🌹 Bahagian 1 🌹

4.5K 177 120
                                    

GADIS bertocang satu itu melangkah ke kantin bersama dengan seorang kawan perempuan yang bermulut becok. Banyak betul cerita yang disampaikan oleh kawan baru dia yang berbadan gempal itu.

Bermula dengan perkara yang penting sampailah yang merapu. Siap gossip mana budak yang selalu buat dajal dan budak yang popular dekat sekolah ini lagi. Tapi budak baru itu buat dengar tak dengar sajalah dengan kata-kata kawan baru dia itu. Ingat dia nak sangat ke tukar sekolah ni? Semuanya sebab mak dengan bapa dia bercerai dan dia kena ikut arahan mak dia pindah sekolah di sebuah kampung.

Hilang terus semangatnya nak belajar bila duduk dekat kampung yang tak ada bangunan tinggi-tinggi. Shopping mall pun tak nampak bayang. Mesti hidup dia akan bosan lepas ni. 

Setibanya mereka di kantin, kelihatan suasana begitu riuh dengan pelajar-pelajar yang beratur ingin membeli makanan. Terkebil-kebil Melati dibuatnya bila Tina sudah menjadi sebahagian pelajar yang sedang beratur itu. Aduh, ini kalau dekat tempat lama dia tak adanya dia jadi budak baik kena beratur. Main terjal, potong que adalah. Ketat betul peraturan di sekolah baru dia ni.

"Kau pehal do! Habis tumpah air aku!" Melati sudah tercengang bila satu suara garau yang garang memetir di belakangnya. Lebih-lebih lagi melihat baju kurung putihnya sudah bertukar warna merah. Kesan daripada air sirap yang tertumpah.

"Kau yang pehal! Aku tak ganggu hidup kau pun. Aku duduk diam dekat sini je okay! Kau yang jalan tak guna mata. Dah nampak ada orang tengah berdiri dekat sini yang kau jalan tak guna mata tu apahal?"

Ahmad kerut dahi. Tak pernah lagi ada budak yang berani lawan dia macam budak Melati ni. Dipandangnya gadis itu dari bawah sampai atas. Tak pernah tengok pula budak kurang ajar ni.

"Wowooo berani giler minah ni pergi sound kau Mat! Nak kena penumbuk ni. Kau tak makan penumbuk Mat lagi ke pompuan!" Terhinggut bahu Melati bila seorang lelaki berparut di bahagian dahi tengking dia. Matanya sudah mencerlung ke arah tiga pelajar lelaki yang sudah memandangnya umpama dia ini seekor tikus yang nak kena baham dengan helang.

"Ingat aku takut? Aku tak takutlah kalau kau orang nak tumbuk. Ha tumbuklah! Tum..." Melati mati kata bila dia sudah kena tampar oleh Ahmad, terteleng mukanya dengan tamparan maut itu. Pijar! Melati terus ketawa sinis sambil melekapkan tangannya ke wajahnya yang sudah merah. Panas pula hati Ahmad bila tamparannya itu dijadikan bahan lawak oleh Melati. Macam tak makan saman betul.

"Heysh! Kau ni cabar aku betullah! Sini! Ikut kita orang." Tangan Melati lantas direntap kasar oleh Ahmad. Tercengang pelajar-pelajar yang lalu-lalang berhampiran mereka saat itu. Mahu dibantu tapi mereka juga takut dengan Ahmad and the geng yang sangat terkenal dengan keganasan mereka itu. Terjerit-jerit Melati minta dilepaskan. Tak sangka, tak sampai sehari pun dia jadi budak baru dia dah dijadikan bahan buli.

Kejam!

"Hoi! Apa yang kau orang buat hah?" Ketiga-tiga mata sudah menikam tepat figura seorang pengawas berbaju biru laut. Ketua pengawas yang sememangnya terkenal dengan ketegasannya. Budak nakal pun boleh tunduk dengan sikap tegas si ketua pengawas merangkap senior tingkatan lima mereka itu. Terus Ahmad matikan langkahnya.

"Tak ada buat apa pun, saja nak berkenalan dengan budak ni."

Seketika, Melati pandang pengawas yang sudah memandangnya dengan pandangan kosong itu. Gadis itu sudah kaku. Tak nak pandang tempat lain bila mata dia dan mata ketua pengawas itu sudah bersatu. Jantung sudah berdegup kencang. Inikah yang dinamakan cinta? Cinta pada pandangan pertama? Mungkin kalau dalam drama atau filem mesti ada muzik latar bila jatuh cinta. Sempat lagi tu Melati berangan.

TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now