Bab 15

3.2K 84 1
                                    

Rosyaida berjalan laju ke dapur, sekilas dia memandang ruang tamu. Gelap.

Gelas kosong diambil, diisinya air. Biskut kering yang disimpan di dalam almari dicapainya untuk mengisi perut yang lama berdendang dari tadi.

"Esok aku nak kau keluar dari rumah ni! Sebelum aku apa-apakan kau, baik kau keluar" Aimirul tiba-tiba muncul di dapur.

"Abang langsung tak bagi peluang untuk Syai explaine"

"Kan aku cakap, kau tak payah nak berabang bagai. Jijik! Kalau kau nak selamat, baik kau balik rumah mak ayah kau! Aku menyesal kenal kau! Mama dengan papa mesti menyesal jadikan kau menantu! Perempuan tak guna! Nampak ja baik, padahal pijak semut pun tak mati! "

"Awak tak boleh hukum saya macam ni. Sebab ubat yang awak jumpa tu terus awak hukum saya"

"Kau ni kan! Aku tak hairan dengan ubat tu. Bila aku pikir balik, aku tak nak anak dengan kau. Kau tu murah! Bukan dengan aku ja kau layan, Afiq pun kau layan!"

Rosyaida mengerutkan dahinya.

"Kau tak payah nak kerut sangat, ikut kan hati aku nak halau je kau keluar malam ni jugak. Atas ihsan aku, aku bagi kau keluar esok. Pergi la kau dekat lelaki tu. Siapa nama dia? Dr. Afiq? Dia yang suruh kau makan ubat tu kan? Kau dengan keluarga kau, sama-sama sial!"

"Cukup! Awak hina saya, saya boleh terima. Tapi kalau libatkan ibu ayah saya, saya takkan diam. Awak nak halau saya sangat kan? Fine! Malam ni juga saya keluar dari rumah agam awak ni. Saya dah penat dengan semua ni! Awak dengar sini baik-baik, saya takkan jejak lagi dekat rumah ni! Awak jangan datang melutut depan saya ! Saya dah penat! Perempuan hina macam saya ni, tak layak duduk serumah dengan awak dari awal lagi. Bodohkan saya? Kenapa hari tu saya tak lari dari awal. Awak jangan datang cari saya!"

Entah dari mana kekuatan untuknnya bersuara. Kali ini dia tekad, tidak mahu lagi dirinya di dera. Hatinya cukup terluka. Baju di dalam almari diambil, semua barang keperluannya dicampak ke dalam beg.

"Noor Rosyaida Assyikin Binti Rosman aku ceraikan kau dengan talak satu" luluh hatinya apabila mendengar lafaz itu. Bukan itu yang dia mahukan. Pandangan kabur dan kemudian gelap.

______________________________________

"Akak okay"

"Okay ja. Kenapa tanya?"
"Akak masih teringat kes.."
"Dahla Adi, akak bahagia dengan dunia akak sekarang. Akak ada ibu dengan ayah, akak ada Adi. Akak tak perlukan suami yang kena jaga akak."

2 minggu lepas, Amirul melafazkan cerai kepadanya. Selepas peristiwa itu, dia pengsan tidak sedarkan diri akibat terkejut. Apabila sudah sedar, dia belajar terima hakikat jodohnya tidak panjang. Kini hanya menunggu surat dari mahkamah.

"Apa perancangan akak lepas ni?"
"Takda nak merancang sangat, akak nak fokus dengan karier akak, ibu dengan ayah sementara masa still ada."
"Masa?" Adiknya menyoal, pelik dengan kata-kata kakaknya.
"Eh Adi, akak teringin nak makan mi tarik. Jom pergi?"
"Emm.."

______________________________________

Rosyaida dan adiknya mengambil tempat di hujung. Hujung minggu, pusat membeli belah itu penuh. Tidak kurang dengan kedai Mi tarik yang dikunjungi.

"Adi ,Akak pergi ladies jap."
"Emm.."

Seseorang menolak bahu Rosyaida.

"Wau, sejak jadi janda ni, makin hebat kan u sekarang? Excuse me, ni ke balasan orang yang rampas bekas kekasih orang"
"Cik ni siapa? Cik salah orang ni"
"I tak rasa i salah orang, u Rosyaida kan? Isteri Amirul. Opsss, bekas isteri"
"Awak ni siapa? Macam mana awak kenal saya?"
" U ni tak dengar ka? I girlfriend Amirul. Dulu bekas girlfriend, sekarang back to normal so i girlfriend Amirul"
"Oh, macam awak cakap la, saya ni bekas isteri dia so saya rasa saya tak perlu kenal awak. Siapa awak dekat Amirul, sikit pun saya tak hairan. Tumpang lalu." Aku berjalan meninggalkan wanita itu.
"Rosyaida, walaupun u dah cerai dengan dia, i akan pastikan u takkan boleh jumpa dia and i takkan benarkan u happy"
Aku berhenti melangkah .
"Apa masalah awak ni? Awak takut Amirul rujuk balik dengan bekas isteri dia? And tinggalkan bekas kekasih dia iaitu awak? Awak dengar sini, saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Awak tak payahla nak risau, hati saya dah tertutup untuk dia. I do not disturb your life, so please do not disturb my life! Before I forget, I want to share that in our life, we have to accept the fact that not everyone can accept us, and that is what I have learned." Rosyaida meninggalkan gadis itu dengan terpinga-pinga.

Dia tidak pernah mengenali gadis itu, tetapi dari riak muka gadis itu, dia tahu gadis itu membencinya.

Biarlah apa yang difikirkan gadis itu, yang penting hatinya sudah mati untuk Amirul.

Biarlah apa yang difikirkan gadis itu, yang penting hatinya sudah mati untuk Amirul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sumber:https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Islam

I'm Sorry [Completed] ✓Where stories live. Discover now