengikut sahaja arahan abah. Rosyaidi, Airin dan Afiq pun sudahpun ada di ruang tamu.

"Barang abah dengan ibu dah cukup semua?"

"Tak ada apa dah. Nanti ibu cuma nak tambah ubat-ubat. Nak standby."

"Teringat dekat arwah, kalau dia ada mesti dia yang susun ubat." Abah membuka mulut.

"Abah, Adi pun rindu kakak."

"Ibu nak tidur dulu, esoklah kita sambung lain. Mirul, nanti tolong kuncikan pintu." Ibu meninggalkan kami bertiga.

"Abah pun nak rehat, hampa sembang dua dulu."

Aku memandang Rosyaidi. Selepas permegian Rosyaida, dia sahaja tidak boleh menerima aku.

"Kenapa kau tak pernah mengalah? Aku cuba nak hormat kau macam abang aku..tapi tiap kali mulut ni nak panggil kau abang, aku rasa tak mampu."

"Adi, abang tahu abang salah. Abang punca semua ni. Abang dah janji dengan arwah, abang nak tebus semua. Abang paham kalau Adi tak boleh terima abang..atas apa yang abang dah buat. Tak semua boleh maafkan kita. Abang bersyukur sebab abang dapat keluarga mentua baik. Bekas isteri yang baik."

"Bagus kau bersyukur. Aku taknak berdendam dengan kau..tapi asal aku tengok kau, aku ingat arwah. Aku teringat arwah datang peluk aku menangis-nangis cakap kau ceraikan dia. Aku tak boleh." Rosyaidi memandangku lama, sebelum berjalan masuk ke biliknya.

Aku memastikan pintu rumah dikunci dan semua suis ditutup, sebelum aku masuk ke dalam bilik.

Di dalam bilik ini, aku melihat sendiri Roisyada menghembuskan nafas terakhir. Sekarang bilik ini menjadi milikku, seminggu sekali aku akan bermalam di sini. Aku berjalan ke meja solek lalu mengeluarkan sebuah sampul surat.

Kehadapan Amirul,
Saya tahu semua salah saya. Kalau saya bagitau awk awal²...smua ni tkkan jadi. Biarlah awk cakp saya mcm² sekalipun ...saya tetap tk bleh bncikan awk. Saya syngkan awk. Saya tk thu bila lgi saya bleh jmpa awk....sbb saya thu awk bncikn saya. Saya tulis surt ni, lps je awk ceraikan saya. Saya tak smpt nk luahkan syang saya dkt awk. Ckup la untk awk tahu, saya sentiasa cintakan awk. Saya sntiasa doa..suatu hri nnti awk datng jumpa saya. Andai pertemuan tdi..yg terakhir, saya nk awk tahu yg saya gembira jdi isteri awk.

Aku memeluk surat itu sekuat-kuatnya. Surat itulah yang aku terima daripada Airin. Tulisan tangan itu menjadi tempatku melepaskan rindu. Aku membuka pula diari tulisan tangan Rosyaida. Diari ini ku jumpa di almari bajunya 2 bulan lepas.

Aku membuka halaman satu persatu, diari ini ditulisnya dari zaman universiti hingga sebelum dia lumpuh. Aku tidak pernah jemu membacanya.

Dear Diary,
Dh puas aku hilngkan cemburu ni. Prmpuan tdi ckup cntik untk Amirul. Dia yg pling layak. Wlaupun mulutku ckp yg aku bnci Amirul....hati aku tk bleh bohong. Jiwa dan ragaku terseksa. Smoga perempuan tdi..adlah yg terbaik untk awak.

Dear Diary,
Hrini aku kluar luangkan masa dgn nenek. Mungkin pluang terakhir aku jumpa nenek. Bnyk kmi bincng. Terima ksih nek...sbb syang Syai. Harini jugak hari yg luar biasa. Aku jumpa prempuan tu lgi. Nama Aina rupanya. Cantik..memang sesuai dgn Mirul. Dpn dia, Amirul hina aku. Hina sngtka aku ni? Mama halau aku mcm orng luar. Bsr sngtkah dosa aku ni? Tk layak ka aku ni dimaafkan? Terima ksih nek, papa...along sbb msih syangkan Syai. Syai hargai.

I'm Sorry [Completed] ✓Where stories live. Discover now