Bab 17

3.2K 86 0
                                    

"Aku terima nikahnya Airin Aliah Binti Amran dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai."

Sekali lafaz, Airin sah bergelar isteri Dr. Afiq. Majlis akad nikah diadakan di rumah orang tua Airin sendiri.

"Tahniah Airin, kau dah jadi isteri orang sekarang."
Rosyaida memeluk Airin erat.

"Thankyou Syai, setia dekat sini dari semalam lagi."

"Raja sehari tak boleh nangis, nanti makeup kau cair. Aku nak gi makan dengan ibu aku. Dia dah tunggu kat luar. Habis makan kita ambil gambar." Pelukan mereka berdua terlerai.

"Ibu duduk je dekat meja, biar akak yang ambikan makanan."

"Kalau macam tu, ibu pergi ambik airlah"

Rosyaida menyenduk nasi ke pinggan, kemudian mengambil lauk. Setelah selesai diambilnya, dia ke meja makan.

"Eh, along pun ada dekat sini!" Takut-takut dia menegur Amri, bekas abang iparnya yang rancak berbual dengan ibu.

"Ibu nampak je Amri, terus ibu panggil"

"Tu la, terkejut juga nampak ibu. Tak sangka boleh jumpa dekat sini. Afiq tu kawan along."

"Patutlah, along join la kita orang makan sekali"

"Boleh-boleh, along pergi ambik makanan dulu." Amri bangun meninggalkan mereka berdua di meja.

"Tadi ibu dah ajak Amri, dia cakap kejap lagi baru nak makan tapi bila akak ajak, terus bangun pergi ambik nasi."

"Yeke, dia tengok muka akak terus lapar kot." Rosyaida tersenyum kecil.

______________________________________

"Majlis resepsi esok, Syai datang dengan siapa?"Amirul mengejutkan Rosyaida yang sedang menyusun goodies untuk esok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Majlis resepsi esok, Syai datang dengan siapa?"
Amirul mengejutkan Rosyaida yang sedang menyusun goodies untuk esok. Selepas pertemuan di majlis akad nikah Airin, Rosyaida sering berjumpa Amri kerana masing-masing membantu persiapan majlis resepsi rakan baik mereka.

"Eh, along. Terkejut Syai. Esok malam, Syai datang dengan ibu ayah je lah. Adi outstation."

"Esok Amirul cakap nak ikut along datang kenduri."

Rosyaida diam, tidak menjawab.

"Syai okay ke Amirul datang?"

"Alaa along ni, Syai okay je. Syai dah 100% moveon. Along jangan risau."

"Hari selasa ni, nenek datang."
" Haa, nenek ada beritahu. Syai dah ambik cuti sebab Syai nak bawa nenek jalan-jalan."

"Syai along cakap ni, Syai jangan marah."
Tangan lincah Rosyaida berhenti menyusun goodies. Dia memandang Amri.
"Kenapa long?"

"Ma tak nak jumpa Syai lagi buat sementara waktu, sebab tu ma tak bagitahu Syai yang nenek datang KL. Syai paham kan maksud along?"

Syai mengangguk lemah. Selepas dia sah bercerai dengan Amirul, mama sudah perlahan-lahan membuangnya. Panggilan telefon tidak diangkatnya. Kiriman mesej pun tidak dibalas. Dia akur, kalau itu yang perlu ditelannya.

I'm Sorry [Completed] ✓Where stories live. Discover now