Bab 19

3.3K 111 2
                                    

"Syai nak balik dah ke?"

Amri yang baru keluar dari keretanya, menegurku.

"Along, Syai nak mintak maaf selama ni Syai banyak susahkan along. Halalkan makan minum Syai. Along jaga diri."

Aku masuk ke dalam kereta dan terus memandu keluar dari perkarangan rumah agam itu.

Amri masuk ke dalam rumahnya. Mahu mencari jawapan mengapa bekas adik iparnya begitu.

"Kenapa kakak nangis ma?" Amri terus mengambil tempat di ruang tamu.

"Eloklah, tanya mak hang ni. Pastu tanya adik hang pulak. Nek nak naik kemas barang, hang hantar nek balik harini." Puan Aisyah bangun meninggalkan mereka.

"Ma..pa, ada apa-apa yang berlaku ka? Aina pun ada ni?

"Tanya la mama kamu ni, papa nak keluar ambil angin kat luar. Aina, kalau kamu tak serik dengan Mirul, uncle tak boleh nak paksa kamu..tapi kalau kamu nak masa depan yang cerah.. lebih baik kamu cari lelaki yang lebih baik dan yang boleh sayang kamu." Kini giliran Encik Roseli meninggalkan mereka.

"Kenapa ni mama?" Amri masih keliru.

"Ma sakit hati dengan perempuan tu, sebab dia papa lempang mama. Jangan bagi dia jejak lagi kat rumah ni." Puan Zarina menyapu sebelah pipi yang baru tadi ditampar suaminya.

"Syai ke? Apa kakak dah buat?"

"Along tanya lagi? Dia nak rosakkan keluarga kita, dia langsung tak hormat kita. Orang macam tu ka kita kena simpan?" Puan Zarina tidak puas hati.

"Apa yang ma merepek ni? Dia tiada cacat cela langsung ma. Ma ni terlalu ikut cakap Mirul..mama percaya ka mesej yang orang tu hantar. Ma kenal ke orang yang hantar mesej tu? Mama lebih percaya orang yang hantar mesej tu daripada Syai yang mama dah kenal dia lebih dari 5 tahun? Betul ka gambar yang tidur dengan laki lain tu kakak? Mama dah check ke? Along diam selama ni bukan along sokong. Along tengah cari siapa dalang semua tu. Along takut mama nyesal nanti kalau tau kebenaran nanti."

Amri tahu, mamanya mula berubah apabila nomber yang tidak dikenali selalu menghantar gambar Rosyaida keluar dan tidur dengan lelaki lain selepas bercerai.

"Along, kau ni pun sama ja dengan nenek.. papa. Tak habis nak sebelahkan perempuan tu. Dia bayar kau ke? Berapa sen dia bayar kau? Ke kau sayang sangat dekat dia?"
Muka Amirul merah menahan marah.

"Yes, memang along sayang dia..tapi tak lebih dari seorang abang. Aku sayang dia sebab dia adik aku. Dia sama macam arwah Aliah. Suka ceriakan aku. Mirul, kau dengar..along sayangkan dia. Kalau dia sedih, along pun sedih. Kalau dia sakit, along pun sakit. Dia dah tak ubah macam adik kandung aku sendiri. Dulu aku hilang Aliah sebab cuai aku. Aku tak tolong dia waktu lemas, kalini aku tak nak hilang adik perempuan sebab ego kau yang tinggi ni. Cukup la kau sanjung ego kau tu. Aku tak nak kau nyesal sebab kau dah hilang isteri yang sempurna, kau lebih pilih ego kau!"

Amri keluar dari rumah selepas memberi peringatan kepada adiknya.

"Aina minta diri dulu, Assalammualaikum" Aina sempat menyalam Puan Zarina.

__________________________

"Akak, kenapa muka pucat ja ni?" Ibu menegur aku sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah.

"Akak tak sedap badan la, akak masuk bilik dulu."

"Tunggu sat, tadi papa call tanya akak dah sampai rumah ke belum. Hang pi rumah depa ka?"

"Haa..akak pergi lawat nenek. Abah akak nak rehat, akak masuk bilik dulu."

Aku berjalan masuk ke dalam bilik, selepas pintu di tutup rapat, aku duduk di birai katil. Tudung yang dipakai ku buka perlahan-lahan. Sedih, rambutku tak seperti dulu. Kepalaku hampir botak. Inilah alasan, mengapa aku suka bersendiri di dalam bilik, rambut ku mula gugur perlahan-lahan.

Aku bangun ke almari baju, mengambil ubat yang ku sorok. Risau kalau-kalau ibu terjumpa. Air mineral yang disimpan di dalam beg tangan ku keluarkan, 2 biji pil sudah selamat di dalam perut. Malas melayan perasaan, aku membersihkan badan.

____________

"Semalam macam mana? Afiq cakap kau ada oppoinment dengan dia."
Airin membuka topik, apabila aku selesai membuat pesanan. Pelayan yang mengambil pesanan kami telah pergi ke meja lain.

"Emm.."

"Habis tu, kenapa tak pergi lagi?"

"Aku rase, aku nak stop treatment la"

"Kau jangan nak buat keja gila, kau tu tak sihat. Kau mana boleh stop."

"Aku dah tak kisah, aku dah tak larat nak makan ubat hari-hari. Aku serah semua dekat Allah. Kalau.."

"Kalau apa? Kau jangan main-main. Aku nak kau sihat. Kau tak sayang ka kat family kau? Ibu dengan abah kau? Adi? Aku?"

"Kau ni, aku test kau jela. Aku nak tengok kau sayang aku ke tak?"

"Kau jangan main-main!"

"Aku nak teruskan treatment, tapi bukan dengan husband kau. Aku dah cari doktor lain yang boleh tolong aku."

"Siapa? Dekat hospital mana?"

"Kau jangan risau, doktor tu..doktor pakar. Lagipun, takkan aku nak putus asa macam tu ja kan? Kau janji dengan aku boleh?"

"Janji apa ni? Kau jangan buat aku risau."

"Aku nak, kau jaga ibu dengan abah aku kalau aku dah takde. Setiap kali kau jumpa diorang, kau cakap aku sayang diorang."

"Kau merepek apa ni? Aku tak suka la dengar!"

"Airin, aku tak tau bila aku nak pergi. Sekarang aku mungkin boleh bertahan, esok-esok kita tak tau apa nak jadi. Aku nak buat persediaan."

"Kau kena kuat. Macam mana sekalipun kau kena kuat. Kau tak nak gitau ibu dan abah kau ke?"

"Aku takut, diorang tak boleh nak terima. Aku takut aku tak kuat kalau aku tengok muka diorang. Aku perlukan masa."

"Aku yakin kau boleh! Kau kena bagitahu awal, sebelum terlambat."

"Aku last pergi Mekah, 6 tahun lepas. Lepastu, aku tekad nak bawa mak dengan abah aku guna duit gaji aku sendiri. Sekarang aku rasa macam, masa tak cukup je"

"Kau merepek apa ni? Dah la aku malas nak layan kau! Lagi dilayan, lagi merepek"

Aku menarik tangan Airin.

"Rin, masa aku dah tak banyak. Kalau aku tak boleh bagi sendiri dua tiket umrah dekat diorang, kau tolong wakilkan aku? Kau keluarkan semua simpanan aku, kau bagi dekat diorang."

"Syai, jangan cakap macam ni. Aku tak sedia nak hilang kau."

"Aku takkan hilang mane-mane. Aku sentiasa dekat dengan kau. Kau kawan aku. Tak menyesal aku kenal kau mase kat universiti. Thankyou Airin." Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.

Airin maafkan aku, sebab tipu kau. Aku tak de niat nak tipu kau. Aku terpaksa hentikan treatment, aku nak kumpul duit. Aku nak buat hajat aku tercapai. Walaupun adik aku sendiri boleh pinjamkan duit, tapi aku nak duit titik peluh aku.
Airin, i'm sorry.









Cerita ni nak sampai ke peghujungnya. Kalau korang rasa cerita ni menarik, teruskan membaca! Ajak kawan-kawan lain sekali. Maaf penggunaan bahasa yang teruk❤️❤️

I'm Sorry [Completed] ✓Where stories live. Discover now