Bab 21

3.6K 98 2
                                    

_______________________

Bacaan yassin sayup-sayup ku dengar. Tangisan ibu dan abah juga tak kurang hebatnya. Aku merasa tanganku disentuh dengan tangan kasar. Aku cuba sekuat hati membuka mataku. Persis, sudah lama aku tidak melihat dunia. Ku mencuba lagi membuka mataku tetapi seperti mataku sudah disapu gam. Aku mengerakkan tanganku.

Aku mendengar suara positif, orang sekelilingku. Bacaan yassin yang dibaca semakin kuat. Bacaan yassin yang kuat,membantuku membuka mata perlahan-lahan.

"Alhamdulillah, akak dah sedar."
Adi menyapaku dengan muka gembira. Aku nampak matanya bengkak. Aku memandang sekeliling. Ya, aku di dalam bilikku tetapi tanganku dicucuk ubat antibiotik.

"Ya Allah, Syai semua orang rindu Syai."
Ibu memelukku yang terbaring dengan erat. Aku memandang tanganku yang digenggam erat. Abah tidak lepas menggengam tanganku. Teringat aku, tangan inilah yang selalu menyambutku bila jatuh. Menegurku bila aku salah.

Afiq dan Airin di belakang memandanku dengan muka simpati. Afiq mendekatiku. Stetoskop di dalam poketnya dikeluarkan. Dia melakukan pemeriksaan kepadaku.

"Alhamdulillah, Syai dah sedar. Dah 2 minggu Syai terbaring. Syai memang orang yang kuat."
Aku melihat ibu dan abah menghela nafas lega.

Semua di dalam bilik keluar apabila Dr. Afiq memberi arahan untukku berehat.
Kepalaku terasa berat, aku menyentuh dahiku apabila sakit kepalaku kembali lagi. 2 minggu tidak sedarkan diri? Rasa sekejap sahaja aku menutup mata. Bagaimana pula keadaan aku bila aku terus menutup mata?  Terharu apabila sahaja aku membuka mata, orang yang kusayang di sekelilingku.

________________

Selepas aku sedarkam diri dari terbaring dalam tempoh masa 2 minggu, kesihatanku semakin lama semakin teruk. Kakiku sudah lemah. Aku sudah semakin penat. Semua pergerakanku dibantu oleh orang lain. Ini kerana aku sudah berhenti mengambil ubat. Rosyaidi menghadiahkanku sebuah kerusi roda. Kerusi ini telah menjadi sebahagian daripada kakiku.

"Akak nak makan?" Abah menolak kerusi rodaku ke halaman rumah untuk mengambil angin petang.

Selendang hitam yang menutup kepalaku dikemaskan.

"Takpe, akak kenyang lagi."

"Nanti lapar, akak gitau ibu."

"Kesian ibu dengan abah, kene jaga akak. Jaga makan minum akak. Teman akak tidur. Urut kepala akak bila sakit. Terima kasih ada untuk akak"
Aku melihat ibu dan abahku. Mereka banyak bersusah payah menjagaku.

"Tak payah nak cakap terima kasih, akak anak abah dengan ibu. Mesti kami jaga akak. Sekurangnya sakit yang akak rasa berkurang."

"Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam." Kami bertiga menjawab serentak.

"Eh Mirul, kenapa datang tak bagitahu? Mai join kami makan." Amirul menunduk salam ibu dan abah.

"Akak masuk dalam rumah dulu" aku menolak roda kerusi rodaku sekuat yang ku mampu.

"Mai, abah tolong akak" Abah membantu pergerakanku.

"Kejap, Mirul datang nak jumpa Syai. Mirul nak cakap sikit dengan Syai. Boleh tak?" Abah berhenti menolakku.

"Akak nak rehat dalam rumah, lagipun orang hina macam akak tak layak bersemuka dengan orang hebat. Akak pun dah janji takkan tunjukkan bayang akak sekalipun depan Amirul." Aku tidak memandang Amirul.

"Tak baik akak, tetamu datang kita kena hormat. Mana tahu Amirul ada hal mustahak nak jumpa akak." Abah menolak aku berhadapan dengannya.

Ibu dan abah meninggalkan kami berdua di halaman rumah. Aku menggunakan seluruh tenagaku untuk memusingkan kerusi roda membelakangkan Amirul.

"Saya tak ade banyak masa. Saya tak nak ambil masa awak. Saya minta maaf kalau awak terpaksa tengok bayang saya."

"Syai, saya minta maaf. Saya dah banyak buat salah. I'm sorry. Saya dah banyak sakitkan hati awak, dera awak, seksa awak, hina awak."

"Saya dah maafkan awak, apa lagi yang awak nak cakap? Saya tak nak curi masa awak."

"Syai,maafkan saya. Saya buat mama benci awak. Saya...saya masih sayangkan awak. Mungkin saya punca awak jadi macam ni. Saya rindukan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Awak nyawa saya. Saya menyesal ceraikan awak. Boleh awak bagi saya peluang?"

"Saya maafkan awak, saya hormat awak sebagai adik angkat suatu ketika dahulu. Sekarang, saya dah tak ada keluarga angkat. Saya dah lupakan semuanya. Saya dah tak nak ingat apa yang dah jadi. Hidup saya dah tah lama, dah nak expired dah pun. Awak cari orang lain, yang boleh terima awak. Boleh bahagiakan awak. Lelaki yang baik, untuk wanita yang baik. Saya doakan awak jumpa jodoh yang baik."

Amirul berjalan datang ke hadapanku. Dia melutut di kakiku. Aku memandang bawah.

"Awak orang yang baik saya jumpa. Saya menyesal lepaskan awak. Saya buat macam-macam dekat awak, awak masih maafkan saya. Awak sempurna."

"Jangan main dengan kata-kata, saya takut awak tertelan dengan kata-kata awak. Saya manusia biasa, banyak kekurangan, iman saya naik dan turun, pengidap kanser otak tahap empat yang menunggu masa untuk tinggalkan dunia yang nyata. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya masuk dulu." Aku menolak kerusi rodaku.

"Syai, saya nak rujuk dengan awak. Saya nak jaga awak. Bagi saya peluang."

Aku terhenti dari bergerak.

"Untuk apa? Awak serba salah tengok keadaan saya? Berhenti mainkan perasaan saya. Saya manusia biasa. Awak dah lupa apa yang awak cakap, bayang saya pun awak tak nak nampak? Inikan pula jasad saya. Saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Cukup ada ibu, abah..Adi."

"Saya punca awak, Afiq dah bagitahu semua. Awak sakit sebab kepala awak selalu terhentak. Biar saya yang jaga awak."

"Amirul, cukup! Saya tak nak dengar lagi. Saya ulang, saya takkan kembali dekat awak. Cukup-cukup awak layan saya macam kucing kurap. Jangan awak ulang lagi ayat awak tu. Baik awak pergi dari sini!"

Amirul yang melutut di hadapanku, mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Ini kunci kereta awak." Amirul memberi segugus kunci kepadaku. Kunci kereta yang sudah lama hilang.

"Mana awak dapat? Bukan ke kereta saya kena.."

"Saya yang upah orang pecah masuk rumah kita. Rompak rumah, barang awak, kereta awak. Saya tak sangka diorang pukul awak sampai awak pitam. Saya minta maaf."

"Tak guna kau! Kau binatang. Kau buat akak aku macam perempuan jalanan! Lepas kejadian tu kau tanya dia, apa dia rasa? Fobia? Kau memang sampah. Menyesal aku sokong ibu dengan abah kahwinkan akak dengan kau. Nak untuk kau. Kau mesti dah puas kan? Kau tak guna!" Rosyaidi yang mungkin dari tadi mencuri perbualan kami muncul. Rosyaidi menghadiahkan sebuah penumbuk di sebelah kanan muka Amirul.

"Adi, jangan! Kalau sayang akak, adik jangan buat." Aku bersuara apabila Rosyaidi mencekak colar baju Amirul.

"Buat apa akak nak sebelahkan dia? Tak cukup apa dia buat dekat akak? Parut akak kena pasu dekat leher tu pun tak hilang. Setakat tumbuk, lepas seminggu hilang la lebam tu. Kau untung sebab ada kakak aku. Kalau tak, aku buat kau sampai kau duduk atas kerusi roda macam kak aku. Biarkau tahu, macam mana susah dia nak bergerak. Habiskan sisa hidup dia atas kerusi tu. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah! Kau salah main dengan api! Kau rasa kau hebat sangat ka?"

"Mirul, lebih baik kamu balik. Sebelum abah bawa kamu pi balai. Kamu dera anak abah! Balik! Suami yang baik takkan anaiya isteri sendiri! Balik!" Abah memandang dengan muka bengis. Abah ialah orang yang susah nak marah.

"Tunggu.."


I'm Sorry [Completed] ✓Where stories live. Discover now