🌹Bahagian 11🌹

2.1K 146 85
                                    

LUKISAN di setiap ruang galeri seni itu membuatkan Faliq terpukau. Sentuhan lukisan dan kombinasi pelbagai warna yang menyimpan seribu maksud yang tersirat. Melati, gadis itu memang betul-betul buat dia terharu dengan lukisan yang membuatkan kenangan di antara dia dan Melati kembali terimbas di memori. Saat ini, akhirnya langkahnya terhenti di hadapan sebuah lukisan pemandangan sawah padi. Tangannya sudah ligat menyentuh lukisan realistik tersebut.

Inilah pemandangan kali terakhir sebelum dia dan Melati terpisah sepuluh tahun lamanya.

"Kau tahu, lukisan ni ambil masa lima tahun baru siap sebab aku betul-betul rasa bersalah pergi macam tu je. Inilah kenangan terakhir kita bertemu kan?" Melati sudah berdiri di sisi Faliq. Seketika, Faliq pandang wajah Melati sebelum dia angguk.

"Masa tu aku nak sangat ucapkan selamat tinggal dengan kau tapi... masa tu kau nak hadap SPM. Aku risau kalau kau tak boleh fokus. Aku minta maaf ya aku pergi tak ucap selamat tinggal dekat kau."

"Mel... kita dah janji kan kita tak akan cakap pasal benda yang menyakitkan lagi?" Faliq tarik satu nafas panjang. Mahu membebaskan semua rasa gundah yang sedang bermain-main di lubuk hatinya tika ini. Tangan kanannya sudah menggagau sesuatu di dalam poket seluar jeansnya.

"Memanglah kita dah janji tapi..."

"Melati Dahlia Melur, sudi tak kau jadi isteri aku? Kita bina cerita cinta kita dengan anak-anak kita suatu hari nanti?"

Tak semena-mena, Melati tergamam dengan lamaran Faliq. Rasa nak pengsan saat ini juga bila Faliq dah hulurkan sebentuk cincin bertakhtakan berlian pada dia. Tak mampu dia nak pandang wajah Faliq tika ini. Sungguh, dia kaget.

"Aku tak nak kau datang meminang aku. Aku tak nak dengar orang-orang mengata pasal kau. Lagipun tok wan tak suka kalau kau yang datang meminang aku. Dia nak aku sendiri yang datang jumpa keluarga kau. Aku tau aku tak gentleman tapi..."

"Aku tak kiralah semua tu! Apa yang aku tahu aku memang serius nak kahwin dengan kau. Bukan suka-suka. Aku dah sedia jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri kau. Sekali lagi Faliq Ridhwan, kau buat aku terharu sampai tak boleh bernafas. So bilanya kita nak kahwin? Minggu depan eh?" Cincin terus Melati tarik dari bekasnya lalu disarung ke jari manis. Tersengih-sengih dia pandang wajah Faliq yang sudah tersenyum manis melihat tingkahnya tika ini. Hailah Melati sekejap aje reaksi terkejutnya itu. Kalau boleh nak aje Melati meloncat dekat sini. Nasib baik ada pengujung.

SUNGGUH, doa yang sedang dibaca Faliq demi kesejahteraan rumah tangga mereka tika ini buat air mata Melati semakin merembas laju mengalir ke pipi. Dia di belakang menjadi makmum hanya mampu mengaminkan doanya Faliq. Memang dia tak pernah salah pilih lelaki ini untuk dia jadikan sebagai pembimbingnya dunia akhirat. Sepuluh tahun terpisah, kerana jodoh mereka bersatu juga. Baru sehari mereka diijab kabulkan Melati dah rasa bahagia sangat-sangat.

"Mel... awak okey tak ni?"

Melati terkedu. Diaminkan terus doa Faliq sebelum air matanya dikesat lembut dengan telekung. Tangannya terus ditarik lembut oleh Faliq dan dia hanya membiarkan suaminya itu mengusap lembut air matanya.

"Terima kasih Faliq... bahagiakan ak... sa... saya." Ganjil sungguh Melati nak guna 'saya' 'awak' dengan Faliq tika ini.

Tapi tak pula bagi Faliq, macam memang dah bersedia nak guna ganti nama yang lebih sopan dari 'aku' 'kau'. Faliq pun dah mula cakap berlembut dengan dia. Tak marah-marah dia macam dulu lagi. Kadang-kadang Melati rasa dia tak kenal Faliq pun ada juga.

"Kalau bahagia, kenapa menangis macam ni? Tahu tak bila saya tengok awak dengan adikkan rasanya adik lagi matang tau daripada awak. Adik suka sangat bebel awakkan. Kesian Kak Mel ni. Asyik kena bebel aje."

TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora