🌹Bahagian Akhir🌹

3.7K 168 125
                                    

FALIQ layankan saja permintaan Melati yang banyak ragam itu. Bukan sebelum mereka sampai ke destinasi bulan madu buat kali kedua ni Melati ada cakap dia nak tidur aje ke?

Tapi sekarang lain pula yang jadi. Tak kira siang dan malam banyak sangat ragam Melati. Pantang tengok makanan mulailah isterinya Faliq itu merengek mahu makan itu ini. Kalau Melati tak dapat habiskan, Faliq juga yang jadi mangsa. Hailah, tak apalah. Asalkan Melati gembira.

"Faliq, saya nak laksa."

Faliq sudah tergamam dengan permintaan Melati itu. Laksa? Ke manalah dia nak cari laksa dekat Bali ni? Aduh, sungguhlah ragam Melati yang semakin menjadi-jadi ni buat dia pening kepala. Penamatnya, dia pura-pura membelek-belek cenderamata yang menarik perhatiannya.

"Fal.... awak yang bawa saya pergi sini tau so awak kena ikut cakap saya. Cepatlah saya nak laksa... Faliqqq." Melati sudah mulai merengek di sebelah Faliq. Ditarik-tariknya lengan Faliq agar keluar dari kedai cenderamata itu. Ada jugalah mata-mata pelancong yang tergamam tengok rengekan manja Melati itu. Melati manalah tahu istilah malu. Faliq pula yang sudah membahang malu dengan perangai Melati itu.

"Sayang.... mana kita nak cari laksa kat sini? Apa kata kita pergi Danau Beratan Bedugul, nak? Nanti kita naik sampan. Ni, awak tak kenyang-kenyang lagi ke asyik makan aje?"

Berkerut dahi Melati bila Faliq tak ikut permintaannya. Bibirnya sudah muncung ke depan, geram dengan sikap Faliq.

"Fine! Biar saya yang cari. Kalau sesuatu terjadi dengan saya dengan anak kita awak jangan menyesal. Jom baby, tak payah dekat dengan abah yang tak sayang kita tu. Yalah, abah kan dah jumpa perempuan lain mana abah nak layan kita lagikan sayang mama," rajuk Melati. Ditolaknya kasar tubuh Faliq yang sudah terkebil-kebil dengan kata-kata Melati itu.

Anak?

Baby?

Abah?

Terpinga-pinga Faliq dibuatnya. Sungguh dia hilang punca dengan kata-kata Melati sebentar tadi. Dilihatnya perempuan itu sudah jauh meninggalkan dia di hadapan kedai cenderamata ini. Takkanlah sekarang ni Melati tengah... mengandung? Terus Faliq tersenyum-senyum lalu dikejarnya Melati dari belakang.

"Sayang! Tunggu..." Faliq mati langkah bila Melati sudah tertunduk sambil melekapkan tangannya pada perut. Cemas dia dibuatnya bila langkah Melati semakin perlahan sebelum perempuan itu tiba-tiba rebah. Sempat disambutnya tubuh lemah Melati. Menyesal dia tak cuba fahami Melati dengan lebih dalam. Sayu hati melihat isterinya sudah pitam. Mesti hati Melati makin terseksa sebab permintaannya tak diturutkan.

TUALA kecil diperah lalu diletakkan di atas dahi Melati yang panas itu. Dua hari mereka di bumi Bali ini tiba-tiba pula Melati diserang demam panas. Dibetulkan gebar di tubuh Melati sebelum dia duduk bersandar di sebelah perempuan itu. Diusapnya lembut ubun-ubun Melati lalu satu kucupan hangat singgah di dahi isterinya itu. Dipandangnya pula perut Melati yang kempis sebelum tangannya ligat mengusap lembut kandungan isterinya itu.

Tak sangka, secepat ini mereka dikurniakan rezeki. Patutlah rajuk Melati ni tak berkesudahan. Ada saja ragam isteri kesayangannya ini. Rupanya faktor pembawaan budak.

"Faliq..." suara lemah Melati buat dia tersentak. Ada pandangan lemah yang diberikan oleh perempuan itu. Akhirnya, ada juga senyuman yang terbit di bibir pucat Melati.

"Ya sayang, sayang nak makan?"

Melati geleng. Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut wajah Faliq yang hanya sejengkal dari wajahnya itu. Direnungnya setiap raut wajah lelaki itu sebelum dikucupnya lembut pipi Faliq. Lelaki itu terkedu.

TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now